eWana FM More Than Just A Radio | Segmen Bersama Bloggers

Hola semua,

eWana FM More Than Just A Radio | Segmen Bersama Bloggers | Sabtu lepas aku bersama beberapa orang bloggers telah berpeluang melawat konti radio eWana.FM.

Ewana FM More Than Just A Radio | Segmen Bersama Bloggers
Bloggers di eWana.FM

Penerangan Mengenai eWana.FM


Ewana FM More Than Just A Radio | Segmen Bersama Bloggers
Sessi penerangan mengenai eWana.FM

Sebagai permulaan, kami diberi penerangan ringkas mengenai eWana.FM. Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan radio ini, tidak seperti siaran radio lain yang menggunakan sistem konvensional. eWana.FM ni sebenarnya sebuah radio internet yang menggunakan teknologi terkini yang menggabungkan audio, video dan elemen interaktif seperti internet chat, SMS dan Internet voice call. Maklum la, zaman sekarang dengan adanya internet, semuanya berada di hujung jari. Jadi, pendengar eWana.FM boleh berinteraksi secara terus dengan DJ bertugas.

Seperti yang dinyatakan di Fan Page eWana.FM (Facebook), sejarah eWana.FM bermula di Jakarta pada akhir 1999 oleh sekumpulan anak muda yang diketuai oleh En. Wan Abd. Salam. Ianya dijalankan di sana kerana kemudahan internet menggunakan solusi CableVision telah pun ada di Jakarta. Kemudian, secara rasmi pada tahun 2001 menggunakan syarikat EWANA TECHNOLOGY TRADING (0001288533-D) dan telah membuat pelbagai penyelidikan di dalam teknologi 'streaming media' melalui internet. Pada April 2004, NANO INTELLIGENT BROADCASTING SDN. BHD. (651826-T) telah ditubuhkan bagi mengembangkan lagi penyelidikan ini dan mengurus operasi radio internet eWana.FM. Radio ini disiarkan dari studio eWana.FM (Studio C) yang bertempat di Pandan Indah. Studio ini menempatkan konti, kemudahan penyiaran dan pejabat. Ketika itu eWana.FM mempunyai 9 orang Deejay.

Segmen Bersama Bloggers


Selesai sessi penerangan, kami seramai 7 orang bloggers dijemput untuk masuk ke konti bagi memenuhi segmen bersama bloggers... wow, nervous sangat.. first time tau nak ke udara, live pulak tu. Memang takde tapis-tapis tau. Kami dibahagikan kepada dua sessi, setiap sessi lebih kurang satu jam. Pelbagai soalan cepumas ditanya termasuk soalan panas mengenai bagaimana bloggers menghadapi kritikan dan juga mengenai pendapatan sebagai bloggers. Masa tu tak sempat dah nak fikir jawapan, cakap je apa yang terlintas di fikiran. (harap sesiapa yang mendengar jangan gelak yek... nervous tau...hihi)

Ewana FM More Than Just A Radio | Segmen Bersama Bloggers
Antara DJ eWana.FM yang superb havoc

Ewana FM More Than Just A Radio | Segmen Bersama Bloggers
Rakan Bloggers yang hadir

Ewana FM More Than Just A Radio | Segmen Bersama Bloggers
Kenangan bersama EN Wan Abd. Salam

Ewana FM More Than Just A Radio | Segmen Bersama Bloggers
Bergambar bersama Anne Farina (AF8) yang hadir ke eWana.FM

Terima kasih kepada saudara Paparazi, En Azlie, En Wan Abd. Salam dan semua warga eWana.FM serta Sahabat Media kerana sudi mengundang kami ke sini. Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Marilah sama-sama kita menyokong stesen "Radio Se Nusantara" and it's "More Than Just A Radio"!. Layari eWana.FM atau boleh dimuat turun ke telefon pintar melalui : 
  1.   Pergi ke google apps / playstore.
  2.   Cari "tunein" & muat turun.
  3.   "Open" Apps tunein tersebut.
  4.   Click browse, cari "ewana.fm"
  5.   Sedia untuk mendengar Ewana.fm.
Ewana FM More Than Just A Radio | Segmen Bersama Bloggers
Berangan jadi DJ jap... hehe... adios

 


Post a Comment

10 Comments

  1. DB station radio baru ek??? tak pernah dengar sebelum ni... heee bolehlah try2 dengar siarannya nanti... ^_*

    ReplyDelete
  2. @Farah Waheda Wahid dah ada sejak tahun 1999 lagi.. maybe sebab ni IP radio jadi kita kurang elert kot..

    ReplyDelete
  3. more than just a radio.. Perghhhh.. terbaekkkk~

    http://yusmanorain.blogspot.com/2014/01/majlis-perasmian-brosur-pelancongan.html

    ReplyDelete
  4. sy teringin nak masuk konti hehe nak tgk camne dj bertugas

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah dari bunda...

    ReplyDelete
  6. seronok dengar korang duk membebel,hahahaha

    ReplyDelete
  7. Pernah gak jadi dj radio online. Tapi radio online 5 org je dengar haha..

    ReplyDelete
  8. hai...ika datang singgah sini... anyway ika nak minta bantu ika menang rm500 bole? pergi kat entry ika yg ni ye.... http://www.atikahnorbaki.com/2014/05/jom-like-penyertaan-lavender-di-tumix.html

    ReplyDelete
  9. wow... untung laa... hehehe...

    ReplyDelete