Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue

13.11.15

Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue | Bila tiba hujung tahun ni memang hot la isu ni. Isu apa?? Isu kahwin la. Memang hujung tahun dah jadi musim kahwin sebab cuti sekolah panjang. Jadi sana sini ada jemputan kenduri kahwin. Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal kenduri kahwin sesiapa tapi nak share dengan korang pasal satu tempat yang boleh masuk dalam wishlist bakal pengantin untuk lokasi majlis perkahwinan nanti.

Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue
Venue Perkahwinan Baru di Kajang Perdana Avenue

Tempat yang aku maksudkan adalah Kajang Perdana Avenue yang terletak di Taman Kajang Perdana. Tempat ini milik Felda D'saji Sdn Bhd dan bakal beroperasi pada Disember 2015 nanti. Tempat ini juga akan menyediakan Pakej Perkahwinan Lengkap dan memudahkan bakal pengantin untuk berurusan. Jadi tak payah nak pening-pening dah kan.

Rekabentuk Bangunan Kajang Perdana Avenue


Sebelum ni aku dah pernah pergi ke majlis perkahwinan di Orchard Villa di Gombak yang juga milik Felda D'saji Sdn Bhd. Memang best dan cantik sebab terletak di dalam kawasan dusun. Tak sabaq nak tunggu yang kat Kajang ni pulak, mesti gebum-gebum. Tengok lakaran ilustrasi rekabentuk nya pun dah nampak unik dan luas. Nanti bila dah siap Disember 2015, aku akan share gambar lagi macam mana rupa sebenar Lokasi Perkahwinan Terbaru dari Felda D'Saji Sdn Bhd ni.

Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue
Rekabentuk Bangunan Kajang Perdana Avenue

Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue
Rekabentuk Bangunan Kajang Perdana Avenue

Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue
Rekabentuk Bangunan Kajang Perdana Avenue

Daripada lakaran rekabentuk ni mungkin nampak cam kosong kan. Tapi korang jangan risau. Aku pasti venue ni akan happening dan cantik bila dah dihiasi dengan dekorasi pilihan pengantin nanti. Korang boleh pilih apa jua konsep dan tema mengikut citarasa korang.

Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue
Ruang Dalam Bangunan Kajang Perdana Avenue

Berbalik kepada Rekabentuk Bangunan Kajang Perdana Avenue ni, bangunan nya juga akan dilengkapi dengan bilik menunggu VVIP/VIP, bilik persalinan pengantin dengan bilik air, tandas, surau dan pejabat jualan. Kawasan nya juga agak luas dan kawasan parking boleh muat hingga 250 buah kereta dalam satu masa. Luas kan..

Pakej Yang Disediakan Di Kajang Perdana Avenue


Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue
Pakej Perkahwinan Lengkap Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue

Memandangkan Venue Perkahwinan Kajang Perdana Avenue ni di bawah pengurusan Felda D'saji Sdn Bhd, korang dah tak payah nak risau pikir pasal katering. Dah tentu-tentu korang boleh ambik pakej katering diorang. Servis diorang pun memang tip top. Ada banyak menu pilihan sama ada menu nasi minyak, nasi briani ataupun menu ala kampung, semua ada dan tentunya sedap-sedap belaka.

Untuk pengetahuan korang, pihak Felda D'saji Sdn Bhd juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain untuk memudahkan pihak pengantin dan juga keluarga pengantin. Boleh dikatakan semua ada, kira 'Pakej Lengkap Perkahwinan' atau 'One Stop Centre' la. Pengantin dan keluarga hanya perlu datang bawak diri je. Berikut antara khidmat yang disediakan :

Pakej Lengkap Perkahwinan Di Kajang Perdana Avenue


Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue
Pakej di Kajang Perdana Avenue

TAWARAN PAKEJ INI MERANGKUMI:

1) JENIS HIDANGAN
Makanan dan Minuman dihidang secara Buffet

2) TAMBAHAN HIDANGAN PENGANTIN
Tambahan tiga (3) hidangan di meja hi-table (meja pengantin) yang akan ditentukan oleh Chef D’Saji.

3) MEJA HI-TABLE & HIASAN
Meja utama disediakan untuk tetamu VVIP dengan bilangan maksima 10 pax. Hiasan dan gubahan bunga segar turut disediakan.

4) MEJA KHAS
Penyediaan empat ( 4 ) set meja berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap dengan Napkin, Alas Meja Bulat & Overlay serta set crockeries dan cutleries jamuan secukupnya.

5) TIGA (3) TINGKAT KEK PERKAHWINAN
Tiga (3) tingkat Dummy Cake perkahwinan disediakan untuk upacara memotong kek perkahwinan bagi menyempurnakan majlis.

6) BUSANA & ANDAMAN * (UNTUK PAKEJ PREMIUM SAHAJA)
Penyediaan sepasang baju pengantin L/P + make up 1x + aksesori pengantin secukupnya oleh kontraktor yang telah di lantik oleh Felda D’saji Sdn Bhd.

7) FOTOGRAFI * (UNTUK PAKEJ PREMIUM SAHAJA)
Penyediaan senior fotografi iaitu ( Lenso Fobia ) termasuk Story Album min 20 m/s, Frame 8’x12’, CD Umlimited Shoot Serta menyediakan juga Outdoor Session.

8) SESI “FOOD DISCUSSION”
Bagi mendapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan kami, Satu sesi “Food Tasting” untuk 10 orang akan dijalankan.

9) PRAMUSAJI
Setiap majlis akan di uruskan oleh pramusaji D’Saji yang lengkap beruniform.

Dok cerita-cerita pasal pakej perkahwinan dari tadi mesti korang tertanya-tanya berapa harga kalau nak buat Majlis Perkahwinan di Kajang Perdana Avenue ni kan. Kat bawah ni aku share harga promosi dari pihak Felda D'Saji Sdn Bhd untuk Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue :

Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue
kadar sewaan tempat di Kajang Perdana Avenue

KADAR SEWAAN INI MERANGKUMI:

1) KERUSI, MEJA TETAMU DAN KAUNTER BUFFET
Penyediaan Kerusi Chiavari, Meja Tetamu dan Kaunter Buffet beserta alas meja secukupnya dengan hiasan secara Basic Dekorasi dan Red Carpet.

2) STANDARD P.A SISTEM
“Public Address” ( Sistem P.A) dan Rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD [Encik Arif Putra 012-340 3969]

3) PELAMIN ASAS
Penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D’saji. (Puan Ayu Samsudin [Ayu Deco] 017-633 1005

4) BILIK PERSALINAN, SURAU DAN TANDAS
Sebuah bilik persalinan untuk persediaan pengantin serta kemudahan surau dan bilik air yang selesa dan bersih turut disediakan

5) TEMPAT LETAK KERETA
Tempat letak kereta secara percuma.

6) RELA
Unit Keselamatan (RELA) disediakan untuk memastikan keadaan lalum lintas berjalan dengan lancar.

Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue
Contoh pelamin

Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue
Contoh pelamin

Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue
Contoh pelamin

Selain majlis perkahwinan, bangunan Kajang Perdana Avenue ni juga boleh menerima tempahan untuk majlis konvokesyen tadika, makan malam korporat, pertunjukkan fesyen, pelancaran produk, seminar ataupun bengkel pembelajaran. Jadi mana-mana ahli korporat ataupun bisnesman yang ingin mengadakan majlis, boleh la masukkan venue ni dalam list lokasi pilihan.

Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue
Lokasi pilihan untuk event anda

Lagi satu pasal lokasi. Orang Kajang mungkin tau kat mana Taman Kajang Perdana kan. Tapi untuk orang luar yang tidak berapa area Kajang boleh google. Untuk waze mungkin masih belum ada sebab bangunan baru. Nanti kalau dah dapat info, aku akan share dalam next entri (Insha Allah). Tapi secara kasarnya, lokasi ini dapat dituju melalui :

Akses yang mudah melalui :

  • SILK Highway
  • Persiaran Kajang-Semenyih Bypass
  • Cheras-Kajang Highway
  • Seremban-Kajang Highway
  • Jalan Semenyih


Lokasi Perkahwinan Terbaru Felda D'Saji Di Kajang Perdana Avenue
Kajang Perdana Avenue

VENUE : KAJANG PERDANA AVENUE

Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana,
43000, Kajang Selangor

Telefon :
03-2698 8302 

PIC :
 Nurul Nadia (019-295 6232)
En. Azan (014-338 8794)






You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe