Teater Maduku Kalut Returns Di Istana Budaya

Teater Maduku Kalut Returns Di Istana Budaya | Dah lama tak tengok teater. Last tengok Teater Bangsawan Sinbad Dendam Ratu Kala anjuran JKKN. Best tau tengok teater ni sebab semuanya dilakonkan secara live atas pentas. Ha, kalau korang peminat teater, weekend ni ada teater best yang boleh korang tengok iaitu Teater MADUKU KALUT RETURNS di Panggung Sari, Istana Budaya.

Teater Maduku Kalut Returns Di Istana Budaya
Teater Maduku Kalut Returns

TEATER MADUKU KALUT RETURNS


Maduku Kalut Returns(MKR) merupakan satu naskhah komedi yang diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman daripada satu karya “farce” yang ditulis oleh Ray Cooner iaitu Run For Your Wife. Dibarisi oleh Remy Ishak, Jihan Muse, Nad Zainal, Sherry Alhadad, Dafi dan Atoi Tohet, pastinya MKR menjanjikan sesuatu kelainan kepada atmosfera seni teater negara.

Memaparkan nilai nilai komersial yang tinggi, MKR bakal membawa penonton, untuk mengupas mengenai isu-isu semasa, dengan secara lebih santai dan bersahaja. Biarpun bergenre komedi, MKR diharapkan mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.

Saat diajukan pertanyaan mengenai pementasan semula teater Maduku Kalut Returns, Amer Syafiq selaku penerbit eksekutif mempunyai alasan tersendiri untuk tersenyum lebar. Bagi beliau, MKR lebih dari sebuat pementasan teater. MKR merupakan simbol survival dan persahabatan yang terjalin di antara penggiat-pengiat seni teater, yang rata-ratanya berada di dalam linkungan usia belia.


SINOPSIS TEATER MADUKU KALUT RETURNS


Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.

MENGENAI MASKTEAM


Teater Maduku Kalut Returns Di Istana Budaya
Poster Teater Maduku Kalut Returns

Mula memahatkan nama sekitar awal 2011, Mask Team merupakan sebuah organisasi yang memfokuskan kepada pengkhususan penganjuran acara, dan “Rumah Media”. Ditunjangi oleh sekumpulan anak muda, Mask Team berorientasikan, kreativiti dan sentuhan kelainan didalam setiap perkara yang diceburi.

Setelah hampir 4 tahun beroperasi, Mask Team ternyata sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan organisasi lain. Antara hasil kerja yang mendapat sentuhan Mask Team adalah seperti, Teater Projek Kahwin, Teater Juta-Juta, Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka dan penganjuran acara Rejunevasi Lahad Datu hasil kerjasama bersama dengan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Terbaru, Konsert Malam Keajaiban Cinta Dato’ Rossa dan konsert Malam Inspirasi Kun Anta.

Pelbagai pengiktirafan telah di raih Mask Team antaranya Persembahan Kumpulan Teater Terbaik, Pengarah Teater Terbaik dan Skrip Asli Terbaik untuk Boh Cameronian Awards.

Selain daripada penganjuran acara, Mask Team juga mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran sosial media, penjenamaan dan pemasaran serta produksi televisyen. Secara mudahnya, dengan Mask Team, segala permasalahan media anda, kami selesaikan.

Peluang menganjurkan Konsert Malam Keajaiban Cinta Dato’ Rossa bersama Airish Events, diharapkan dapat menaikkan lagi nama Mask Team, sebagai salah sebuah organisasi penganjuran acara yang berkaliber dan disegani.

Teater Maduku Kalut Returns Di Istana Budaya
Teater Maduku Kalut Returns Di Istana Budaya

Wow.. hebat kan Mask Team ni. Mesti best tengok Teater Maduku Kalut Returns ni. Rugi wooo kalau tak tengok. So sape-sape nak tengok, boleh rujuk kat bawah ni untuk tarikh dan pembelian tiket.

LAYARI :

atau
Walk Inkat kaunter box office di Istana Budaya

Tarikh :
7-9 Ogos 2015

Masa :
8.30 malam

Untuk pertanyaan boleh hubungi:
012- 535 6312 (Taqi)
016- 327 0612 (Fazz)

Jangan lupa gunakan hashtag :
#MadukuKalutReturns
#MaskTeamTheatre


Post a Comment

0 Comments