Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi

20.9.14

Hola semua,

Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi | Satu program di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara iaitu Inspitari 2014 telah diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Inspitari merupakan gabungan dua perkataan iaitu inspirasi dan juga tari yang bermaksud menggarap idea baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang seni tari.


Malam Gala Inspitari 2014


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Perasmian Inspitari 2014 oleh Dato' Norliza Rofli

Pada Malam Gala Inspitari 2014 ni, sebanyak 16 jenis tarian telah dipersembahkan oleh 16 kumpulan seni tari di bawah tunjuk ajar 16 Koreografer. Tarian ini telah diolah semula dan memartabatkan karya tari kreasi baru yang sarat dengan elemen tradisi.



Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Pengacara Inspitari 2014


Tarian Mappa Duppa


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Mappa Duppa

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Johor
Koreografer  : Encik Hamly Shah bin Ramli

Tarian Mappa Duppa bermaksud selamat datang merupakan tarian ciptaan baru yang diinspirasikan daripada Maduppa Bosara iaitu tarian yang popular dalam masyarakat Bugis di daerah Pontian, Johor. Tarian ini merupakan acara menyambut dan menjamu tetamu. Mereka dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan yang diletakkan di atas talam atau tepak yang ditutup dengan tudung saji kecil yang dipanggil busarak. 


Tarian Rontak Kudo


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Rontak Kudo

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Perak
Koreographer : Encik Zuri Azmir bin Zukpli

Tarian Rontak Kudo merupakan sebuah tarian dari masyarakat Rawa, Gopeng Perak. Ia menggambarkan gelagat seekor kuda yang sedang menari, serta lenggok badan dan kepala yang ditunjukkan oleh kuda tersebut. Dari segi muzik pula ia digubah menjadi lebih rancak yang mana asalnya hanya bunyi paluan rebana asli yang seakan-akan bunyi tapak kuda.Gubahan diabuat oleh Abdul Sufi bin Abdul Rashid dan dinyanyikan oleh artis budaya KK JKKN Perak.


Tarian Met Ketok


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Met Ketok

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Kedah
Koreographer : Puan Nor Azreen Binti Aznan

Tarian Met Ketok adalaha gabungan perkataan Met (mata) dan Ketok (hari). Tarian ini diadaptasikan daripada keindahan cahaya matahari sebagai simbolik tanda terima kasih dan rasa syukur masyarakat orang asli Kensiu.  Keunikan tarian ini terletak pada gerak kaki seperti jalan itik. Pola lantai asas bulatan masih dikekalkan sebagai perlambangan acara keramaian. Imej dan pakaian suku kaum kensiu dalam tarian masih dikekalkan. lagu pulan siptaan baru gubahan dan nyanyian Artis Budaya Kumpulan Kesenian Kedah, Othman b. Ariff dan Ali b. Ariff (ARJAMRA). Lirik pula disusun semula oleh Pengarah JKKN iaitu Abdul Mutalib bin Abdul Rahman.


Tarian Ghemeh


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Ghemeh

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Pulau Pinang
Koreographer : Encik Abd Razak bin Abd Malek 

Tarian Ghemeh diambil nama dari Ghemeh atau Siput Remis dalam loghat utara juga dikenali sebagai siput lala kecil, sejenis moluska bercengkerang yang boleh didapati di pesisir pantai. Tarian ini menggambarkan keseronokan dan keghairahan mencari Ghemeh. Gerakan tari diasimilasikan dari pergerakan tangan (mengorek) dan kaki (menguis).


Tarian Mek Bungo


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Mek Bungo

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Kelantan
Koreographer : Encik Mohd Radzi bin Yusof

Tarian Mek Bungo adalah dari gerakan memetik bunga di Taman Serendah Sekebun Bunga. Kejelitaan si anak dara (Mek Dara) sering membuat hati pemuda (Abe) terpaut. Tujuh Kuntum bungan disulam bersama pemuda untuk disisipkan pada sanggul sebagai pemanis si anak dara.


Tarian Nazam


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Nazam

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Melaka
Koreografer  : Encik Suhaib Bin Daud

Tarian Nazam merupakan ciptaan baru yang diinspirasikan dari kesenian Nazam yang terkenal di negeri Melaka. Pada asalnya persembahan Nazam tidak mempunyai tarian dan hanya dipersembahkan dalam posisi duduk dalam satu barisan. Walau bagaimanapun, gerak tari dicipta dan pergerakan tertumpu pada gerak kaki serta ditarikan dengan menggunakan kayu pendek (kayu pemukul tabuh).


Tarian Ulun Madai


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Ulun Madai

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Sabah
Koreographer : Puan Hasni binti Abu Hassan

Tarian Ulun Madai ini mengisahkan kehidupan masyarakat suku kaum Idahan yang tinggal di daerah Lahad Datu, Kunak ketika mencari rezeki dengan mengutiop sarang burung di Gua Madai. Semasa musim mengalap iaitu mengutip, pelbagai karenah dan ragam dapat dilihat yang memaparkan jalinan kerjasama hidup bermasyarakat. 


Tarian Kiut


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Kiut 

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Ibu Pejabat (I)
Koreographer : Encik Amran bin Nunet

Tarian Kiut adalah sebuah tarian baru yang berasal dari Tarian Indung. Bagi mewujudkan koleksi tarian rakyat terkini, penambahbaikan telah dilakukan dalam irama lagu dan gerak tari. Tarian ini menggambarkan aktiviti merumput padi di sawah atau huma yang menggunakan alat yang dipanggil kiut atau keri.


Tarian Rambong Krathong


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Rambong Krathong

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Perlis
Koreografer  : Encik Novriadi bin Jamalus

Tarian Rambong Krathong ni diilhamkan dari perayaan Loy Krathong yang disambut oleh komuniti Siam Perlis. Rambong bermaksud tarian dan Krathong bermaksud hiasan berbentuk bunga teratai. Terdapat elemen gurau senda dan pikat memikat di anatar pemuda pemudi semasa menyambut perayaan Loy Krathong dan ia digambarkan dalam tarian ini dengan iringan lagu nerunsurkan tradisi komuniti masyarakat Siam Perlis.


Tarian Lenggok Che' Nor


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Lenggok Che' Nor

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Pahang
Koreographer : Encik Mohd Asha'ari bin Osman

Tarian Lenggok Che' Nor merupakan karya ciptaan baru di mana ia mengisahkan tentang seorang wanita yang telah membuka warung dan dikenali ramai pada ketika itu. Beliau seorang yang dermawan, baik budi, bijaksana, disegani dan dihormati dari sebuah pekan. Disebabkan itu pekan tersebut diberi nama Chenor sempena nama wanita tersebut


Tarian Keroncong Berdendang Kasih


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Keroncong Berdendang Kasih

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Selangor
Koreographer : Encik Muhammad  Muhaldin bin Jamin

Tarian Keroncong Berdendang Kasih menonjolkan gerak tari berasaskan irama keroncong. Gerak tari ini mempamerkan nilai-nilai sayang melalui perincian gerak tarinya. Di samping itu, kesantunan gerak tari teruna dan dara juga dikekalkan. Lagu keroncong dipiih kerana muzik ini telah diangkat dan diiktiraf oleh kerajaan negeri Selangor sebagai "Sound of Selangor" dan merupakan jati diri negeri Selangor dalam aspek muzik.


Tarian Ngalai Apu' Busak


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Ngalai Apu' Busak

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Sarawak
Koreographer : Puan Soffina binti Ahamad

Tarian Ngalai Apu' Busak diadaptasi dari lagu rakyat Busak Pakui suku kaum Lun Bawang yang majoriti menetap di pedalaman utara negeri Sarawak. Tarian ini diolah mengikut kegiatan dan kerja harian mereka ke hutan untuk mencari sumber makanan dan keperluan lain hingga mereka terjumpa Apu sejenis bunga dan busak yang bermaksud sangat cantik dan unik. 


Tarian Rejam Jenga


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Rejam Jenga

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Terengganu
Koreographer : Encik Muhammad Suwandi bin Paiman

Tarian Rejam Jenga diadaptasi daripada tarian Awang Kasim Gila dalam kesenian Saba Hulu Terenggau. Istilah Rejam bermaksud menghentakkan kaki di dalam kesenian Saba, manakala jenga adalah perkataan loghat orang Hulu Terengganu bagi Kuala Jengal. Gerak tari penari yang sentiasa merejam kaki menyerlahkan identiti tarian ini. Selain itu, setiap gerak langkah penari menggambarkan keadaan si Awang Kasim Gila ketika merawat pesakit.


Tarian Ghontak Bongai


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Ghontak Bongai

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Negeri Sembilan
Koreographer : Encik Nor Shaifulnizam bin Ramli

Tarian Ghontak Bongai  merupakan sebuah tarian baru yang diolah dari sebuah lagu bergenre Bongai dari Negeri Sembilan yang bertajuk Donak Donai. Gerakan yang digunakan melambangkan identiti masyarakat Negeri Sembilan yang juga menyelitkan elemen gurau senda dan usik mengusik.


Tarian Kabaddi Attam


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Kabaddi Attam

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Ibu Pejabat (II)
Koreographer : Puan Siti Suhaila binti Taman

Tarian Kabaddi Attam diinspirasikan dari permainan yang begitu popular dalam masyarakat India iaitu Kabaddi. Jika dilihat, Kabaddi mempunyai sedikit persamaan dengan permainan Galah Panjang. Pergerakan dalam permainan ini telah diolah untuk bersesuaina dengan karya baru berdasarkan elemen pertarungan antara dua pasukan.


Tarian Lenggang Bukit Bintang


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Tarian Lenggang Bukit Bintang

Nama Kumpulan : Kumpulan Kesenian JKKN Kuala Lumpur
Koreographer : Encik Raziff bin Abd Rahman

Tarian Lenggang Bukit Bintang merupakan tarian baru diilhamkan daripada suasana di sekitar simpang empat Bukit Bintang, suasana yang sentiasa sibuk dengan ribuan pengunjung yang ingin melintas jalan menuju ke destinasi masing-masing. karya ini disuntik dengan elemen percintaan sepasang kekasih untuk menjadikan lebih menarik. 


Persembahan Jemputan



Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Persembahan dari kumpulan MAWARKU

Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Persembahan dari Kelab Tunas Budaya JKKN Selangor Ya Nars

Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Persembahan kumpulan Wakaka Crew


Penutup Malam Gala Inspitari 2014


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Penutup Inspitari 2014

Fuh, menarik kan tarian-tarian yang dipersembahkan pada Malam Gala Inspitari 2014, memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi ni. Kesimpulan yang saya tengok, kesemua tarian mempunyai garapan elemen-elemen baru seni tari  yang penuh kreatif dan inovatif. Dengan adanya acara seperti ini, para koreografer dapat meningkatkan daya kretiviti mereka dan menjadi pemangkin untuk melahirkan kumpulan yang mantap, berketerampilan dan profesional.


Inspitari 2014 | Memartabatkan Karya Tari Kreasi Baru Sarat Elemen Tradisi
Bloggers yang hadir. kredit to Silenceblogz.com

Terima kasih kepada pihak Miss Paris Ashiqin dari Destination Malaysia dan juga Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara yang sudi mengundang kami ke majlis ini.





You Might Also Like

5 ♥ Surat Cinta ♥

  1. paling best tengok persembahan budak kecik tu,haha
    lawak giler

    ReplyDelete
  2. Bukan tarian yang biasa kita dengar. Apa pun satu usaha yang baik memperkenalkan semula tarian tradisional dengan disuntik elemen moden.

    ReplyDelete
  3. Alahaiiii! Kenapa Dikbee tak post gambar Ulun Madai yang naik tangga tu? kan meletopppp tarian bertangga bagai!!! hehehee.... anyway, thanks sudi datang!

    ReplyDelete
  4. Asal usul budaya sesuatu bangsa memang patut di pelihara

    Lihatlah jepun yang berjaya walaupun mengekalkan bahasa dan budaya mereka

    ReplyDelete
  5. nice story dikbee. wajib di share ni. :D

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe