Resort Seafood Steamboat Restaurant Di Genting Highlands

6.10.15

Resort Seafood Steamboat Restaurant Di Genting Highlands | Setelah habis menjelajah Behind The Scenes Tour dan menyaksikan persembahan Superstars of Magic 4, kami dibawa ke Resort Seafood Steamboat Reataurant di Level 1, Resort Hotel. Kalau dah namanya restaurant, dah tentulah acara makan-makan kan... yeaayyyy, dinner time... memandangkan perut pun lapar, kami teruja menunggu makanan kami. 

Resort Seafood Steamboat Restaurant Di Genting Highlands
Resort Seafood Steamboat Restaurant Di Genting Highlands

Resort Seafood Steamboat Restaurant


Di Resort Seafood Steamboat Restaurant ni ada pelbagai set menu yang boleh kita pilih. Tapi kalau dah namanya steamboat, maknanya kita kena masak sendiri la kan. Tapi apedehal, ini lah masanya kita nak menunjukkan skill memasak kita kan. Tapi awas, sila lakukan dengan bersopan santun agar tiada aksi-aksi terlampau ketika memasak. Mau hidup semula segala udang, daging dan ayam tu.... hahaha

Resort Seafood Steamboat Restaurant Di Genting Highlands
Muka kelaparan... haha

Excited giler masa bahan-bahan untuk steamboat sampai. Mana tak nya, banyak kot. Ada udang besar-besar, segala jenis bebola & cendawan yang menimbum dan yang paling best ada daging ostrich tu. Firstime makan steamboat ada daging burung unta ni. Tu yang special kat Resort Seafood Steamboat Restaurant ni. Oh ye, set yang kami makan ni untuk 8 orang. Uishhh... best-best. Tak sabar dah ni nak masak... 

Resort Seafood Steamboat Restaurant Di Genting Highlands
Bahan-bahan mentah untuk steamboat

Set for 8 Person - Resort Seafood Steamboat Restaurant
Herbal Chicken Soup
Shiitake Mushroom
Enokitake Mushroom
Chimaji Mushroom
King Oyster Mushroom
Fatt Choi Fish Ball
Fu Chew Fish Ball
Fried Vegetable Ball
Bean Curd Roll
Grass Prawn
Ostrich Meat
Chicken Supreme Slices
Pacific Clams
Grouper Slice
Poh Choy
White Bean Curd
Egg
King's noodles

Resort Seafood Steamboat Restaurant Di Genting Highlands
Steamboat di Genting Higlands

Untuk pengetahuan korang, kat Resort Seafood Steamboat Restaurant ni ada dua jenis kuah yang boleh kita pilih sama ada tom yam ataupun sup herba ayam. Tapi kalau nak lebih special, ada juga disediakan sup kepala ikan dan sup ayam kampung. Tapi yang ni mahal sikit la. Dari segi makanan laut pula, semuanya dihidangkan fresh dari akuarium. Tu sebab rasa manis makanan laut terasa bila dimasak secara steamboat. 

Bagi daging pula, selain dari daging burung unta yang macam kami makan tu, ada juga pilihan daging wagyu (daging yang terkenal dengan keenakannya), rusuk kambing, daging itik salai. Tak lengkap jika makan steamboat tak ada mee, jadi dalam pakej kita boleh memilih King's noedles. 

Paling penting dalam steamboat, haaaa dah tentu la sosnya kena ada, baru lengkap steamboat kita. Ada 20 jenis sos disediakan untuk pilihan yang disediakan fresh setiap hari. Tapi kalau aku, biasanya akan campur semua sos dan gaul bersama daun bawang. hehe...

Resort Seafood Steamboat Restaurant Di Genting Highlands
Resort Seafood Steamboat Restaurant

Ruang di dalam Resort Seafood Steamboat Restaurant ni sangat luas dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Jumlah tempat duduk adalah 256 orang dalam satu-satu masa. Untuk bahagian steamboat, meja bulat disediakan dan boleh menampung sehingga 10 orang. Memang sesuai untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Kerusi khas untuk kanak-kanak juga disediakan agar memudahkan ibu bapa untuk masak dan mencegah dari kanak-kanak terkena periuk panas. 

Resort Seafood Steamboat Restaurant Di Genting Highlands
Mana yang lain ni... lapar dah ni

Resort Seafood Steamboat Restaurant Di Genting Highlands
Dah-dah.. nak masak pulak, Kbai..haha

So, jika ada yang berminat untuk menikmati dan merasai sendiri keenakan steamboat di Genting Higlands boleh la mencuba Resort Seafood Steamboat Restaurant. Sebarang pertanyaan boleh hubungi

Telefon :
03-61011118

atau layari :

Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari
tengah hari (12pm - 2.30pm)
malam ( 6.00pm - 10pm)


Harga :
Dari RM 108 hingga RM638
(dua orang hingga 8 orang)

Promosi :
1 July - 31 October 2015 
20% Discount for Genting Rewards Card Members.



You Might Also Like

3 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe