GARA-GARA FITNAH KICAP TIRANA, AZWAN ALI BAKAL DISAMAN

19.1.16

GARA-GARA FITNAH KICAP TIRANA, AZWAN ALI BAKAL DISAMAN | Aduh... buat hal lagi Azwan Ali atau lebih dikenali dengan nama Diva AA ni. Kalau dulu dengan Restoran Me'nate Steak Hub. Sampai kecoh la dunia sosial. Kali ni Azwan Ali membuat kontroversi lagi dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan fitnah terhadap kicap keluaran bumiputera iaitu Kicap Tirana

Gara-gara fitnah Kicap Tirana, Azwan Ali Bakal Disaman
Kicap Tirana vs Azwan Ali

TUNTUTAN KENYATAAN-KENYATAAN FITNAH DAN TIDAK BENAR KE ATAS IKLAN KICAP TIRANA OLEH PIHAK TIRANA PODUCTS KE ATAS MOHAMED AZWAN BIN ALI 

Pihak Tirana Products Sdn Bhd bertindak mengeluarkan surat tuntutan kenyataan-kenyataan fitnah dan tidak benar yang telah dilemparkan ke atas produk syarikat tersebut iaitu Kicap Tirana. Tirana Products Sdn Bhd adalah milik perkongsian antara Dr. Murad Hilmi bin Haji Mohamed dan adik beliau En. Mohd Irwan bin Hj.Mohamed.

Surat tersebut telah pun diberikan kepada pihak Mohamed Azwan bin Ali bertarikh 13 Januari lalu yang diwakili oleh peguam Adnan Bin Seman @ Abdullah. Antara lain, syarikat ini berhasrat agar selebriti tersebut menghentikan fitnah dan kenyataan tidak benar ke atas kicap perusahaan syarikat mereka, Tirana Product Sdn Bhd

Surat tuntutan tersebut mengandungi kandungan seperti di bawah :-

“Merujuk kepada perkara di atas di mana kami bertindak bagi pihak Tirana Products Sdn Bhd. Kami telah dimaklumkan oleh anak guam kami bahawa anak guam kami telah menerbitkan satu iklan bagi mempromosikan kicap keluaran mereka berjenama “Tirana” yang disiarkan berulang kali di TV3.
Kami seterusnya dimaklumkan oleh anak guaman kami bahawa pihak Tuan telah mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan-kenyataan di halaman ‘instagram’ Tuan yang menggunakan nama “divaazwanavazz” yang berunsur fitnah dan tidak benar ke atas Iklan Kicap Tirana tersebut. 

Gara-gara fitnah Kicap Tirana, Azwan Ali Bakal Disaman
Instagram divaazwanavazz (kredit photo : mybizz.xyz )

Antara kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Azwan Ali di halaman Instagram :-

i) “TERTENGOK IKLAN PLG TER GAMPANGSSS DLM SEJARAH TV ! #LUDAHHH SAPA YG KOMEN PRO STATUS DIVA AA ? DAPAT #rendangchefDivaAA FOC!”;

ii) “IKLAN KICAP TE GAMPANGSSS! MACAM MANA BOLEH LEPAS SIARAN KAT TV3? OMGGG BLOGGERS #NERAKAjahanammmm VIRAL KAN LAH SANGAT DIVA AA CARUTS IKLAN KICAP PLG SANGKAK! #BILLIONZZZZZ MY GREAT FANS? TOTALLY AGREED ! SAPA YG JOIN MAKI KAN IKLAN KICAP PLG SANGKAK NI ? DAPAT FOC #rendangchedDivaAA”;

iii) “KICAP KIPAS UDANG ? CONPOM TOP! NI TIRANA ? INGAT PIL SENGUGUT ?”; 

iv) “APA JADAH NAMA KICAP NI NOK? TAK PERNAH DENGAR PUN? PADAN IKLAN GAMPANGSSS SGT! SAPA JOIN MAKI IKLAN NI? DAPAT #rendangchefDivaAA FOC NOKK”; 

v) “SEJUTA KALI PUN AKU CARUTS #IklanKICAPplgGAMPANGSSS YG KO PANAS #KOdahKENAPEhanjjj ? ADA SEJUTA REASONS Y IKLAN INI AKAN TERUS DI MAKI ! KO BOSS KICAP NI PUN ? AKU TAK TAKUT ! TENGOK SAPA YG POWER ?”; 

vi) “#IklanKICAPplgGAMPANGSSS ADA DATUK “KEPANASAN ! #KESIAN ! LU SAPAAAAA ? DO I CARE WHO THE HELL “DATUK” U ARE ? DIVA AA PUNYA HAK UTK TEGUR ANY SIARAN VISUAL YG MEMUAL KAN ! MENJENGKEL KAN! MENJIJIKKK KAN & MEM #BODOHHHH KAN PENONTON !SO ?”; 

vii) “@salmahismael HARI HARI JOIN ME CARUTSKAN #IklanKICAPplgGAMPANGSSSS”;

viii) “@kinato_c IKLAN SAMPAH SARAPPP NOKKK”;

ix) “@datin_cotton MAKI KAN DATINNNN! IKLAN HANJINGGGG NI”; 

x) “@izzat_ikhwan HAPRAK SANGAT IKLAN TER GAMPANGSSS NI NOKKK! MAKI LAGI KOW KOW

xi) “@kembali_ke_syurga IKLAN #NERAKAjahanammmm NOKK”; 

xii) “iklan produk yg bila org puteh suka sesuatu brg tu…plg kelas la kononnya. Xde jati diri…bodo sape yg telibat dgn iklan ni… #artisfakehahaha”; 

xiii) “@theblackbearcoffee Y BOTHER X 3 ! #LUsapaaaa KO HENGGAT KO ADA DATUK? AKU TAKUT ? EH HELLO ? AKU LAWYER K ! AKU PEDULI APA KO MODEL KE DUTA IKLAN KICAP TU ? AKU ADA HAK DI JAMIN DI BAWAH PERLEMBAGAAN ! KEBEBASAN CARUTZ #IklanKICAPplgGAMPANGSSS MCM IKLAN IKLAN KICAP SAMPAH TU !SO ? BANYAK KO PUNYA SAMAN ! #SAMANmakDIA ? #POODAHHHHH #GoToHELLLLLhatersNERAKA”.;

Gara-gara fitnah Kicap Tirana, Azwan Ali Bakal Disaman
Instagram divaazwanavazz (kredit photo : mybizz.xyz )

Azwan Ali juga telah memuat naik satu video parodi yang menyerupai Iklan Kicap Kirana tersebut dengan sekali lagi mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan-kenyataan fitnah di halaman Instagram tersebut yang berbunyi “YEAH I M READY I M READY… MMM.. KICAP KIRANA MEMANG GAMPANG.. AOH..AOH MEMANG GAMPANG..

“Secara ringkasnya, dengan kenyataan tersebut, Tuan telah memilih untuk secara sengaja memfitnah dan dengan niat jahat mencadangkan bahawa iklan produk Kicap Tirana milik anak guam kami adalah murahan, tidak berkualiti langsung, sangat teruk, menjengkelkan, menjijikkan dan memperbodohkan penonton-penonton TV3. Anak guam kami tidak berpuas hati dengan kenyataan-kenyataan dan video pihak Tuan tersebut. Anak guam kami berpendapat bahawa kenyataan-kenyataan dan video parodi pihak Tuan sebagai fitnah dan tidak benar bertujuan menimbulkan satu pandangan umum yang sangat buruk dan negatif terhadap Kicap Tirana keluaran anak guam kami".

Tujuan tindakan undang-undang dan kenyataan media dibuat adalah bagi memulihkan nama baik dan reputasi produk kicap Tirana di mata pengguna. Akibat kenyataan fitnah dan tidak benar yang dikeluarkan oleh Azwan Ali, pihak Tirana Products tiada pilihan lain, melainkan menuntut Azwan memohon maaf, menarik balik kenyataan-kenyataan beliau dan memberikan akujanji tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak benar tentang produk Tirana Products.

Gara-gara fitnah Kicap Tirana, Azwan Ali Bakal Disaman
Sidang media Kicap Tirana

perghhhh... memang berbisa kata-kata Azwan Ali tu. Kalau korang la jadi owner Kicap Tirana tu, sakit hati tak? Ye la. Tak pasal-pasal dia nak carut kicap Tirana tu dah kenapa. Bagus pengurusan Tirana Products Sdn Bhd ni. Tak perlu cakap banyak or meroyan, pasang terus peguam. So, kalau kalau Azwan Ali tidak memenuhi tuntutan yang dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, Azwan Ali bakal disaman. Jeng... jeng.. jeng.. sama-sama kita nantikan apakah tindakan dan balasan pihak Azwan Ali pulak selepas ni. Tapi sebelum tu, meh kita berkenalan sket dengan syarikat bumiputera Kicap Tirana ni.


PROFIL TIRANA PRODUCTS SDN BHD

Gara-gara fitnah Kicap Tirana, Azwan Ali Bakal Disaman
Kicap Tirana

Tirana Products Sdn Bhd adalah milik perkongsian antara Dr. Murad Hilmi bin Haji Mohamed dan adik beliau En.Mohd Irwan bin Hj. Mohamed. Perniagaan yang diberi nama Tirana Products Sdn Bhd ini telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965 pada 29 Mei 2013 dan beralamat di No. 30, Jalan Kempas 5/1, Kempas Industrial Area, 81200 Johor Bahru, Johor.

Perniagaan ini telah beroperasi pada Oktober 2013. Operasi utama perniagaan ini ialah menjalankan aktiviti membekal, pembungkusan dan pemasaran sos soya di bawah syarikat Tirana Products Sdn Bhd dengan jenama yang tersendiri iaitu Tirana.

Pasaran utama produk Tirana ialah di sekitar negeri Johor dan kini syarikat ini telah mendapat hak pembekalan di pasaraya Giant, Aeon Big dan lain-lain. Misi Tirana Products ialah untuk menjadi sebuah pengeluar dan pemproses sos soya bumiputera yang berjaya di mana mampu untuk membekalkan kicap jenama Tirana di seluruh Malaysia dan seterusnya keluar negara.


You Might Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe