Fikcles Cafe Di TTDI

4.10.15

Fikcles Cafe Di TTDI | Assalamualaikum semua... Buat apa hujung minggu ni? Mesti ramai yang duduk di rumah. Maklum la, sekarang ni jerebu. Bahaya jika terlalu lama mendedahkan diri kat luar lama-lama. Tapi kalau ada yang berhajat nak makan kat luar, meh aku rekemen satu cafe yang menarik di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur. Namanya Fikcles Cafe.

Fikcles Cafe Di TTDI
Fikcles Cafe Di TTDI

Menu Menarik Di Fikcles Cafe TTDI


Apa yang menarik di Fikcles Cafe ni? Dah tentu la menunya. Siyes wei, aku dah try makan kat sini dah dengan mekonie. Kalau korang datang sini, buka je menu mesti korang tak tak nak pilih ape. Banyak kot menu kat sini. Semua nampak sedap. Harga pun berbaloi. Tapi takkan nak order semua, iye dak. Setelah belek-belek menu dua tiga kali, last-last minta owner cafe ni rekemen signiture dish diorang... hehe. Jangan risau, pemilik kedai ini adalah orang melayu dan makanan di sini adalah HALAL.

Fikcles Cafe Di TTDI
Air soda The Tapping Tapir berperisa Nanas & Calamansi

Yang ini air soda berperisa Nanas & Calamansi. Sedap dan menyegarkan. Sape yang suka air calamansi mesti akan suka air soda ni. Air soda The Tapping Tapir ada pelbagai perisa tau. Selain Pineapple & Calamansi, ada juga perisa Hibiscus & Lime, Orange & Jasmine, Guava & Lemongrass, Apple & Vanilla. Menarik kan. 

Fikcles Cafe Di TTDI
Green Tea Cream Frappe

Ha, cuba teka ni air ape... Coconut Shake? salah... Ni namanya Green Tea Cream Frappe. Cam tak caya je green tea boleh buat ice blended gini. Siap ada cream lagi. Sekali sedut je dah abi separuh. wakakaka...

Fikcles Cafe Di TTDI
Lontong Goreng

Tadi bab air minuman, sekarang bab makanan pulak. Menu pertama, Lontong Goreng. Menu ni signiture dish kat Fikcles. Ramai orang order tau. Ye la, selalu kita makan lontong goreng time raya je sebab banyak stok ketupat. Tapi kat sini, har-hari boleh makan. Istimewanya lontong goreng kat sini dia digoreng bersama sambal yang sedap dan ada isi ayam. Bertambah sedap bila dihidangkan bersama papadom dan telur mata. perghhh... meletop-letop dalam mulut..

Fikcles Cafe Di TTDI
Salted Egg Squid Sandwich

Menu yang ni special bagi aku la.. Salted Egg Squid Sandwich. Nampak cam biasa je kan sebab dibalut dengan roti tortilla, jadi tak nampak isi dalamnya. Tapi bila rasa, perghhh... memang tak cukup satu set. Keistimewaan menu ni kerana sosnya yang dibuat dari telur masin dan ia telah diserapkan citarasa tempatan dan ada cili padi tau. Jadi sesiapa yang tak makan pedas, awas ye.. bagi aku no hal sebab aku memang suka pedas. 

Fikcles Cafe Di TTDI
Linguini Arabiata

Dah abis makan lontong goreng dan Salted Egg Squid Sandwich, perut belum kenyang lagi. So, kami belek-belek lagi menu. Nak order ape ekk.. last-last kami pilih Linguini Arabiata. Sejenis masakan spegeti yang agak pedas tapi sedap. Yang bestnya siap ada garlic bread lagi.... yummmyyyy...

Fikcles Cafe Di TTDI
Flat White

Fikcles Cafe Di TTDI
Picolo

Bila perut dah kenyang, mata pun mula la mengantuk. Adesss, macam mana nak drive ni. Jadi, sambil-sambil duduk merehatkan perut. Kita minum kopi dulu... Aku minum Flat White Coffee dan Mekonie minum Picolo. kopi yang kami minum ni memang perghhhh... pekat & melekat rasa dia. Bagi penggemar kopi mesti suka. 

Pilihan Coffee terbaik di Fikcles Cafe


Tertarik dengan kopi ni, barista di Fikcles iaitu Muhammad Poetra berkongsi info pasal kopi. Tak sangka rupanya pembancuh kopi pun kena ada ilmu. Banyak ilmu dia kongsi dengan kami bermula dari segi pemilihan kopi hinggalah ke teknik mendapatkan foam dan hiasan yang cantik. Jadi jika anda penggemar kopi, boleh datang ke Fikcles. 

Fikcles Cafe Di TTDI
Barista di Fikcles, Muhammad Poetra

Fikcles Cafe Di TTDI
Teknik hiasan di atas kopi

Fikcles Cafe Di TTDI
Secawan coffee dengan hiasan foam

Suasana Dalam Cafe Yang Menarik


Dah selesai makan, meh aku belanjer gambar-gambar dalam Cafe Fikcles. Suasana dalam kedai sangat selesa dan santai. Memang best kalau nak lepak makan dengan family ataupun kawan-kawan. Lagipun cafe ni dibuka setiap hari tau. lagi special, setiap hari Selasa dan Khamis ada live band yang akan menghiburkan pengunjung. Seronok kan, sambil makan sambil dihiburkan dengan alunan muzik. Selain tu, boleh juga kalau korang nak adakan birthday party ke, farewell party ke kat sini. Semua boleh diuruskan di sini. Tapi korang kena la buat reservation dulu kan. Mudah untuk pihak Fikcles untuk menyediakan kemudahan seperti yang diminta.

Fikcles Cafe Di TTDI
Pintu masuk Fikcles Cafe
  
Fikcles Cafe Di TTDI
Hiasan Dalaman Fikcles Cafe

Fikcles Cafe Di TTDI
Hiasan Dalaman Fikcles Cafe

Fikcles Cafe Di TTDI
Hiasan Dalaman Fikcles Cafe

Fikcles Cafe Di TTDI
Hiasan Dalaman Fikcles Cafe

Fikcles Cafe Di TTDI
Hiasan Dalaman Fikcles Cafe

Fikcles Cafe Di TTDI
Bersantai dan lepak di Fikcles Cafe

Jom ke Fikcles Cafe


Disebabkan Fikcles Cafe ni best, kami lepak kat sini lebih 2 jam kot... Dasat kan. Sikit lagi nak buat macam cafe sendiri... hahahaha... Bayangkan betapa best lepak sini sampai tak sedar masa. Jadi kalau korang mencari-cari tempat lepak yang best, datanglah ke Fikcles Cafe TTDI ni. Oh ya, Cafe ni pernah masuk dalam Rancangan JALAN JALAN CARI MAKAN tau. 

Fikcles Cafe Di TTDI
Fikcles Cafe TTDI

Fikcles Cafe Di TTDI
Fikcles Cafe TTDI

Fikcles Cafe Di TTDI
Fikcles Cafe TTDI

 Lokasi Fikcles Cafe TTDI




Alamat : 
11, Jalan Wan Kadir 2, 
Taman Tun Dr Ismail, 
60000 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 
Malaysia

Waktu Operasi :
Isnin hingga Jumaat : 10:00 am – 11:00 pm
Sabtu dan Ahad : 8:00 am – 11:00 pm

Facebook :

Instagram :




You Might Also Like

1 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Nak kena cuba ni. Salted Egg Sandwich tu nampak sangat-sangat inviting!

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe