Nights of Fright 3 Festival Of Fear | Malam Yang Menyeramkan Di Sunway Lagoon

23.10.15

Nights of Fright 3 Festival Of Fear | Malam Yang Menyeramkan Di Sunway Lagoon | Assalamualaikum semua.. fuh.. Macam tak percaya je aku boleh terjebak dalam kawasan hantu-hantu yang bebas berkeliaran ni. Padahal aku ni penakut sebenarnya. Tengok cerita hantu pun 10 jari tutup mata, ni kan pulak tengok depan-depan mata. Memang seram giler kot. Walaupun tahu yang mereka ni hanya manusia tapi makeup diorang sangat real okeyyyy.... Takpe, demi mencabarkan diri sendiri, jom pergi ke Nights Of Fright 3 dan rasai pengalaman malam yang menyeramkan di Sunway Lagoon.

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Nights of Fright 3 Festival Of Fear


Sebelum ni aku tak tau pun setiap bulan Oktober kat Sunway Lagoon ni akan mengadakan Nights Of Fright Festival Of Fear sempena hari Halloween. Tahun ni dah tahun ketiga rupanya taman tema ni dibuka khas untuk pengunjung merasai sendiri keseronokan dan ketakutan yang tak dapat dilupakan. Macam mana nak lupa, pandang kiri hantu, pandang kanan pun ada hantu... haha.

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Mr Chaos dan Ms Havoc

Untuk tahun ketiga ni, menurut kata Mr.Lynton V Harris, Chairman and Chief Exec. Officer oh the Sudden Impact Entertainment Company, Mr Chaos (zombie paling femes kat sini) kembali lagi dan kali ni dia akan berkahwin dengan Ms Havoc. Nak dijadikan cerita, sebenarnya majlis kahwin ni adalah kepunyaan satu pasangan bahagia.  Tapi kesian pengantin sebenar, dah la diculik, majlis diorang pula dihijack. Semua angkara Mr Chaos dan Ms Havoc. Nama pun dah hura-hara, kahwin pun caras kenduri orang. Adesss....

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Hantu jual pek darah ??

Dalam dok ralit tengok Mr Chaos dan Ms Havoc, datang satu hantu dan menghulurkan satu paket darah. Terkejut beruk aku... Mana taknya, hantu tu berlumuran darah kot... Pastu muka pun serius je... Dah serupa nak telan orang. Darah dalam paket tu minuman sebenarnya. Dah nama masuk kawasan diorang, mesti la darah kan, takkan air kelapa pulak. hehe.... Jangan risau, air ni selamat diminum dan telah disahkan oleh Majlis hantu-hantu tau. Korang boleh beli ikut jenis darah korang.. haha

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Mak aiiii... banyaknya paku kat muka dia, kalah susuk ni... haha

Sepanjang kami berjalan kat dalam ni, banyak jenis hantu kami jumpa dan datang dari pelbagai negara pulak tu. Ada dari USA, Korea, China, malah hantu artis pun hado. Masing-masing make up dan mengenakan costume yang mengerikan. Jadi bila jalan tu berhati-hati la ekk. Kalau yang kita nampak ok la tak terkejut sangat. Tapi ada jugak yang tiba-tiba menyergah ataupun tak kurang juga yang datang senyap-senyap dan berdiri sebelah kita. Mau terkejut weiii... Tapi jangan risau, selagi kita tak sentuh dia, hantu ni takkan sentuh kita. Ni antara hantu-hantu lain yang ada kat sana. Kalau korang tengah makan, sila stop makan dulu sebelum scroll ke bawah. 

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Hantu serupa dengan watak The Jackal

Bila tengok rupa hantu ni, teringat filem seram 13 Ghosts. Sama kan macam watak The Jackal. Hantu yang paling menyeramkan dalam filem tu. Tapi yang ni versi comel sket la... kan kan..

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Hantu Ju On

Hantu yang famous kat TV iaitu Ju On. Mana tak famous, dia ni kan keluar dari TV. Tak penat ke kak dok terbongkok-bongkok kat dalam semak tu??? Abis la baju akak yang putih tu dah kotor... hehe

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Hantu Cina

Ha, dulu-dulu selalu tengok cerita hantu cina lompat-lompat tu. Kat sini pun ada jugak rupanya. Tapi aku tengok elok je dia berjalan. Takde plak melompat-lompat... haha

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Teknik make up yang berkesan. Mampu buat orang ketakutan

Erkkkkk... hantu yang ni memang paling geli aku jumpa. Tengok la muka dia, penuh dengan kulit menggerutu dan berdarah. Aku sendiri upload pun dah nak termuntah... nasib la malam tu gelap. Kalau tak depan-depan tu gak aku sembur muka dia...Ok-ok, stop gambar-gambar hantu. Karang ada pulak yang tekan pangkah sebelum habis baca. 

Tunggu dulu, aku belum cerita lagi apa yang menarik kat Nights of Fright 3 ni. Selain dari jumpa hantu-hantu ni, korang boleh juga boleh menguji tahap ketakutan dengan masuk rumah hantu. Malam tu kami masuk lima rumah hantu. Giler tak?? Masuk satu rumah hantu pun dah kecut. Mana taknya, zombie kat dalam tu ganas-ganas weiii... Paling tak tahan bila kena sergah la. Terkejut weiiii...Tapi best sebab masa ni la nak tengok muka ketakutan partner kita.... hahaha

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Horrorwood Studios

Horrorwood Studios - Rumah hantu pertama yang kami masuk. Masa masuk ni gigih lagi sebab belum tau apa yang ada kat dalam. Tapi nebes tetap ada wei. Katanya dalam tu ada banyak zombie yang bakal menanti kita. Adesss... teringat plak cerita walking dead

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Kevil Hill

Kevil Hill - Tempat kedua yang kami masuk Kevil Hill  dimana menjadi tempat untuk proses pemeliharaan badan manusia yang disimpan di dalam tangki-Cryo dengan suhu yang sangat sejuk. JB Kevil bertekad untuk menghidupkan mereka dalam masa terdekat. Tapi malangnya sesuatu telah berlaku dimana mayat-mayat yang dibekukan kembali hidup dan akan mengganggu sesiapa yang masuk ke dalam Kevil Hill. Perghhh... Kevil Hill Lynton V Harris ‘Scream Park lagi mendebarkan weiii... 

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Escape From Pudu 2

Escape From Pudu 2 - Sape tak tau Pudu Jail angkat tangan ?? Ha, kat Sunway Lagoon ni pun ada tau. Kat dalam ni penuh dengan penyiksaan, jeritan dan rayuan banduan-banduan yang dipenjarakan. Memang berhantu la penjara pudu ni. Harap korang dapat lepaskan diri bila dah masuk kat dalam ni sebab warden penjara kat dalam tu garang tau dan akan cuba mengganggu korang. Mungkin juga mereka kesepian kot..

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
The Mummy's Revenge : Tomb of Terror in 3D

The Mummy's Revenge : Tomb of Terror in 3D - Masuk rumah hantu yang ni best sebab kita kena pakai cermin mata 3D. Semua lukisan yang kita nampak kat dalam seolah-olah timbul. Tapi hati-hati, dalam pada kita leka, pasti ada yang memerhati. Kat dalam ni juga kita boleh jumpa Cleopatra dan Ramsey yang jahat tu. Awas, jangan terperangkap dan tinggal terus menjadi mumia kat dalam ni.

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Toxic the Scariest Place Unearthed

Toxic the Scariest Place Unearthed - Antara 5 rumah hantu ni, bagi aku Toxic yang paling saspen dan menyeramkan. Kita akan dibawa ke tempat pembuangan sisa toxic di mana makhluk dalam ni adalah mutant akibat terdedah pada racun. Kawasan toxic berbeza dari rumah hantu yang lain kerana kawasannya yang terbuka dan di dalam hutan. Jadi kita tak boleh nak jangka kat mana makhluk-makhluk ni menyorok. Dah la banyak mayat bergelimpangan. Mau dibuatnya tetiba mayat tu bangun tak ke naya. Jadi untuk keselamatan, kita perlu pegang tali dan jangan sesekali lepaskan tali tu. 

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Kawasan toxic yang berkabus dan menyeramkan

Lagi satu jalan kat kawasan Toxic ni penuh dengan kabus. Memang tak nampak apa-apa. Dalam pada teraba-raba mencari jalan keluar, tiba-tiba terdengar bunyi chain saw kat belakang kami. Apa lagi, masing-masing menjerit dan meluru keluar. Nasib baik dah tak jauh dengan pintu keluar. Giler mendebarkan weii dan siyes paling menakutkan... Kalau korang datang, memang korang kena masuk dan rasai sendiri pengalaman kat Toxic ni. 

Untuk Nights of Fright 3 ni, kita juga boleh menaiki permainan extreme di Amusement Rides sebab tiket termasuk sekali dah. Ada banyak permainan yang boleh kita main seperti Pirate's Revenge, Grand Canyon River Rapids, Colorado Splash, Scream Coaster, Wagon Wheel, Apache Pots, Vultures dan Butch Cassidy Trail. 

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Pirate's Revenge

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Giler terbalik kapal tu berpusing

Kami naik Pirate's Revenge ni. Konon nak larikan diri dari hantu sekali amik kaw, kami yang naik hantu bila naik benda alah ni. Masa naik tak pikir apa, sekali dia dah berayun, menjerit-jerit macam orang giler nak turun. Mana tak nya, terbalik kapal tu dibuatnya. Sepanjang dia berayun tu aku gagahkan diri untuk tahan dan pejam mata. Kalau tak, ada yang jadi mangsa muntah...hehe.. 

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Grand Canyon River Rapids

Permainan yang berasaskan air ni pun best jugak tapi memandangkan outfit yang tak sesuai, tak dapek la nak join. Diorang-diorang je yang naik Grand Canyon River Rapids dan Colarado Splash .. huhu... Takpela, aku jadi penjaga beg je. 

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Pertunjukan api

Sebelum balik, kami sempat melihat persembahan pertunjukan api. Dasat betul diorang ni. Macam mana la diorang boleh tahan dengan panas dan bau minyak tanah tu. Dah la tu, siap masukkan minyak tanah dalam mulut untuk sembur api.... salute la kat korang... 

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Geng Projek Travel

Ha, dok membebel panjang-panjang, lupa pulak nak kenalkan korang dengan geng Projek Travel. Aku pi ngan diorang ni la. Memang sporting, havoc, happening dan pening masing-masing. Pening ape? Pening naik Pirate's Revenge tak hilang lagi. Pasni tobat tak mau naik dah... haha

Jadi kalau korang sukakan cabaran, meh datang ke Nights of Fright 3 : Festival of Fear di Sunway Lagoon. Ajak adik, kakak, abang, kawan-kawan mai. Tapi kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan ye. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk bawah ni :

Nights of Fright 3 Festival Of Fear
Malam Yang Menyeramkan Di Sunway Lagoon


Harga tiket :
Kaunter : 1 Pax RM58
Beli Online - 1 Pax RM45 / 2 Pax RM80

Tarikh :
22nd-24th Oktober 2015
29th-31st Oktober 2015

Masa :
7.30pm hingga 11.30pm

Website :

Facebook :

Instagram :
* jangan lupa kongsikan gambar anda di instagram dan letak #NOF3





You Might Also Like

12 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Wah.. . Mmg menyeramkan... kalau cikla yg masuk sana entahlah... pengsan barangkali... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau tak seram, tetiba ada yang sergah kita

      Delete
  2. Pening sampai sekarang x ilang lg ha. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib aku tutup mata weiii... kalau tak, abis la org depan aku. ..hikhik

      Delete
  3. aku rasa macam nak repeat lagi je weh,hahahhahahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik... kata tak leh move on... hehe

      Delete
  4. Replies
    1. kan... padahal tau je yg tu manusia

      Delete
  5. errkkk takut plak nak pergi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut tp best... pi ramai2 lagi best

      Delete
  6. mesti seronok nie.. kite suke (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok bila sakat hantu balik... haha

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe