MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA | SLOT AKASIA 2014

3.9.14

Hola semua,

Maaf Jika Aku Tak Sempurna | Slot Akasia 2014 | Huwaaa... nampaknya demam Rindu 200% dah abis. Lepas ni tak boleh la nak menatap wajah Zill Faezrul yang hensem dan cool tu kan. Tapi tak pe, hero yang baru ni pun memang terkenal dengan machonya jugak. Sape lagi kalau bukan Fahrin Ahmad yang akan bergandingan dengan Sara Ali dalam Maaf Jika Aku Tak Sempurna yang diadaptasi dari sebuah novel karya Acik Lana.


MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA | SLOT AKASIA 2014

Sinopsis Maaf Jika Aku Tak Sempurna


Melina (Sara Ali) adalah seorang gadis yang meningkat dewasa. Hidupnya penuh dengan perkara mengasyikkan hingga dia lupa dosa pahala. Sikapnya menimbulkan gundah kepada ibu bapanya. Kerana terpaksa Datuk Zakri (Zamarul Hisham)  meminta Luqman (Fahrin Ahmad) untuk mengawasi Melina. Setiap hari mereka pasti bertengkar. Kehidupan Melina dan luqman berbeza macam langit dan bumi.Wasiat Datuk Zakri kepada bapa Luqman Rashid yang mahu mereka disatukan. 
Walau bagaimanapun. Luqman terima Melina seadanya sebagai isteri. Dalam benci ada rindu. Mereka hidup bahagia hinggalah badai datang menguji kesabaran kedua hati. Zieta telah merancang sesuatu. Dia marah kerana Melina berjaya merampas Harith darinya. Walaupun Melina dan Luqman telah berkahwin, Harith masih menyimpan perasaan padanya. Zieta juga menyimpan perasaan pada Luqman tapi tidak dilayan. Luqman ditangkap khalwat. Melina terlalu kecewa. Dapatkah Luqman menyakinkan Melina cintanya hanya Melina?


Pelakon Utama Maaf Jika Aku Tak Sempurna


  • SIARAN :           Slot Akasia 2014
  • PENGARAH :   Shuhaimi Lua Abdullah 
  • TERBITAN :      Zeel Production
  • PELAKON :       Fahrin Ahmad, Sara Ali, Zamarul Hisyam, Amy Mastura, Tasha Shilla, Shella Faeiz,                                              Sabreena Ibrahim, Reza Hasbi, Ika Nabella

Jangan lupa saksikan drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna  dalam Slot Akasia 2014 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 malam...... adios


You Might Also Like

4 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Maaf jika aku tak... layan sangat , xde lah...jika tertengok aku tontonlah.

    ReplyDelete
  2. Alamak tak tengokkkk... huaaaaaaa baca sinopsis macam menarik

    ReplyDelete
  3. Boleh la..mgkin pelakon x brape bes kot...to klo xde cte...layannn...tetbe je jd bes

    ReplyDelete
  4. Yg ni layan sikit2 je. Nk selalu, aura si melina tu xjemput

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe