PIIACUF 2014 | Putrajaya International Islamic Arts And Culture Festival

Hola semua,


PIIACUF 2014 | Putrajaya International Islamic Arts And Culture Festival | Pada tahun ini, sekali lagi Festival Kesenian & Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACUF 2014) akan diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3 Putrajaya dari yang akan berlangsung pada 30 Oktober - 2 November 2014
 
PIIACUF 2014 | Putrajaya International Islamic Arts And Culture Festival


Tema PIIACUF 2014


Bagi tahun kedua ini, tema yang dipilih untuk festival Piiacuf 2014 ini ialah Keajaiban Dunia Islam selaras dengan matlamat bagi menjadikan Putrajaya sebagai pusat kegemilangan kesenian dan kebudayaan Islam alaf baharu.


PIIACUF 2014 | Putrajaya International Islamic Arts And Culture Festival


Majlis Pra-Pelancaran (Soft Launch) PIIACUF 2014


Majlis Pra-Pelancaran Piiacuf 2014 telah disempurnakan pada 16 Oktober 2014 oleh YBhg Datuk Seri Adnan bin Md Ikshan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan bertempat di Perbadanan Putrajaya. Turut hadir pada majlis ini adalah Ybhg Tan ri Dato Seri (Dr) Aseh bin Hj Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya dan dif-dif kehormat yang terdiri daripada duta-duta dari negara Islam yang mengambil bahagian dalam festival ini.


Program dan Aktiviti PIIACUF 2014


Pengisian utama Piiacuf 2014 :
  • Pavilion Antarabangsa
  • Pameran 'Keajaiban Dunia Islam'
  • Pameran Al Aqsa : Forms of the Doa
  • Forum Islam Antarabangsa - disampaikan oleh YABhg Tun Mahathir Mohamad dan panel penceramah dari dalam dan luar negara (31 Oktober 2014)
  • Forum Perdana Ehwal Islam
  • Selawat Bersama Habib Syech Assegaf
  • Konsert Journey of Nur 2.0 - Gema Timur Jauh - menampilkan barisan artis terkenal seperti Dato' Siti Nurhaliza, Mawi, Hafiz Hamidun, Sharifah Khasif, Lah Amad, Nazrey Johani dan Brotherz (1 November 2014)
  • Pertunjukan Fesyen Muslimah
  • Ekspo Buku Islam Antarabangsa

PIIACUF 2014 | Putrajaya International Islamic Arts And Culture Festival

PIIACUF 2014 | Putrajaya International Islamic Arts And Culture Festival

PIIACUF 2014 | Putrajaya International Islamic Arts And Culture Festival

PIIACUF 2014 | Putrajaya International Islamic Arts And Culture Festival


Terdapat lebih 200 program dan aktiviti harian untuk pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira usia, bangsa atau agama. Penyertaan adalah PERCUMA

Selain itu, sempena Piiacuf 2014, 14 episod dokumentari khas mengenai Piiacuf, Kungfu Islam serta Fajar Iman di Bumi Nihon akan disiarkan di TV Alhijrah Saluran 114 pada setiap malam jam 8.30 malam bermula 23 Oktober sehingga 5 November 2014.

PIIACUF 2014 | Putrajaya International Islamic Arts And Culture Festival


Untuk maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti Piiacuf 2014, sila layari laman web www.ppj.gov.my atau www.piiacuf.com atau hungi urus setia Rozimah Wahid di talian 03-8887 7033.

PIIACUF 2014 | Putrajaya International Islamic Arts And Culture Festival

PIIACUF 2014 | Putrajaya International Islamic Arts And Culture Festival




Post a Comment

2 Comments

  1. macam best aje kalau dapat pergi.

    ReplyDelete
  2. Seronok kalau dapat pergi sini. Tapi dah lepas kan?

    ReplyDelete