BAYAR BAKI PINJAMAN PTPTN DAN PERTUKARAN UJRAH

14.1.16

BAYAR BAKI PINJAMAN PTPTN DAN PERTUKARAN UJRAH | Sejak akhir-akhir ni kecoh pasal PTPTN sebab ramai yang kena blacklist. Akibatnya sape-sape yang kena blacklist tu tak boleh keluar ke oversea ataupun buat pinjaman. Terbaru ada jugak dengar cerita pihak PTPTN menguatkuasakan pemotongan gaji kakitangan awam. Adessss, kesian diorang bila dapat slip gaji. Mana tak nya, ada yang tinggal kosong, ada yang negatif... huhu...

Bayar Baki Pinjaman PTPTN dan Pertukaran UJRAH
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Kitorang kat office ni walaupun kakitangan swasta kecoh jugak. Sebabnya ada officemate ni nak buat pinjaman tapi tak lepas. Katanya sebab nama dah blacklist akibat tak bayar PTPTN. Uikkksss.. officemate ni muda dari aku dah blacklist?? Fuhhh... risau jugak ni. Yela, mana tau kot-kot nama aku pun blacklist sebab aku ni jenis bayar bila ada duit lebih. Kadang-kadang ada bulan yang termiss nak bayar. Untuk semakan senarai hitam Imigresen (blacklist) dan baki pinjaman PTPTN secara online boleh rujuk bawah ni tapi aku nasihatkan sila pergi ke kaunter PTPTN sendiri untuk buat semakan yang lebih tepat.

Semakan senarai Hitam Imigresen - http://eform.ptptn.gov.my/blacklist/login-imi.cfm
 Semak Baki Pinjaman PTPTN secara online - http://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html

Kami (aku dan officemate) pun pakat la pi kaunter PTPTN cawangan Subang Jaya di dalam Giant USJ 1. Cawangan ni dibuka setiap hari hingga pukul 10 malam. Jadi senang la orang-orang macam kita yang bekerja ni nak datang kan. Tak payah nak mintak cuti atau time off. Lagipun pergi sendiri kaunter ni senang kalau nak tengok baki pinjaman kita dan minta khidmat nasihat pasal pembayaran balik pinjaman kita.

Bayar Baki Pinjaman PTPTN dan Pertukaran UJRAH
Kaunter PTPTN Cawangan Subang Jaya

Ok, nak jadi cerita bila cek baki pinjaman PTPTN terbeliak biji mata. Tunggakan banyak giler weiii.... Rupanya yang aku bayar sebelum ni just cover kos pentadbiran je. Lagipun pinjaman aku ni belum buat UJRAH. Tapi orang kata kalau dah pinjam tu, tetap kena bayar. Iye dakk.... So, aku pun buat keputusan untuk bayar balik baki pinjaman PTPTN dan buat permohonan pertukaran UJRAH. Jadi kurang la sikit beban nak bayar tiap bulan kan. Cuma, syarat untuk UJRAH ni kena bayar at least 50% dari jumlah tunggakan. Huhu, berpeluh gak nak bayar tapi untuk mengurangkan baki pinjaman terpaksa la... huhu.

Bayar Baki Pinjaman PTPTN dan Pertukaran UJRAH
Bayar Baki Pinjaman PTPTN dan Pertukaran UJRAH

Dan hari ni aku baru baca kat laman facebook PTPTN yang diorang menawarkan jumlah yang lebih rendah untuk permohonan pertukaran UJRAH tapi terhad untuk tempoh 14 Januari 2016 hingga 20 Januari 2016. WOW, untung la. So, baik korang cepat-cepat pi kaunter PTPTN dan dapatkan khidmat nasihat mengenai UJRAH ni. 

Tawaran menarik untuk peminjam-peminjam PTPTN. Bagi tempoh 14 Januari 2016 hingga 20 Januari 2016, peminjam PTPTN yang...
Posted by Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) on Wednesday, January 13, 2016

Maksud UJRAH


"Ujrah" adalah kos upah yang dikenakan ke atas pembiayaan pendidikan seperti dinyatakan di dalam perjanjian yang ditandatangani. Kos upah akan dikira selepas 6 bulan tamat pengajian atau tamat pembiayaan pendidikan atau yang mana lebih awal. Kadar kos upah 1% setahun atas kadar rata (flat rate) dikenakan bagi tempoh bayaran balik. Peminjam yang membuat bayaran balik secara ansuran sebelum jadual bayaran balik bermula adalah tidak dikenakan kos upah sehingga jadual bayaran balik bermula (selepas 6 bulan tamat pengajian atau tamat pembiayaan pendidikan). 

Lega sikit kepala bila dah buat semakan, bayar baki pinjaman PTPTN dan pertukaran UJRAH ni. Kalau tak, dok risau jek pasal PTPTN. Betul la orang kata selagi ada hutang selagi tu hidup tak aman. Lepas buat pelarasan ni, jumlah bayaran berkurangan dan takde la jadi beban dah. Mudah-mudahan cepat abis bayar... amin...


You Might Also Like

21 ♥ Surat Cinta ♥

  1. husna tak habis belajar lagi tapi dah kusut dah pikir pasal ptptn nih.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... dok terpikir2 sampai tak lena tidoq. tp, husna still belajar xpe lagi. kitorn ni dah kerja, last2 pi serah diri je kat PTPTN.. huhu

      Delete
  2. Boleh juga buat bayaran guna akaun EPF kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, guna akaun kedua KWSP. maklumkan kat kaunter PTPTN tu nanti dia bagi borang dan surat untuk dibawa ke pejabat KWSP.

      Delete
  3. Ida lak serabut ptptn asben. Die pinjam aku yg pening. Hahhahaha

    ReplyDelete
  4. Sally pun nnt nak cuba settlekan awal...harap2 tak kena blacklist

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap gitu la... susah nak travel kalau blacklist...huhu

      Delete
  5. ujrah upah tu mksdnye cmne ek?upah utk ape tu?

    ReplyDelete
  6. kalau byr pakai akaun 2 kwsp..boleh ke byr secara ansuran? kira potong dkt epf tiap2 bulan la..

    ReplyDelete
  7. tertarik pasal ptptn, hehe, salam singgah...

    ReplyDelete
  8. kalau kita still belajar. but nak mohon siap siap untuk ujrah ni boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh. cuba rujuk kaunter

      Delete
  9. Saya bayar PTPTN guna JomPAY melalui CIMB Clicks tanpa caj.

    Boleh refer link bawah ni.

    Bayar PTPTN tanpa caj melalui JomPAY

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe