Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra

19.1.15

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra | Jika sebelum ni saya hanya menulis sahaja di blog pasal naik star cruise bersama Pak Nil, kali ni saya sendiri berpeluang bersama-sama naik kapal pelayaran mewah tersebut bersama beliau dan beberapa blogger lain. Program ni sempena Cuti Sekolah Bersama Pak Nil. Walaupun ni kali kedua saya naik kapal ni, tapi dulu lain, dulu hanya percutian 2 hari 1 malam. Lagipun takde Pak Nil. hehee.....

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Cuti Sekolah Bersama Pak Nil di atas kapal Star Cruises Superstar Libra


Cuti Sekolah Bersama Pak Nil dari Penang - Phuket - Krabi - Penang


30 November 2014 - Perjalanan kami bermula seawal 6 pagi dari Berjaya Time Square. Kami menuju ke Pulau Pinang menaiki bas. Malam sebelum tu kami pakat tak tidur sebab memasing teruja kan. Jadi dalam bas apa lagi, semua pakat tidur berjemaah la...haha

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Swettenham Pier, Pulau Pinang

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Kapal Star Cruises Superstar Libra

Lebih kurang 12 tengahari kami sampai di Penang International Cruise Terminal, Swettenham Pier. Kat sini segala urusan pendaftaran (check in) untuk masuk ke kapal dibuat di kaunter. Passport akan disimpan oleh pihak kapal Starcruise dan satu kad akses akan diberi untuk kegunaan di atas kapal. Semua urusan perlu menggunakan kad tersebut termasuk pintu bilik. Tapi hati-hati ye, kerana ada sesetengah urusan perlu dibayar, jadi tanya dulu pada krew bertugas ye..

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Balai Berlepas

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Passport dan Kad akses

Dah selesai urusan di kaunter, kami pun dibenarkan naik kapal... fuhhh... lega dapat letak beg ala-ala akademi fantasia ni. Maklumla, angkut kain baju untuk 4 hari 3 malam kan... hehe

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Bilik di Deck 4


Sesi Beramah Mesra Bersama Pak Nil


Sesi pertama bersama Pak Nil bermula pada pukul 3 petang, nebes plak rasa nak jumpa face to face. Selalu tengok dalam tv je. Ala, cite Tom Tom Bak tu.. hehe.

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Stardust Lounge Deck 5

Sementara menunggu Pak Nil, kami dijamukan dengan minum petang. Sedap-sedap kek dan pastri yg dihidangkan. Papepun, sila beratuq ye anak-anak...hehe

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Minum petang

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Pelbagai kuih dan pastri dihidangkan

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Menunggu ketibaan Pak Nil

Akhirnya, Pak Nil muncul dengan lagu Tegar. wahhh... segak berbaju kapten giteww..

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Pak Nil

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Pak Nil memberi penerangan ringkas program

Pak Nil menerangkan serba sedikit aturcara sepanjang program. Lepas tu rupanya Pak Nil ada surprise. Dia suh cari kertas terselit kat celah-celah kerusi. Ape lagi, berebut la semua pakat dok menonggeng cari kertas tu. Ada 5 kertas tapi sorang je pemenang. Hadiah curlassss..... Henpon SAMSUNG tau.... Huntung adik baju pink tu... 

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Finalis pemenang hadiah

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Pemenang hadiah Handphone Samsung


Pelayaran Bermula Bersama Pak Nil


Pukul 5 petang kami naik ke Deck 10 sebab ada safety drill. Penting tau tengok demo ni demi keselamatan. Mereka ajar cara pakai life jacket

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Safety drill demo

Selain tu ada juga nyanyian dan tarian untuk menghiburkan pengunjung. Masa ni kapal persiaran Superstar Libra ni dah mula bergerak rupanya. 

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Tarian sempena Sail Away Party

Pak Nil memperkenalkan kapten kapal. Segak jugak orangnya... hehe. Pada sebelah malam tiada acara formal bersama Pak Nil. Hanya free and easy, jadi boleh la kita makan-makan sambil berehat di Deck 10 untuk menikmati angin laut... Nyaman dan menenangkan.

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Pak Nil dan Kapten


Sukaneka Bersama Pak Nil


1 Disember 2014 - Hari kedua kami dimulakan dengan aktiviti riadah dan sukaneka bersama Pak Nil. Seronok tengok gelagat peserta. Kami pun join gak... giler happening. Pemenang siap dapat medal tu. Import khas dari darat..hehe. Lepas sukaneka, rupanya kami dah semakin hampir ke Phuket. Kami diberi masa 12 tengahari sehingga 11 malam untuk pusing-pusing di Phuket. Apa lagi, shopping time.. muahahaa

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Game Music chair

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Pemenang Sukaneka

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Ha, kita tengok sape yang kena


Parti Baju Tidur Bersama Pak Nil


Balik dari Phuket, kami naik semula ke kapal lebih kurang pukul 9 malam. Mandi, tukar baju, tepek bedak terus pergi ke parti baju tidur bersama Pak Nil. Eh, yang tepek bedak tu Akak Momok...eekkekeeke. Masing-masing baju tidur cam cantik je. Ni mesti beli sebelum naik kapal ekk.. haha.. Saya pakai baju kelawar jek. 

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Peserta yang lahir bulan November

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Kena interview la pulak... ha, jawab

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Acara potong kek

Malam ni jugak Pak Nil meraikan semua peserta yang lahir pada bulan November sempena bulan kelahiran beliau. Jadi mana-mana yang lahir bulan November dapat la naik atas pentas potong kek. Kek tu Pak Nil buat sendiri tau. sedapppp....

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Game kotak beracun

Selain dari potong kek, Pak Nil juga ada buat game. Ala, main kotak beracun. Yang bestnya, ada hadiah wang tunai rupanya... adeh, nyesal tak naik.... * huntong la akak momok dapat RM200*

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Blogger memberi cenderahati pada Pak Nil

Sebelum balik tido, kami juga menyerahkan cenderahati kepada Pak Nil dari Hijrah Couture. Sempoi kan abam-abam sado ni berkain pelikat... haha


Senamrobik


2 Disember 2014 - Hari ni kami akan singgah pulak di Krabi. Waktu berlabuh agak awal iaitu 9 pagi dan naik semula ke kapal pukul 6 petang. Jadi aktiviti pagi ni hanya senamrobik dan makan pagi je. Pastu, kita shopping kat Krabi plak.. hehe

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Senamrobik


Majlis Makan Malam Gala Bersama Kapten


Pukul 6 petang kami dah kena naik kapal semula sebab ada majlis makan malam dengan kapten kapal. Majlis ni agak formal dan kami juga dilayan umpama di hotel. Takde buffet ye. Alhamdulillah, sepanjang berada di atas kapal ni, makanan memang sedap-sedap belaka. 

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Majlis Makan Malam Gala Bersama Kapten


Cuti Sekolah Bersama Pak Nil Yang Ohsem


3 Disember 2014 - Perjalanan pulang menuju ke Pulau Pinang. Sedih rasa hati bila dah nak balik. Namun kepulangan ni membawa seribu kenangan. cewahhhhhh... sadis tak. Sebenarnya, seronok dok atas kapal ni sebab rasa tenang je. Lupa seketika segala masalah dan kepenatan bekerja. Maklumla, cuti panjang kan. So, next trip kalau ada lagi korang patut join. Sekali sekala tukar cara melancong menggunakan jalan air. Lain rasanya, nak cerita lebih pun susah, kena rasa sendiri kan baru best... hehe....adios

Kemeriahan Cuti Sekolah Bersama Pak Nil | Star Cruises Superstar Libra
Cuti Sekolah Bersama Pak Nil Yang Ohsem




You Might Also Like

5 ♥ Surat Cinta ♥

  1. masa memula dulu (plan nk honeymoon) nak naik cruise ni. Tapi tak jadi. Maybe future kot insyaAllah. Jeles jgk tengok akak ngan abg2 sado ni naik kapal besar ni. baca pun dah tau best! =)

    ReplyDelete
  2. Wahhh menarik sekali...bercuti bersama pak Nil.....Pak Nil antara artis kesukaan saya.....seronoknyeeee cuti bersama Pak Nil...
    Manfaat Daun Dan Buah Durian Belanfa Yang Patut Anda Ketahui

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok.... next trip leh u join plak

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe