Pengalaman Shopping Di Happy Fresh Secara Online

Pengalaman Shopping Di Happy Fresh Secara Online | Sejak dua tiga menjak ni aku suka sangat shopping online. Dah banyak barang aku beli dari beberapa laman web shopping online. Terbaru aku mencuba perkhidmatan shopping online Happy Fresh Apps. Ha, hambik kau. Barang dapur pun dah boleh beli online, siap hantar depan pintu. Baguih jugak, tak payah aku bazir minyak menempuh jem dan bersesak-sesak berebut parking. ngeh ngeh ngeh...

Pengalaman Shopping Di Happy Fresh Secara Online
Happy fresh Malaysia

Cara Shopping Di Happy Fresh Apps


Kalau korang sibuk dan tak de masa nak keluar shopping terutama barang keperluan dapur boleh cuba guna perkhidmatan Happy Fresh Apps. Caranya mudah aje. Meh sini aku share macam mana nak guna Happy Fresh Apps ni.


Mula-mula, korang kena install Happy Fresh Apps sama ada dalam Android ataupun iOS. 


   

Bila dah install, penerangan mengenai perkhidmatan mereka akan terpapar dan korang hanya perlu klik next aje sebelum mulakan pembelian.



Selepas tu, bila screen ni terpapar, korang perlu memilih lokasi. Lokasi ni penting sebab kawasan penghantaran masih terhad. Jadi better check dulu kan sama ada lokasi korang dalam coverage penghantaran ke tidak



Untuk pengguna pertama kali, penghantaran percuma tau... yeayyyy. Ok, pasni boleh pilih barang yang korang nak beli.



Lepas dah pilih, pergi ke tanda bakul kat bucu atas belah kanan dan korang boleh tengok jumlah pembelian korang. Kalau dah takde pape nak tambah, boleh tekan checkout.



Korang perasan tak kat atas tu ada replacement, delivery dan payment?? Replacement tu untuk korang isi andai kata barang yang korang pilih takde stok, aku biarkan aje kosong sbb kalau barang takde, pihak happy fresh akan telefon untuk tanya barang gantian. Delivery pulak korang perlu isi alamat penghantaran dan no telefon. Lagi satu yang bagusnya mengenai Happy Fresh Apps ni, korang boleh pilih waktu penghantaran. Senang sket nak adjust masa kan... hehe. Akhir sekali kalau korang ada voucher, masukkan code kat bawah tu.



Untuk Payment, ada dua pilihan. Korang boleh pilih sama ada untuk guna credit card atau secara tunai. Lepas tu tekan submit.



Pengesahan order akan diberi so korang hanya perlu tunggu sahaja barang sampai... yeayyyy...


Barangan Happy Fresh 


Oppsss... dok cerita panjang lebar pasal cara nak beli, lupa pulak nak share ape benda yang ada kat Happy Fresh ni. Kat bawah aku bagi screenshot beberapa item yang dijual. Selebihnya korang kena la explore sendiri kan.. hehe







Ha.... macam macam ada kan... dari barang kering hingga ke barang basah. Pilih aje mana-mana keperluan yang korang nak. Oh ya, sekarang ada promosi. Kalau korang guna code kat bawah ni, korang akan dapat free delivery selama sebulan. kerlasss kau.. hehe...  Selamat bershopping.

Pengalaman Shopping Di Happy Fresh Secara Online
Pengalaman shopping di Happy Fresh

Use code Zvge1 and get free delivery for 1 month! https://happyfresh.com/joy




Post a Comment

7 Comments

  1. lagi senang dah ada shopping online mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. tambah pulak utk yg balik lambat setiap hari. tak sempat nak ke kedai beli barang keperluan

      Delete
  2. macam best shopping kat sini
    follow #529

    ReplyDelete
  3. Waaa menarik ne... Bagus ni.. Nice info share...

    Blogwalking sini.

    Blogahbar

    ReplyDelete
  4. Pernah cuba apps ni tapi tak pernah beli lagi heheheh...
    Singgah dari blogwalking emas putih....

    ReplyDelete
  5. bestnyaaa. lg jimat lg senang

    azney singgah BW dari segmen Emas Putih :)

    http://www.azneyshamsuddin.com/

    ReplyDelete
  6. mesti de tempat2 dia buat..mybe kl.. di manjung xde lagi

    Salam kenal dari blog uzu, kisah emas putih
    Jom singgah blog : Nurfuzie.com

    ReplyDelete