Kisah Disebalik Pelajar Bermasalah

7.12.12

Hola semua,
nak share satu cerita yang saya dapat dari Facebook
sedih sangat
sob sob sob


KISAH BENAR

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya

tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.

You Might Also Like

27 ♥ Surat Cinta ♥

  1. terasa giler baca entry nih...suatu perkongsian yang sangat2 bagus...mohon kebenaran untuk dikongsikan juga eh...

    ReplyDelete
  2. SEDIHNYA CERITA NI..KESIAN SUNGGUH BUDAK TU..TP BAGUS TINDAKAN CIKGU TU,BOLEH JADI CONTOH KEPADA GURU2 LAIN..PELAJAR2 BERMASALAH NI KDG2 KITA KENA SIASAT MENGAPA MEREKA BERMASALAH..SLLNYA STUDENT BERMASALAH MMG DTG DR KELUARGA SUSAH....

    ReplyDelete
  3. @therosputih boleh jer...kat facebook pun ada tulis untuk di share... mmg sedih bila baca. andai kata cite ni tipu pun tp tetap mampu mengalirkan air mata..

    ReplyDelete
  4. @Bui Junaidi haah...w/pun susah tp sikap mak budak tu pun harus dipuji. amat mementingkan pelajaran anak2 w/pun miskin...huhu

    ReplyDelete
  5. sedih baca ini..setiap yang bermasalah..pasti ada puncanya kan

    ReplyDelete
  6. rasa nak nangis je bace cerita ni. kesian budak tu. ada jugak orang yg lebih susah daripada kita...

    ReplyDelete
  7. Nak mengalir air mata baca entry ni..
    bersyukur dgn apa yg kita ada kan..
    msh ramai yg susah di luar sana:(

    ReplyDelete
  8. @puteri kasih sedih kan...budak tu sanggup je tahan kena rotan demi untuk belajar

    ReplyDelete
  9. sedihnya kak..menitis airmata ni.. :'(

    ReplyDelete
  10. sedihnye bace entry nie , kesoan dye tetap nak pergi sekolah , baju dikongsibersama abgnye :(

    ReplyDelete
  11. sedihnya :( berkongsi baju skolah :(

    ReplyDelete
  12. @aTieYusof Family betul tu...tak sangkakan kat dalam KL ni masih ada kanak2 yg sebegini..

    ReplyDelete
  13. @Nur farahiza betul tu. sgt kagum dengan ibunya yg boleh mendidik anak hingga sanggup ke sekolah w/pun dipukul setiap hari...

    ReplyDelete
  14. @D i n tak sangka kan masih ada yg semiskin macam ni...tp tak tau plak siapa dan di mana kanak2 tu tinggal

    ReplyDelete
  15. debu masuk mata... kejap nak buang -_-"..

    ReplyDelete
  16. sama mcm crack ttiba byk debu masuk mata T.T

    ReplyDelete
  17. ya Allah sedihnya baca kisah ni..bergenang air mata..

    ReplyDelete
  18. sebagai bakal guru , CP akan amek cerita nih sebagai iktibar , papehaL pown sebelum bertindak , kena siasat dlu

    ReplyDelete
  19. jom bace neh..

    http://kauakukitaaa.blogspot.com/2012/12/skuad-penyokong-bertuah.html

    ReplyDelete
  20. @cweet pinky betul tu...semoga CP akan jadi pendidik yg berkaliber

    ReplyDelete
  21. sedihnyer bce neh..
    ngis jgk.. sob..sob..

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe