Perkhidmatan Kereta Sewa Melalui Easybook.com

Perkhidmatan Kereta Sewa Melalui Easybook.com | Korang pernah tak guna perkhidmatan kereta sewa? Ingat lagi dulu zaman belajar selalu gak guna kereta sewa ni. Maklum la, masa tu mana mampu nak bawak kereta sendiri kan. Gigih la dok telefon sana sini untuk cari kereta sewa yang available. Tapi zaman sekarang korang dah tak perlu nak tercari-cari dah. Korang hanya perlu bukak website Easybook.com je.

Perkhidmatan Easybook.com


Perkhidmatan Easybook.com


Oh ye... Mesti ada yang belum tahu apa itu Easybook.com kan. Haaaa, meh sini nak habaq. Ini la website yang menawarkan perkhidmatan tiket pengangkutan secara online terbesar di Asean. Sebenarnya website ni dah beroperasi sejak tahun 2005 lagi. Kat sini korang boleh beli tiket bas secara online dari Singapore ke Malaysia, dalam Malaysia, Thailand dan Indonesia. Antara syarikat bas yang bekerjasama dengan Easybook.com adalah Transnasional, NICE, Plusliner, Konsortium, Sri Maju, Five Stars Malaysia, Transtar, Supernice Grassland, S&S International, Cepat & Cekap, Starmart dan banyak lagi.

Selain menjadi platform untuk tempahan bas secara online, terbaru Easybook.com juga menawarkan pelbagai kemudahan lain seperti perkhidmatan tempahan hotel dan taman-taman tema, tiket feri kepada pelanggan di Malaysia dan Singapura, penjualan tiket kereta api KTM secara online (KTM ejen berdaftar) dan juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa dalam talian dalam masa bagi Negeri Malaysia.

Dengan cara ini, Easybook.com bertindak sebagai platform sehenti yang lengkap untuk korang bagi merancang perjalanan. Selain itu, korang jugak dapat mengelak daripada sebarang kerumitan, menjimatkan masa, tidak perlu bersesak-sesak dan cara pembelian juga mudah. 

Perkhidmatan Tempahan Sewa Kereta di seluruh Malaysia


Perkhidmatan Kereta Sewa Melalui Easybook.com

Ok, berbalik pada kisah kereta sewa tadi, korang mungkin perlukan khidmat ni kalau pergi ke pulau-pulau macam Pulau Langkawi kan. So, korang boleh klik link kat bawah ni dan buat tempahan mengikut hari yang korang nak guna. Senang kan...hehe


Kalau korang nak maklumat lanjut mengenai website Easybook.com atau mana-mana perkhidmatan yang dibuat oleh mereka termasuk la Perkhidmatan Tempahan Sewa Kereta di seluruh Malaysia, boleh rujuk link di bawah.



A photo posted by Easybook.com (@easybook.travel) on


Post a Comment

3 Comments

  1. sekarang ni segalanya mudah dan segalanya di hujung jari....

    ReplyDelete
  2. zaman sekarang, student ramai kaya raya bawak kereta.. hehe.. yang tak mampu macam zizie, sesuai la ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. sekarang ni semua di hujung jari ek

    ReplyDelete