Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka | Baru-baru ni aku dan beberapa orang blogger telah dijemput oleh pihak pengurusan Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka untuk mempromosikan pakej terbaru mereka iaitu pakej perkahwinan yang boleh dibuat di sini dan juga Bloggers Day pada keesokan harinya. Kalau korang nak tau, sebelum ni pihak Agrofarmstay membuka tempahan untuk percutian keluarga, majlis tertutup dan juga untuk seminar atau kem bina semangat. 

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Promosi Pakej Perkahwinan Dan Bloggers Day

Pakej Lengkap Perkahwinan Di Agrofarmstay


Apa yang menariknya jika korang mengadakan majlis perkahwinan di sini, semuanya boleh disediakan oleh pihak Agrofarmstay. Korang boleh pilih sama ada konsep Perkahwinan Melayu Tradisional, Konsep Moden dan Santai. Korang juga tak perlu risau mengenai keperluan perkahwinan kerana disini semuanya boleh disediakan seperti pelamin, busana pengantin, katering, doorgift dan juga khidmat fotografi

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Ketibaan pengantin lelaki

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Pengantin perempuan menyambut ketibaan pengantin lelaki

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Pengantin perempuan mencium tangan pengantin lelaki

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Pengantin diarak bersama ahli keluarga

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Sebelum masuk ke dewan, pengantin disaji dengan persembahan silat

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Pengantin perempuan bersalaman dengan tetamu

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Pengantin lelaki bersalaman dengan tetamu

Selain majlis perkahwinan, di sini juga menyediakan perkhidmatan untuk majlis pertunangan. Mini pelamin akan disediakan untuk sesi sarung cincin dan bergambar.

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Majlis pertunangan juga boleh dibuat di sini

Pelamin

Di bawah ni ada contoh pelamin yang boleh didapati di Agrofarmstay. Konsep dan warna boleh diubahsuai mengikut citarasa korang, hanya perlu beritahu sahaja kepada mereka. Ada dua pilihan samaada nak pelamin di dalam dewan ataupun di luar dewan iaitu di tepi kolam renang. 

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Contoh pelamin tradisional

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Contoh pelamin moden

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Contoh pelamin pertunangan

Busana Pengantin


Di bawah ni pula beberapa contoh busana pengantin yang boleh korang tempah di sini. Dari busana konsep tradisional hinggalah ke konsep moden. Apa yang menariknya, untuk konsep tradisional, mereka menerapkan ciri ciri yang melambangkan sesuatu kaum dan juga mempunyai makna yang tertentu seperti pemakaian dokoh, uncang dan juga perhiasan di kepala. semuanya mempunyai maksud tertentu. Lebih menarik, sebagai contoh busana yang berwarna merah di bawah diperbuat dari songket yang berusia 25 tahun. Sungguh klasik kan.

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Contoh busana pengantin tradisional

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Contoh busana pengantin moden

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Contoh busana pengantin moden yang digarap dari konsep arabian

Katering


Selalunya bila kita ke kenduri kahwin, kita dihidangkan dengan menu nasi briani atau nasi minyak. Di sini, korang boleh juga memilih menu ala kampung seperti masak lemak ikan masin dan nanas, ulam-ulaman dan juga beberapa menu lain mengikut selera. Jangan risau, kalau masih nak nasi briani juga ada. Semua boleh ... hehe

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Antara menu yang dihidangkan oleh pihak katering

Selain tu, ada juga hidangan pencuci mulut dan pemanis mulut (tak tau la istilah ni sama ke tidak..haha). Pelbagai jenis kek dan tart dihidang dalam bentuk mini dan comel supaya mudah dimakan. Buah-buahan pun ada. Untuk kanak-kanak pula, korang boleh tempah aiskrim katering. Sedap tau, siap boleh tabur coklat urai dan kacang tanah lagi. Silap haribulan, bukan kanak-kanak sahaja, tah-tah mak dan ayah kanak-kanak pun pakat dok serbu.. hihi

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Pencuci Mulut

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Aiskrim Katering

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Aiskrim yang ditabur coklat urai dan kacang tanah.. sedap

Persembahan Silat


Tidak lengkap rasanya jika majlis kenduri kahwin tanpa persembahan silat. Baru la meriahkan. Perkhidmatan persembahan silat juga boleh didapati di sini. Hanya perlu beritahu sahaja kepada pihak pengurusan Agrofarmstay. Mereka boleh sediakan.

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Persembahan silat

Doorgift


Kalau pergi kenduri tak sah kan kalau tak dapat doorgift. Kat sini ada beberapa doorgift yang boleh korang pilih. Ada dodol, coklat dan kekacang. Semuanya dibungkus dengan baik. Yang penting rasanya memang sedap. 

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Doorgift coklat dari Hanis Fancy Chocolate

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Doorgift kekacang dari Hannahomemade

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Doorgift dodol dari Dodol Masyhur

Fotoshoot Outdoor


Untuk pengetahuan semua, Agrofarmstay mempunyai kawasan seluas 30 ekar yang dikelilingi bukit, tasik, dusun dan pemandangan semulajadi yang menghijau. Kawasan sebegini sesuai untuk para pengantin mengambil gambar outdoor. Perkhidmatan Fotografi juga boleh disediakan oleh pihak Agrofarmstay. Mudah kan. Tak perlu kita mencari-cari kan. Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni. Cantik kan..

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Tasik besar

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Tasik kecil yang dipenuhi teratai

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Tasik kecil yang terdapat surau di tengahnya

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Kawasan buluh rimbun

Kemudahan Lain-lain


Sebenarnya banyak kelebihan jika mengadakan majlis perkahwinan di Agrofarmstay ni. Ini kerana terdapat banyak kemudahan yang terdapat disini. Antaranya :

1. Penginapan


Di Agrofarmstay terdapat beberapa unit penginapan yang boleh disewa oleh ahli keluarga pengantin ataupun tetamu yang datang dari jauh. Tak perlu lagi korang mencari-cari hotel atau homestay. Ada beberapa unit yang boleh dipilih iaitu :

Villa - mempunyai 7 bilik : 1 katil queen dan 6 katil kembar
The Lodge - 1 katil queen dan 4 katil single
River View - 2 katil single dan 2 katil double decker
Garden View - 4 katil single dan 2 katil double decker
Chalet - 5 katil double decker

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Villa

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
River View

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Garden View

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Chalet

2. Dewan 


Untuk majlis perkahwinan, terdapat beberapa dewan yang boleh digunakan untuk jemputan. Kesemua jumlah dewan boleh menampung sehingga 250-300 orang dalam satu masa. Di antaranya ialah :

Dewan Lily - menampung hingga 80 orang dalam satu masa
Dewan Palma - menampung hingga 120 orang dalam satu masa
Dewan Makan - menampung hingga 60 orang dalam satu masa

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Dewan Lily

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Ruang di dalam Dewan Lily

3. Surau 


Kemudahan surau juga ada di sini. Surau ini amat luas dan mampu menampung jika ingin mengadakan majlis akad nikah atau solat berjemaah. Menarikanya, surau ini terapung di atas tasik yang dipenuhi bunga teratai dan kerana itulah dinamakan Surau Teratai

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Surau Teratai

4. Karaoke Lounge Dan Swimming Pool


Antara kemudahan lain yang menarik di Agrofarmstay ialah karaoke lounge dan swimming pool. Selepas selesai majlis perkahwinan, boleh la bersantai-santai sambil berenang atau berkaraoke kan. Ada lebih dari 60,000 pilihan lagu dan akan dikira mengikut jam. Boleh la masing-masing tunjuk bakat kan. Bagi swimming pool pula, ada disediakan kolam untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi tak perlu risau ye.

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Karaoke Lounge

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Ruang dalam Karaoke Lounge

Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka
Swimming pool

Panjang lebar dah rasanya aku bercerita kan. Akhir sekali terima kasih kepada  Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka yang menaja penginapan dan makanan kami sepanjang 3 hari 2 malam. Juga terima kasih kepada pihak yang sudi menaja majlis sempena promosi Pakej Perkahwinan Di Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka. Jika korang berminat untuk mengadakan majlis hari bahagia di sini ataupun ingin membuat pertanyaan lanjut boleh hubungi :

Website: Agrofarmstay
Facebook: Facebook Agrofarmstay 
Instagram: instagram.com/agrofarmstay
Telefon: En Abdul Bari 012-2118246 atau En Ahmad Bashiruddin 016-2098623

Senarai Penaja


Noris Andaman:
Facebook- Noris Andaman

Attirmidzy Photography :
Facebook- Attirmidzy Photography 
 0175192631

Ilham Katering dan Galeri Perkahwinan :
Facebook- IlhamKateringGaleriPerkahwinan
Instagram: instagram.com/ilham_katering

Hanis Fancy Choclate :
Facebook- HanisFancyChocolate
Instagram: instagram.com/hanisfancychocolate

Dodol Masyur:
Facebook- Dodol Masyur
Instagram: instagram.com/dodolmasyhur
017-7938510

Ais Krim Katering:
Facebook - Aiskrim Katering
Instagram: instagram.com/hasz_scoop
013-7060466

Hanna Homemade :
Instagram: instagram.com/hannahomemade
017-2255085

Halal and Chicken Supplier :
0109821707

Lokasi Agrofarmstay @ Skill-Tech Durian Tunggal Melaka




Post a Comment

10 Comments

  1. seronok uolsss makan kenduri kannn???

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la seronok.. tambah plak menu yg untuk kami lauk ala kampung. Lauk masak lemak nanas dan ikan masin tu yang sedap.

      Delete
  2. Wahh menarikk! Dahsyat la buat mjlis pertunangan kat swimming pool tu...huhu... Manela dato' nk sponsor ni hehe

    Best ni photoshoot sini tmpt cntik agrofarm ni 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha... cepat-cepat cari dato'...tapi jgn datuk yg bercucu udah ler...

      Delete
  3. okay gak buat kat sini,tak penat ye dok... chalet dia lawooo

    ReplyDelete
  4. eh.. dah terbaring layu after "bersukan" :')

    ReplyDelete
  5. terbaik ni. sambil kita kawin, sambil family semua dalam keadaan selesa :D

    ReplyDelete