Pelancaran Pasport ASEAN dan Open House Gaya Travel Raya With Friends

Pelancaran Pasport ASEAN dan Open House Gaya Travel Raya With Friends | Ini lah jemputan Open House yang pertama aku dapat lepas balik dari kampung. Thanks a lot Gaya Travel. Bertemakan 'Raya With Friends' memang sempoi la. Walaupun first time jumpa tapi semua jemputan happening dan friendly. Sebelum tu sebelah petang pula ada Pelancaran Pasport Asean dan penyampaian hadiah kuiz untuk minggu pertama. 

Pelancaran Pasport ASEAN dan Open House Gaya Travel Raya With Friends

Pelancaran Rancangan Pasport ASEAN Di TV1 RTM


Majlis Pelancaran Pasport ASEAN telah diadakan di RUANG Event Space, Shah Alam. Majalah Gaya Travel Nusantara (Gaya Travel) melancarkan program televisyen ini sebagai satu usaha untuk dikenali umum dan menarik penonton. Turut serta dalam perkongsian bersama Gaya Travel adalah RTM selaku penyiar rasmi dan Air Asia selaku syarikat penerbangan rasmi.


Pelancaran Pasport ASEAN dan Open House Gaya Travel Raya With Friends


Matlamat Rancangan Pasport ASEAN ini adalah untuk membawa para penonton menjelajah destinasi menarik di sekitar ASEAN selari dengan perlantikan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2015. Bagi yang berminat melancong, inilah masanya untuk mencari idea dan mengetahui lokasi-lokasi yang mungkin akan menarik minat korang untuk bercuti. 


Rancangan Pasport ASEAN bersiaran setiap hari Ahad jam 9.30pm bermula 27 Julai 2015 sebanyak 13 episod. Selain itu, ada juga kuiz mingguan dan juga kuiz terkumpul yang menawarkan hadiah yang lumayan sehingga RM30,000.00 Wowwww....Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati Facebook PasportASEAN dan juga hastag #pasportASEAN.


Open House Gaya Travel "Raya With Friends"


Sebelah malam pula, di tempat yang sama ada Open House Gaya Travel "Raya With Friends". Ramai jugak yang datang. Semua berpakaian baju raya. Hensem-hensem dan cun-cun belaka uolssss. Kebanyakan yang hadir adalah wakil wakil media, personaliti berpengaruh, pegawai kerajaan dan agensi industri pelancongan. Iols pun hadir sebagai wakil Projek Travel. Tengkiu Projek Travel... hehe. 


Majlis Open House Gaya Travel bertambah meriah bila ada cabutan bertuah dan permainan. Hadiah pulak best-best tau. Apa lagi, dok tunggu sampai habis majlis la. hehe. Alhamdulillah, tak pulang dengan tangan kosong. Iols menang Voucher Isetan.. yeay... Tengkiu Gaya Travel. Oh ya, Selamat Ulang Tahun Gaya Travel yang ke-10.. ohmaiii... dah sepuluh tahun rupanya. Mesti rasa cepat jek masa berlalu kan. Papepun iols nak wish All the best to Gaya Travel dan Pasport ASEAN. Thanks again jemput ke Open House & makanan pun alhamdulillah sedap... Kat bawah iols bagi beberapa gambar untuk tatapan korang. Jangan kata kakak tak payung ekk. Selamat Hari Raya...hehe.


Pelancaran Pasport ASEAN dan Open House Gaya Travel Raya With Friends

Pelancaran Pasport ASEAN dan Open House Gaya Travel Raya With Friends

Pelancaran Pasport ASEAN dan Open House Gaya Travel Raya With Friends

Pelancaran Pasport ASEAN dan Open House Gaya Travel Raya With Friends

Pelancaran Pasport ASEAN dan Open House Gaya Travel Raya With Friends


Kredit foto : Facebook



Post a Comment

2 Comments

  1. Satu cara mengenalkan budaya rakan-rakan Asean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan dpt tau lokasi menarik di sekitar negara ASEAN

      Delete