Tahniah Pemenang Anugerah MSMW 2015

23.4.15

Tahniah Pemenang Anugerah MSMW 2015 | Malam tadi berlangsung la majlis penyampaian Anugerah untuk World Bloggers And Social Media Awards yang berlangsung di Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Majlis Anugerah ni adalah bersempena dengan Minggu Media Sosial Malaysia 2015 atau Malaysia Social Media Week 2015.

Tahniah Pemenang Anugerah MSMW 2015

World Bloggers And Social Media Awards

Bermula pada 9 Mac hingga 22 Mac 2015, para blogger telah diberi peluang untuk mencalonkan blog masing-masing atau mana-mana blog yang memenuhi kriteria dan layak mengikut kategori tertentu. Kemudian proses pengundian bermula dari 23 Mac hingga 5 April 2015. Jadi bermula la kempen tuan blog masing-masing untuk memastikan ada undian dan sekaligus mungkin jadi pemenang. Oh, lupa pulak. Penjurian berdasarkan 80% undian awam dan 20% dari juri.

Tahniah Pemenang Anugerah MSMW 2015

Senarai Pemenang Anugerah MSMW 2015

Hasil dari keseluruhan penjurian dan undian, maka berikut senarai pemenang Anugerah MSMW 2015


Tahniah kepada semua pemenang Anugerah MSMW 2015. Bagi calon-calon yang lain terutama www.projektravel.com, jangan putus asa ye. Tahun depan kita cuba lagi. Jadikan pencalonan kali ini sebagai pengalaman untuk kita memperbaiki segala kelemahan dan meneruskan usaha agar #projektravel lebih mantap di masa akan datang. Kalau ikutkan senarai pemenang, nampaknya memamg mereka ni hebat-hebat belaka. Kalau tak, masakan ada yang menang untuk dua tahun berturut-turut kan. Tapi kenapa 'Tiada Pemenang' bagi kategori Best Comics Blog ? Hurmm...... 




You Might Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe