Cantik Dan Sihat Dengan Produk Mika Series

24.11.15

Cantik Dan Sihat Dengan Produk Mika Series | Sebut aje pasal produk kecantikan dan kesihatan, ada banyak jenama di pasaran sekarang kan. Mana taknya, semua orang nak cantik dan sihat kan. Disebabkan permintaan yang tinggi, tu sebab ramai yang menceburi bidang perniagaan ni. Haishhh... pening nak pilih mana satu kan. Yang tu orang kata elok, yang ni pun elok. Tapi yang penting kena sesuai dengan diri kita dan juga tepuk dada tanya poket.. hehe

Cantik Dan Sihat Dengan Mika Series
Produk Mika Series

Produk Mika Series


Ni nak habaq mai, sorang lagi artis tanahair iaitu Zoey Rahman juga memilih untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan ni. Memiliki wajah yang awet muda, mesti korang tak sangka dengan umur Zoey ni. Aku sendiri pun ingat umur dia dalam awal dua puluhan je tapi rupanya tak jauh beza ngan umur aku. Jadi disebabkan ramai yang nak tau rahsia Zoey, dia pun berkongsi tentang produk yang digunakannya sekaligus menjadikannya sebagai satu perniagaan. oooo... patut la awet muda. 

Produk yang dimaksudkan adalah produk Mika Series. Produk ni sesuai untuk lelaki dan wanita. So, mudah la kan, boleh share husband & wife. hehe. Setakat ni ada beberapa jenis barangan di bawah produk Mika Series seperti Mika Bright, Mika Lipz, Mika Black Mask CoolMax, Mika Whitening, Real Hair Eye Brow Serum.

Cantik Dan Sihat Dengan Mika Series
Zoey Rahman dan Produk Mika Series

Cantik Dan Sihat Dengan Mika Series
Zoey Rahman memberi penerangan mengenai Produk Mika Series

Mika Lipz dari Mika Series


Produk pertama yang aku nak cerita ialah Mika Lipz, salah satu produk Mika Series untuk melembabkan bibir. Produk ini sesuai untuk lelaki dan perempuan ye. Ha, jangan pulak ada lelaki yang malu nak guna. Ni bukan lipstick bang, ni pelembab bibir la. Kegunaan Mika Lipz ni adalah untuk membaiki tekstur bibir, merawat bibir kering dan merekah, mencerahkan bibir secara semulajadi. Jadi, untuk abang-abang yang ada masalah bibir gelap, boleh la nak cerahkan bibir. Produk ni juga sesuai untuk korang yang ada masalah bibir sensitif. 

Mika Lipz diperbuat dari bahan semulajadi seperti Argan oil, Sweet Almond oil, Avocado oil, Mint Oil, Mini HA, Bees Wax, dan Natural Tech Vaseline. Cara guna Mika Lipz, hanya tenyeh je kat bibir secara sekata. Mudah kan... hehe

Cantik Dan Sihat Dengan Mika Series
Mika Lipz

Mika Black Mask CoolMax Dari Mika Series


Produk yang kedua pula amat sesuai untuk korang-korang yang ada masalah white heads dan black heads. Nama produk ni Mika Black Mask CoolMax dari Mika Series. Mika Black Mask CoolMax ni merupakan gel mask yang berwarna hitam dan mampu untuk membuka liang pori untuk membuang sel-sel kulit mati. Ia juga mempunyai ciri-ciri penghidratan yang membuat kulit jadi sihat dan berseri.

Cara guna Mika Black Mask CoolMax ni senang je, korang cuci dulu muka bagi bersih. Kemudian sapu gel ni kat muka dan ratakan. Hati-hati jangan sampai terkena kening, anak rambut, mata dan mulut ye. Lepas tu biarkan ia kering selama 20-25 minit. Bila dah kering, tarik perlahan-lahan dari bawah ke atas. Ha, masa tu korang boleh nampak segala white heads dan black heads akan ikut terkeluar dan melekat di mask tu. Jangan lupa lap muka lepas tu dengan cleansing wipe

Cantik Dan Sihat Dengan Mika Series
Mika Black Mask CoolMax

Mika Bright Dari Mika Series


Sape nak kekal langsing, sihat, cergas, cerah dan bergaya?? Angkat tiaq!!!... haha.. Aku rasa mesti semua nak kan. Jadi produk ketiga ni memang sesuai untuk korang semua. Mika Bright dari Mika Series ni mengandungi 100% bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan tergolong dalam makanan sunnah seperti kurma, madu, habbatus sauda, delima, anggur hitam, acai berry, guarana, green tea serta pati sarang burung

Perghhh, memang terbaekkk la bahan-bahan dia. Patutla banyak khasiat Mika Bright ni. Boleh membina sistem ketahanan badan, mengimbangkan berat badan, mengekalkan keremajaan dan banyak lagi. Patut la Zoey pun awet muda. Nak jadi cam dia gak la. hehehe.... 

Cara makan Mika Bright ni senang je. Tak perlu sukat dan tak perlu bancuh. Hanya koyak dan minum. Senang kan. 1 sachet untuk pagi sebelum sarapan dan 1 sachet malam sebelum tidur. Lepas tu boleh la tido dengan tenang.


Cantik Dan Sihat Dengan Mika Series
Mika Bright

Testimoni Mika Series


Setakat ni aku dah cuba 3 barangan dari produk Mika Series ni. Memang best especially Mika lipz. Kesannya boleh nampak sekali pakai je. Bibir jadi lembap dan nampak segar. Tak payah dah pakai lipstik sebab dia akan mencerahkan bibir mengikut warna darah. Mika Black Mask CoolMax pulak baru sekali pakai je tapi memang tanggal la white head kat hidung tu. Kalau pakai secara berterusan mesti muka jadi bersih dan bebas white head...hehe. Untuk Mika Bright pulak, selepas pengambilan selama seminggu, badan rasa ringan je. Kalau biasa nak naik tangga 5 tingkat rasa mengah tapi sekarang laju je naik. Tup tup sampai atas dah. Almaklum la, rumah takde lift. huhu...

Cantik Dan Sihat Dengan Mika Series
Bibir berseri walaupun tak pakai lipstik, hanya guna Mika Lipz sahaja

Cantik Dan Sihat Dengan Mika Series
Nampak tak kesan degil yang terpacak-pacak akibat penangan Mika Black Mask CoolMax tu?

Cantik Dan Sihat Dengan Produk Mika Series
Rutin harian minum mika bright setiap pagi dan malam

Testimoni ni dari apa yang aku alami sendiri bila pakai produk ni. Lain orang mungkin berbeza kesannya. Tapi tak salah kan kalau nak cuba. Mana tau produk Mika Series ni sesuai dengan kulit korang. So, kalau korang nak cuba guna produk ni, boleh riki-riki kat bawah :

Cantik Dan Sihat Dengan Mika Series
testimoni produk Mika Series





You Might Also Like

9 ♥ Surat Cinta ♥

  1. bagus jgk nih..Satu set ade semua..hehe..nak awet muda jgk..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.... sesuai untuk lelaki dan wanita tau

      Delete
  2. Mask tu pakai macam mana? nampak mcm ada letak kapas ke kain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mask tu just sapu je kat muka secara rata. pastu biar kering lebih kurang 20-25 minit. dah kering, cabut mask tu dari bawah ke atas. then bersihkan muka dengan cleasing wipe. Agaknya yang awk kata kapas tu cleansing wipe tu la.

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe