Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race

13.5.14

Hola semua,

Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race | Tahun ini sekali lagi pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan menganjurkan Program Wings Of KKB 2014 : Selangor Birds Race untuk tahun yang ketiga pada 25-27 April 2014. Penganjuran tahun ini lebih meriah dengan penyertaan Resorts World Genting sebagai penganjur untuk tahun kedua merangkap penaja utama bagi program ini.

Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
Pentas Utama

Objektif utama penganjuran Wings Of KKB ini adalah bagi memupuk kesedaran orang ramai amnya dan pelajar sekolah khasnya dalam kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti memerhati burung. Program ini juga akan meletakkan Kuala Kubu Bharu khasnya dan Daerah Hulu Selangor amnya di peta pelancongan Malaysia selaras keistimewaan Daerah ini dari segi sejarah, warisan dan keindahan flora dan fauna.

Lokasi Wings Of KKB 2014


Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
Bandar Kuala Kubu Bahru

Kuala Kubu Bharu merupakan sebuah bandar yang bersejarah kerana ia merupakan sebuah bandar baru yang telah dirancang oleh Jururancang Bandar yang pertama semasa zaman British bagi Persekutuan Tanah Melayu. Pada zaman itu Bandar Kuala Kubu Bharu telah ditanam dengan pokok yang bernilai seperti Mahagoni dan Tembusu. Setelah hampir 84 tahun berlalu maka pokok-pokok ini telah membesar dan menjadi tempat tinggal pelbagai spesis burung dan binatang-binatang. Oleh itu pihak Majlis Daerah Hulu Selangor merasa bertanggungjawab dan amat berbangga untuk berkongsi kelebihan alam semulajadi kami ini dengan pelancong-pelancong dan masyarakat sekitar.

Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
Pemandangan dari balkoni Awana Resorts World Genting

"Penglibatan kedua pada tahun ini menunjukkan kesungguhan Resort World Genting di dalam program yang memberi kesedaran kepada pelancong dan masyarakat tentang pemuliharaan hutan dan alam semulajadi. Beliau menambah lagi Pusat Peranginan Genting Highlands adalah salah satu kawasan pemuliharaan dan perlindungan habitat burung yang didaftarkan di bawah Important Bird Area MY10. Ia adalah salah satu aset yang berharga bagi kami pihak Genting. Pelbagai spesis burung istimewa boleh dijumpai di kawasan Genting seperti Great Hornbill (Enggang Papan), Rhinoceros Hornbill (Enggang Badak), Fire-tufted Barbet (Burung Takur Api), Red-headed Trogon (Burung Kesumba Gunung) dan pelbagai spesis burung tanah tinggi yang lain yang boleh dilihat sepanjang tahun disini. Dengan penglibatan Genting Highlands sebagai salah satu lokasi pertandingan, ia juga dapat mempromosikan aktiviti memerhati burung di Pusat Peranginan Genting Highlands." - Cik Katherine Chew, Timbalan Presiden Komunikasi dan Perhubungan Awam Resorts World Genting 

Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
Stripe-throated Bulbul

Selain penganjuran kali ini adalah bagi memeriahkan dan menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014. Ia dilihat mampu menarik pelancong luar terutama pemerhati burung untuk datang dan menjadi peserta di dalam penganjuran kali ini. Penganjuran kali ketiga ini masih mengekalkan kategori sekolah dan kategori terbuka untuk pertandingan mengenalpasti burung. Selain daripada itu 2 kategori telah ditambah iaitu kategori untuk pelajar universiti dan kolej serta pertandingan fotografi burung. Antara acara sampingan yang disediakan bagi memeriahkan lagi program adalah Mini Explorace untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Anak-anak istimewa di dalam Daerah Hulu Selangor juga dijemput dan berkongsi dengan mereka untuk program asas mengenalpasti burung.

Hari Pertama Cabaran Wings Of KKB 2014


Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
Kategori Terbuka

Kami (sahabat media) tiba di Dewan Merdeka & Stadium Mini, Kuala Kubu Bharu untuk sessi penerangan dan pelepasan bagi kategori sekolah, kategori terbuka dan pertandingan fotografi burung. Seperti tahun sebelumnya, kategori sekolah akan berlangsung dengan para pelajar akan memerhati burung di sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu. Manakala bagi kategori terbuka, pelajar universiti dan kolej serta pertandingan fotografi burung, peserta perlu bergerak untuk 10 checkpoint yang telah ditetapkan bermula dengan 5 checkpoint di Bandar Kuala Kubu Bharu, Taman Milenium, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan berakhir di Resorts World Genting. Ini menjadikan “Wings Of KKB” sebagai pertandingan memerhati burung pertama di Malaysia yang memerlukan peserta bergerak dari satu altitud ke satu altitud yang lain. Dengan ini, peserta berpeluang untuk melihat dan mengenalpasti pelbagai spesis burung berlainan mengikut perbezaan ketinggian dari aras laut.

Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
Anak-anak istimewa

Hari Kedua Cabaran Wings Of KKB 2014


Hari kedua, kami hanya bertumpu di kawasan hutan simpan berhampiran Awana Resort World Genting Highlands bagi acara pelepasan Explorace kategori kanak-kanak. Selain itu, kami juga dibawa melawat kawasan hutan simpan yang hanya dibuka khas untuk acara Wings Of KKB dimana pelbagai burung habitat tanah tinggi boleh didapati di sini.

Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
Mini Explorace Kanak-kanak

Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
Pelepasan Mini Explorace Kanak-Kanak

Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
Pertandingan mengenalpasti burung meneruskan cabaran di hari kedua

Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
Penerangan diberi kepada
YB Dato’ Musa Yusof, Pengarah Tourism Malaysia Bahagian 
Pemasaran Domestik

Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
Laluan ke Hutan Simpan

Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
YB Dato’ Musa Yusof, Pengarah Tourism Malaysia Bahagian 
Pemasaran Domestik melawat kawasan hutan simpan

Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
Antara yang hadir bersama YB Dato’ Musa Yusof, Pengarah Tourism
Malaysia Bahagian Pemasaran Domestik

Penyampaian Hadiah Cabaran Wings Of KKB 2014


Pihak penganjur telah menyediakan hadiah menarik bagi para pemenang. Bagi acara Birds Race, pemenang akan menerima hadiah berjumlah RM10,000.00 dalam bentuk barangan “Outdoor” bagi ketiga - ketiga kategori. Bagi pemenang pertandingan fotografi burung, hadiah utama kamera Nikon D3100 menjadi rebutan setiap peserta. Pihak Resorts World Genting juga menyediakan hadiah berupa penginapan 2 hari 1 malam di First World Hotel dan hadiah sampingan. Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah melalui cabutan bertuah yang akan dilaksanakan sepanjang program dijalankan. Keputusan rasmi boleh diperolehi di SINI.

Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
Penyampaian hadiah

Wings Of KKB 2014 | Selangor Bird Race
Penulis juga dapat hadiah bagi kategori fotografi media..yeayy








You Might Also Like

3 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Wakkk tahniah kak. Ena ritu tak dapat nak pergi sebab tak ada kawan nak gerak sekali dengan ena. Segan nak pergi seorang diri

    ReplyDelete
  2. Nanti ada kelapangan nak buat outing disini pula. :-)

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe