CABARAN 30 HARI | HARI 4 : BUKU KEGEMARAN ANDA

Hola semua,

Cabaran 30 Hari | Hari 4 : Buku Kegemaran Anda | Ok, nampaknya #cabaran30hari di bawah kelolaan #kelabbloggerbenashaari dah masuk hari ke 4. Wahhh.... tajuk tugasan pun makin mencabar...cewahhh... (padahal esok punya tajuk lagi mencabar, nebes kaw...haha).

Buku Kegemaran Anda


Sebut pasal buku, teringat dulu-dulu ada satu siri buku yang aku suka sangat baca. Nak tau buku ape? cer tengok gambar ni.

CABARAN 30 HARI | HARI 4 : BUKU KEGEMARAN ANDA
Sumber : duneoworld.blogspot.com

CABARAN 30 HARI | HARI 4 : BUKU KEGEMARAN ANDA
Sumber : duneoworld.blogspot.com

Ha, ni ler buku kegemaran aku tu Siri Lima Sekawan. Korang pernah baca tak? Kalau nak tau, aku ni suka sangat baca buku-buku berbentuk penyiasatan camni. Sebenarnya ada jugak siri lain macam Siri Anak-Anak Hadi, Siri Salma, Siri Tujuh Penyiasat dan Siri Lima Penyiasat & Anjing. Kalau ikutkan koleksi tak banyak sebab kebanyakkannya aku pinjam kat perpustakaan je masa tu. Seronok wei baca buku cenggini. Imaginasi tinggi kot masa tu. 

Siri Lima Sekawan 


Siri Lima Sekawan ialah satu siri pengembaraan yang disertai oleh tiga orang adik-beradik iaitu Eddie, Dean, Mona dan sepupu mereka yang bernama Georgiana (George) yang mempunyai anjing bernama Tompok. Mereka masih bersekolah dan dalam belasan tahun lagi. 

Versi asal karya Enid Blyton ini adalah The Famous Five dan mempunyai 21 buku. Cuma 18 buah buku dari siri pengembaraan mereka telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan diperkenalkan untuk pembaca-pembaca di Malaysia.

Tajuk-tajuk buku yang diterjemahkan ialah seperti berikut :-

1. Di Pulau Pusaka
2. Cabut Lari
3. Di Puncak Penyamun
4. Membuat Penyiasatan
5. Berkereta Kuda
6. Di Pulau Kenari Lagi
7. Pergi Berkhemah
8. Dalam Bahaya
9. Mengembara Bersama
10. Mengembara Lagi
11. Di Tepi Laut
12. Riang Merantau
13. Ke Padang Singkir
14. Sungguh Gembira
15. Di Ladang Permai
16. Di Batu Puaka
17. Di Pulai Berbisik
18. Di Bukit Jaguh




Ha, amacam??? best tak?? gigih aku meng'google' buku kegemaraan aku semata-mata untuk Cabaran 30 Hari | Hari 4 : Buku Kegemaran Anda ni. Seb baik jumpa. hehe

Terima kasih duneoworld.blogspot.com


Post a Comment

8 Comments

  1. Mesti baca la dulu-dulu masa sekolah buku-buku ni..

    ReplyDelete
  2. Buku penyiasatan zaman lama lama ni

    Best

    ReplyDelete
  3. Hari hari sehelai kertas lama lama menjadi buku berjilid.

    Rindu zaman kecil dulu

    ReplyDelete
  4. ida tak pernah baca buku buku niii sobssss....

    www.idabaharum.com

    ReplyDelete
  5. hamboi... ni mesti nak jd polis dulu2 ni tp tak lepad sbb obesiti ni hikhik

    ReplyDelete
  6. Tak pernah baca la dkbee, teruknya pcl ni.

    ReplyDelete
  7. Masih simpan lagi ke koleksi buku ni?

    Betul betul jaga barang ni

    ReplyDelete
  8. Kita xpernah jumpa dan tau psl buku2 ni. Dulu baca anak2 sidek je. Kekeke

    ReplyDelete