Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan | Tadi masa tengah merayau-rayau dengan pakcik google, aku jumpa satu benda yang menarik. Nak tau apa dia?? Ha, ni artikel pasal Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan.  Menarik artikel ni sebagai panduan untuk kita kaum wanita. So, lepas ni kalau time jalan ada orang gelakkan kita, silalah betulkan cara jalan kita yek.. hihihi


 

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

 sumber : melayukini.net


p/s : rasanya aku no 6 kot...korang plak??



Post a Comment

23 Comments

  1. dikbi

    nnti jmpe aku ckp aku wanita cmne

    aku rase aku xde dlm snrai

    kbai

    ReplyDelete
  2. aww..sy sgt comel lah ek kalau tinggalkn komen kat sini? hehe..rsanya sy yg no 6,sm cm owner blog ni jugak. :)

    ReplyDelete
  3. macam yang no 6 jer? he he he....

    ReplyDelete
  4. ok dah tau nak pilih yg camne...hehehe....

    ReplyDelete
  5. X SURE PULAK DLM NO APA..NO.4 RSNYA KOT..HIHI

    ReplyDelete
  6. 6 and 4 tu confirm rmai yg pilih..kui3..nice info..thanks..

    ReplyDelete
  7. sya no 3.. sbb tu jalan kdg2 terlanggar org.. kihkihkih

    ReplyDelete
  8. Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

    auuu jalan aq yg mcm ni .. ehhhhhhhh

    ReplyDelete
  9. camne aku jalan?
    nak test jalan dulu. hehe :P

    no 3 kot?
    erkk malu,kbaii

    ReplyDelete
  10. macam no 4 ada no 6 pon ada...

    ReplyDelete
  11. ehh haha xtau la mar dlm kategori mane.. hehe

    ReplyDelete
  12. hehe..tak tahu mana satu ni.

    ReplyDelete
  13. aida suka jalan menunduk.. segan nak pandang orang sangat. tapi kadang2 ada jugak yang no 4 tu. ha cemana tu.. haha..

    ReplyDelete
  14. fazie rasanya suka jalan menunduk kot.. kawan cakap menjaga pandangan mata konon.. hahaa

    ReplyDelete
  15. kak dikbi..yana suka jln laju..xdew dlm nie..err..apakah?

    hehe..kabi.. ;)

    ReplyDelete
  16. salam dikbi :)

    waaaahhh tegas org nya dikbi nih...serius bila bercakap eh?

    tang bertanggungjawab tu haruss ada laa kan...:)

    ReplyDelete
  17. err , tataw la , CP nih kalaw jalan jenis terkinja sikit kalaw ngan kawan la , hahahaha ! takde dalam senarai nih .. hahahaha !!

    ReplyDelete
  18. Aku tak tau yg mana :) hehehe..

    ReplyDelete
  19. laki sama macam tuh jugak ka? hehe. Menarik ni. Time-time ni la jugak wife tidoq, kalau tak ble buat analisis ni...hahahhahaha

    ReplyDelete
  20. Menarik. Saya berjalan lurus ke depan. Classmate saya ada sorg jalan terhenjut dan dia memang sangat mulut laser, huhu

    ReplyDelete
  21. Saya jln lurus bla soranglah xske toleh kiti kanan sbb tu tiang ptnah jd mngsa knah lnggr nsb xde org gelk malu weyh! Hahahah sya ade kwn yg memiliki cra no 1 fan mrmng laser ckp ikut sdp itok dia je dn btl lah xblh di prcyai sngt pn..

    ReplyDelete
  22. saya ni jenis jalan pandang dpn and bdn tegak.org label saya sombong ????
    and tabiat saya kalau saya malu saya akan transform muka saya jadi sombong oii

    ReplyDelete