Chin Swee Caves Temple Genting Highlands

3.12.15

Chin Swee Caves Temple Genting Highlands | Kalau kat Siem Reap ada Angkor Wat, kat Yogyakarta ada Borobodur, kat Genting Highlands pula ada Chin Swee Caves Temple. Inilah salah satu tarikan pelancong yang menarik ada di Genting Highlands. Chin Swee Cave Temple juga ada berkait dengan sejarah pembukaan Genting Highlands

Chin Swee Caves Temple Genting Highlands

Chin Swee Caves Temple


Chin Swee Caves Temple

Chin Swee Caves Temple adalah sebuah kuil Taoist yang terletak di Genting Highlands, Pahang, Malaysia. Chin Swee Caves Temple terletak di tapak yang strategik dan mempunyai pemandangan yang cantik Genting Highlands. Lokasi Chin Swee Caves Temple terletak 4600 kaki di atas paras laut, yang mengambil masa kira-kira 5-10 minit turun dari puncak gunung. Dalam temple ni ada patung Qingshui, seorang sami Buddha yang telah lama dikenali sebagai dewa di wilayah Fujian, China dengan kebolehan luar biasa untuk memanggil hujan dan mengusir roh-roh jahat.

Tarikan Di Chin Swee Caves Temple


Tarikan Di Chin Swee Caves Temple

Chin Swee Caves Temple menarik ramai penganut tempatan dan asing dari Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand dan China. Chin Swee Caves Temple terletak di atas sebidang 28 ekar tanah hutan berbatu yang disumbangkan oleh Genting Group di mana pengasasnya adalah mendiang Tan Sri Dato' Seri Lim Goh Tong. Berikut adalah antara tarikan di dalam Chin Swee Caves Temple Genting Highlands :

  • 24 Filial Stories
  • Sky Terrace
  • Pagoda
  • 9-colour dragon wall of luck
  • Fu-Lu-Shou
  • Bridge Of Fairies
  • 10 Chambers of Hell
  • Statue Of Guan Yin
  • Statue Of Buddha
  • Dragon Mineral Water




Kemudahan Di Chin Swee Caves Temple


Sebagai tempat tarikan pelancong dan juga tempat untuk penganutnya menjalankan aktiviti keagamaan, Chin Swee Caves Temple ada menyediakan kemudahan untuk pengunjung. Antara kemudahan tersebut adalah :

Kemudahan Di Chin Swee Caves Temple

1. Penginapan

Chin Swee Caves Temple menyediakan 110 buah bilik - 93 triple rooms dan 17 double room. Dalam bilik ini ada kemudahan asas untuk keselesaan pengunjung seperti kipas, tempat mandi, rak barang. Bilik ini sesuai bagi mereka yang inginkan kedamaian dan bermeditasi.

2. Dewan Serbaguna

Terdapat 2 bilik mesyuarat dengan keluasan 1,400 sq.ft dan 650 sq.ft. Manakala The Goh Tong Meditation Hall pula berkeluasan 7,035 sq.ft dengan kapasiti 300 orang dalam satu-satu masa untuk menjalani aktiviti meditasi, aktiviti keagamaan ataupun majlis perkahwinan.

Inilah antara info mengenai salah satu tarikan di Genting Highlands iaitu Chin Swee Caves Temple. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di bawah :

Chin Swee Caves Temple Genting Highlands

Website : www.csc.org.my
Tel : 03-2718 1113



You Might Also Like

6 ♥ Surat Cinta ♥

  1. dah lama dah tak naik genting... hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. nak naik sorang2 tak best.. naik ramai2 cenggini baru best...

      Delete
  2. Replies
    1. untuk photographer memang best port sini sebab view dari sini cantik untuk landscape photography

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe