Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh

Hola semua,

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Tren ETS ke Ipoh | Seumur hidup, aku tak pernah naik keretapi untuk pulang ke kampung (Perak). Bila pihak Railway Tourism Association Malaysia menjemput pihak Sahabat Media untuk merasai sendiri pengalaman menaiki perkhidmatan tren ETS ke Ipoh, satu peluang yang tak mungkin dilepaskan... yeahhh...

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Suasana di dalam koc
"Perkhidmatan tren ETS adalah perkhidmatan terbaharu yang diperkenalkan oleh KTMB. Sebagai memperkenalkan perkhidmatan premium ini, maka ETS akan memastikan anda selesa dan selamat didalam perjalanan ke destinasi pilihan anda dalam masa yang sesingkat mungkin. Pada masa ini, terdapat tiga kelas perkhidmatan telah diperkenalkan.
Perjalanan dengan ETS membolehkan anda untuk menikmati kehijauan pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan. Anda juga dapat mengejar masa untuk ke tempat kerja disamping membaca dan berehat.
Kami juga sedang bekerjasama dengan pengusaha pengangkutan lain untuk perjalanan anda yang selancar mungkin, dengan menyediakan penyambungan yang cekap ke lapangan terbang, pusat membeli belah utama, dan tempat-tempat yang menarik."

Sebenarnya tujuan kami Sahabat Media dijemput menaiki tren ETS ni ada bertujuan mempromosikan Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi yang diadakan di Stesen KTMB Ipoh. Turut serta dalam rombongan ini adalah YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Aku rasa amat bertuah kerana berpeluang berjumpa dengan beliau dan dapat merasa masuk ke bahagian 'pilot'. Bukan senang nak tengok abang pilot mengendalikan tren yang berkelajuan mencecah 145km/j... Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan lah...hehe

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Pengalaman memasuki bahagian 'pilot'

Sepanjang perjalanan selama 2 jam ke Ipoh, kami dihidangkan dengan makanan iaitu spaghetti dan nasi goreng. Terima kasih ye, kenyang kami petang tu... hehe.

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Spaghetti

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Nasi goreng

Selain itu, terdapat juga kemudahan-kemudahan lain di dalam tren ETS seperti:
  • Soket Kuasa : Setiap tempat duduk ada, mudah untuk pengguna gadjet menggunakannya.
  • Tandas : Kemudahan tandas di koc B & E, menggunakan teknik vakum moden dan mesra pengguna terutama OKU
  • F & B : Terdapat bar di koc C untuk menikmati makanan dan minuman ringan dengan harga yg berpatutan
  • LED TV : Mempamerkan berita terkini mengenai KTMB dan menayangkan filem cereka menarik untuk tontonan anda.
  • CCTV : Koc yang sentiasa dipantau rapi dan berterusan melalui sistem CCTV untuk memastikan perjalanan selamat dan selesa.
  • Rak Bagasi : Tempat letak beg dengan selamat dan mudah digunakan.

Berikut sedikit info mengenai jadual perjalanan Perkhidmatan ETS dan jadual tambang (sila klik untuk tumbesaran gambar) :

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Jadual tambang perkhidmatan ETS ke Ipoh

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Jadual perjalanan perkhidmatan ETS (Ipoh -> KL Sentral)

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Jadual perjalanan perkhidmatan ETS (KL Sentral -> Ipoh)

Majlis Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi


Lebih kurang pukul 8.30 malam, kami tiba di Stesen KTMB Ipoh. Kami disambut dengan paluan kompang dan demonstrasi silat. Sidang media bersama YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia juga diadakan di situ.

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Sambutan di Stesen Keretapi KTMB Ipoh

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Sidang media bersama YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Selesai sidang media, kami sekali lagi dijamu makan malam di stesen keretapi KTMB Ipoh. Selepas makan malam, acara Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi pun bermula. Persembahan penari kebudayaan membuka tirai ikuti dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Selain itu, kami juga dihiburkan dengan penyanyi terkenal tanahair yang didatangkan khas malam itu seperti Ronnie (HyperAct), Sheeda, Najwa Latif, Mus (May) dan ramai lagi.

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri di Majlis Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi







 
Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Persembahan pembuka tirai

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Ucapan perasmian oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Acara Perasmian Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan bergambar bersama artis jemputan

Majlis selesai lebih kurang pukul 12 malam dan kami pun bergerak ke homestay yang telah disediakan untuk aturcara seterusnya pada keesokkan hari. Fuhhh... satu perjalanan yang panjang tapi menarik. ikuti kisah seterusnya yang pasti akan aku kongsikan dalam next entri... adios...  :)

Railway Tourism | Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh
Penulis : Pengalaman Menaiki Perkhidmatan Tren ETS ke Ipoh



Post a Comment

19 Comments

  1. yuhoo!
    this is the 1st experience for me too. next time going to short getaway without a hectic driving!

    nice to meet u !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. mudah nak travel kalau xnak drive.. hehe, nice to meet u too

      Delete
  2. Nasi Goreng dia sedap ... serius.

    ReplyDelete
  3. best2.. tambah2 p ngn korang smuaa... :D

    ReplyDelete
  4. selalu naik ETS kalau balik Tg.Malim dari kl central.. hikhikhik

    ReplyDelete
  5. Oooo... dpt masuk kat tmpt pilot... huhuhu... non hajak... tak aciiii...

    ReplyDelete
  6. ika dh lebih 10 kali naik ets nie tp tak penah plak dpt masuk tempat pilot . hahaha

    ReplyDelete
  7. kan bagus kalau ada ETS dari johor ke kl sentral :(

    ReplyDelete
  8. Program yang unik. Saya pasti ia adala trip yang best.

    ReplyDelete
  9. biasa naik ets ipoh ke kl sentral ke seremban..tapi bila sampai kl kena tukar ke komuter untuk ke seremban...pengakuan utama kalau nak balik ke kl...sebab stesen bas ipoh jauh...huhuhu

    ReplyDelete
  10. seronok gila bila dapat join trip ramai2 camni

    ReplyDelete
  11. rindu nak havoc dalam ets haha

    ReplyDelete
  12. Syoknya dapat naik ETS. KTMB patut wujudkan banyak idea macam ni

    ReplyDelete
  13. This is an amazing post I seen on account of offer it. It is genuinely what I expected to see trust in future you will continue in sharing such an awesome post. visit website

    ReplyDelete