Lu, Gua Bro! | Sinopsis Dan Review Filem

Hola semua,

Lu, Gua Bro! | Review Dan Sinopsis Filem | Kali ni Bee mendapat jemputan untuk ke Majlis Pratonton Filem ke 90 terbitan MIG iaitu Lu, Gua Bro!. Filem arahan pengarah Ismail Bob Hasim menampilkan gandingan dua pelakon komedi iaitu Zalif Sidek dan Epy Kodiang. Selain itu, filem ini turut menampilkan pelakon Nina Iskandar, Eddy Rauf, Rahim R2, Hamid Gurkha, Lan Zailan, Kathy Azean dan ramai lagi.

Lu, Gua Bro! | Sinopsis Dan Review Filem

Sinopsis Lu, Gua Bro!


Lu, Gua Bro! mengisahkan tentang dua sahabat baik Yu (Zalif Sidek) dan Mi (Epy Kodiang) yang berasal dari kampung yang sama dan lahir pada hari yang sama.

Lu, Gua Bro! | Sinopsis Dan Review Filem
Mi dan Yu, dua sahabat baik

Walau apa pun yang terjadi, mereka tetap bersama. Impian mereka juga sama iaitu menjadi anggota polis. Mereka juga meminati seorang gadis yang sama iaitu Hawa (Nina Iskandar).

Lu, Gua Bro! | Sinopsis Dan Review Filem
Sesi memujuk Mi yang merajuk

Satu hari, Yu dan Mi bertemu kembali setelah mereka terpisah kerana Mi bekerja di bandar. Yu yang lari dari pengedar dadah telah diculik dan dimasukkan ke dalam kotak dan dibawa ke kilang di mana Mi bekerja sebagai sekuriti. Rupa-rupanya kilang tersebut adalah tempat sindiket pengedaran dadah. Yu dan Mi melaporkan pada pihak polis tapi telah diketahui oleh pengedar dadah tersebut. maka berlaku pergelutan antara mereka hingga ke bumbung kilang. Akibat tersalah langkah, Yu tergelincir dan hampir jatuh ke bawah tetapi berjaya menyambut tangan Mi. Saat-saat genting di mana Yu hanya berpaut pada tangan Mi diredakan oleh Mi dengan kata-kata semangat dan menceritakan kisah silam mereka bagaimana mereka berdua bersemangat dalam segala urusan dan kecekalan bersama. Namun, semakin lama, mereka semakin penat dan pautan tangan semakin longgar.

Lu, Gua Bro! | Sinopsis Dan Review Filem
Adakah Yu akan jatuh?? saspen ni...

Adakah Yu akan terjatuh dari bangunan? Apa yang terjadi seterusnya? Bagaimana pula dengan Hawa? Saksikan Lu, Gua Bro! di pawagam bermula 27 Mac 2014.

Review Lu, Gua Bro!


Jika melihat barisan pelakon, mungkin ramai yang kurang berminat untuk menonton cerita ini. Tapi, jujur Bee katakan cerita ni memang sempoi, kelakar plak tu. Sampai krem perut Bee asyik ketawa jek. Lagipun jalan cerita filem ni ringan, tak perlu berfikir. Hanya duduk, tengok dan ketawa. Sesuai untuk tontonan keluarga dan untuk hilangkan tekanan setelah penat bekerja. Sempena cuti sekolah ni apa lagi, jom la ajak adik, kakak, abang, mak, ayah menonton cerita ni.... Adios.....

Lu, Gua Bro! | Sinopsis Dan Review Filem
Kami, antara bloggers yang hadir (Tina, Nannie, Tatie, Beki, Pojie)









Post a Comment

4 Comments

  1. Anda ditag...hehe. dijemput utk memeriahkan entri "ada apa dlm beg anda"

    ReplyDelete
  2. wah.....da ada review,,zhalif sidek kalakr orgnya

    ReplyDelete
  3. untungla p tgok wayang x hajak . eh kbai

    ReplyDelete
  4. Boleh saya nak tahu tak, apa nama sebenar budak-budak yang melakonkan watak Mi dan Yu? :)

    ReplyDelete