Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015

5.6.15

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015 | Tahun ni aku berkesempatan untuk datang ke Bangi Golf Resort untuk merasai keenakan Buffet Ramadhan 2015. Maklum la, kan tak lama lagi dah nak puasa kan. Kalau korang nak tau, pihak Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga 200 pilihan tau.

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Bangi Golf Resort



Buffet Ramadhan ini bermula dari 21 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015. Harga?? Jangan risau sebab kat sini harganya cuma RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak. MURAH kan. Berbaloi-baloi. Pasal isu halal pun korang tak perlu risau sebab BGR telah menerima perakuan Sijil Halal dari JAKIM (Klik SINI dan cari BGR).


Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Kehadiran rakan-rakan blogger di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015 .. meriah sangat

Cooking Showcase


Tahun ni di stesen Cooking Showcase, BGR akan menghidangkan kambing bakar.. nyum nyum my favourite tau. Meleleh air liur tengok seekor kambing digolek atas bara api dan dihidangkan sos istimewa, sup kambing mamak dan roti. Memang boleh merecik peluh hirup sup panas-panas. Okey, kalau ada yang tak makan kambing, ada juga satey daging dan ayam, kuey teow goreng dan mee goreng mamak yang digoreng panas kat situ juga.

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Kambing Bakar

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Sup Kambing Mamak

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Roti, bawang goreng dan daun sup untuk sup kambing mamak

Western Appetizer


Untuk stesen Western Appetizer plak ada disajikan hidangan sentuhan gastronomi istimewa iaitu Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Ada juga menu barat yang lain seperti Beef Lasagna, Grilled Boneless Chicken With Creamy Mushroom Sauce With Oven Roasted Potato, Cheesy Vegetable Baked, Assorted Rolls With Portioned Butter dan lain-lain. (perghhh.. berbelit lidah nak menyebut. Nak taip pun kena check 2x takut typo.. hehe)

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma ni telur separuh masak sebenarnya

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Assorted Rolls With Portioned Butter

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Grilled Boneless Chicken With Creamy Mushroom Sauce With Oven Roasted Potato

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Beef Lasagna

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Cheesy Vegetable Baked

Menu Utama Tempatan Dan Masakan Timur


Untuk menu makanan utama, satu sudut disediakan khas untuk sajian tempatan dan masakan timur. Ada nasi lemak, lontong, mee rebus, kerabu, lemang dan lauk pauk yang sedap dan enak. Nak tau ape antara lauknya, korang scroll je ke bawah ekk... hehe

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Fish Fillet With Lemongrass Sauce

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Butter Prawns

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Teriyaki Chicken

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Black Pepper Beef

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Lemang

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Rendang Daging Tiak Minyak

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Lontong

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Nasi impit untuk lontong

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Sambal Sotong Kembang

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Ayam Masak Ros

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Bahan untuk mee rebus

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Mee Rebus

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Kerabu ayam

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Kerabu sayur

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Kerabu daging

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Ulam-ulaman dan sambal belacan

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Buah-buahan

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Ukiran buah tembikai.. cantik

Live Station 


Untuk sudut live station plak, memang banyak sangat terhidang juadah manis. Bayangkan pelbagai jenis kuih-muih, puding, agar-agar, kek yang berwarna warni disusun rapi atas pinggan. Rambang mata nak pilih mana satu. Nasib baik dipotong kecil-kecil. So, korang boleh rasa serba sikit untuk semua jenis manisan. Takde la membazirkan.. hehe

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Juadah manis untuk pencuci mulut

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Pastri

Tarikan Lain Sempena Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015


Tahun ni BGR memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka. Korang boleh tengok sendiri aksi-aksi panas chef BGR menyediakan hidangan (bukan aksi terlampau yang tooottttt ekk.. haha). Masa ni la korang boleh tengok skill chef menyediakan makanan. Ewahhh... 

Selain tu, kita juga akan dihiburkan dengan alunan muzik melayu tradisional. Sambil makan sambil dengar lagu ni mampu buat selera naik tau... mana tak nyer, dok ralit suap tengok-tengok abis sepinggan (aku ler tu..hehe).

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Persembahan alunan muzik melayu tradisional

Kemudahan Di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015


Dari segi kemudahan pulak, jangan risau sebab kat sini sangat selesa untuk pengunjung. Ruang makan juga luas. Kemudahan surau pun ada tersedia untuk lelaki dan perempuan. Dari segi tempat letak kereta juga pihak BGR menyediakan sebanyak 800 tempat letak kereta percuma. Jimat kan. Dah la harga buffet murah, parking pun percuma. So, apalagi bulan ramadhan ni boleh la ajak keluarga, kawan-kawan atau satu pejabat ke sini. 

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015
Ruang dewan yang luas

Eh, sebelum terjah sila buat reservation dulu ekk. Karang ada yang bersila atas lantai. Korang boleh rujuk maklumat kat bawah kalau nak datang sini.

TEMPAHAN : Pn. Luliy Shalwani di talian 0162678284 /  0169645544 atau email bgrrestaurant@gmail.com.

LOKASI :
Bangi Golf Resort Restaurant Sdn. Bhd
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor.
Telephone :
03-8925 3728; 03-8210 0265
Fax :
03-8925 3727; 03-8925 3726
E-mail:
bgb.bangigolf@gmail.com
Kooerdinat GPS :
2.95716N, 101.76518E



You Might Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

  1. owhhhh yang ini tak sempat update lagi...ngeh ngeh ngeh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la, rini baru sempat hapdate

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe