BUBUR NASI BERLAUK D'LAILA MEMANG SEDAP !

26.1.16

BUBUR NASI BERLAUK D'LAILA MEMANG SEDAP ! | Korang pernah terbayang tak, hujan-hujan dapat makan bubur nasi?? Perghhhh... nikmatnya memang tak terkata uolsss... Tambah lagi bila dihidang panas-panas dengan pelbagai jenis lauk yang menyelerakan. Mau menambah limanamploh kali... haha..

Bubur Nasi Berlauk D'Laila Memang Sedap !
Bubur Nasi Berlauk D'Laila

Jahat tak iolsss sebab racun korang dengan statement kat atas tu?? hehe.. Sebenarnya nak cerita ngan korang. Baru-baru ni aku dan Geng Projek Travel singgah di Kedai Bubur Nasi Berlauk D'Laila kat MMA Santai Conner, Nilai. Kebetulan masa tu hujan. Pekena pulak bubur nasi, perghhh... tu yang terangkat habis sebab bubur nasi berlauk D'Laila ni memang sedap.

Bubur Nasi Berlauk D'Laila Memang Sedap !
Pelbagai lauk untuk bubur nasi yang boleh dipilih

Berbanding kat tempat lain, kedai Bubur Nasi Berlauk D'Laila ni special sket. Selain bubur nasi dan pelbagai pilihan lauk yang boleh dipilih sendiri, kat sini juga ada menyediakan bubur ikan haruan herba, bubur ayam kampung organik herba, bubur ayam, bubur seafood. Ha... bukan senang nak dapat bubur macam ni kan. Kalau ada yang teringin, boleh mai ke Kedai Bubur Nasi Berlauk D'Laila kat MMA Santai Conner, Nilai... cewahhh, promote weiii sebab sedap... Rugi kalau tak rasa.

Bubur Nasi Berlauk D'Laila Memang Sedap !
Bubur nasi

Bubur Nasi Berlauk D'Laila Memang Sedap !
Antara lauk yang boleh dipilih

Bubur Nasi Berlauk D'Laila Memang Sedap !
Antara lauk favourite aku untuk bubur nasi

Bubur Nasi Berlauk D'Laila Memang Sedap !
Ha.. ni la bubur nasi pilihan kami

Bubur Nasi Berlauk D'Laila Memang Sedap !
Bubur nasi pelbagai seafood

Bubur Nasi Berlauk D'Laila Memang Sedap !
bubur ayam kampung organik herba

Ha... kat atas ni bubur yang kami pilih. Bubur berlauk bersama ikan bilis, rebung, paru, dan of coz telur masin. Tak de telur masin tak lengkap rasa bubur nasi kan. Selain tu kami makan bubur ayam kampung organik herba dan bubur nasi pelbagai seafood. Meriah tak bubur nasi seafood tu?? macam-macam ada, ketam, sotong, kupang, udang. Yang ayam kampung tu pulak bukan sebarang ayam kampung ekk. Kata Kak Laila, ayam kampung organik. Special tu. Ingat sayur je ada organik, ayam pun ada rupanya. hehe

Kalau korang nak tau, semangkuk bubur (mangkuk hijau) tu tak cukup tau untuk sorang makan. Rasa bubur dia yang sedap ditambah pulak dengan sup special dengan ramuan herba yang buat bubur nasi berlauk Kak Laila ni lain dari yang lain. Gerenti menambah uolsss. Ni kalau demam mau mengidam makan Bubur Nasi Berlauk D'Laila ni... haha. *Awat la kedai akak ni jauh sangat, kalau dekat mau jadi regular customer ni. Lagi satu, kalau korang nak tau, Kak Laila ni pun ada jual mee udang yang bagi aku paling sedap di Malaysia. Tak caya?? korang mai sendiri dan rasa.

Bubur Nasi Berlauk D'Laila Memang Sedap !
Geng Projek Travel di Kedai Bubur Nasi Berlauk D'Laila

Ok la... bagi yang nak pi rasa bubur nasi berlauk yang sedap ni, meh aku share lokasi Kedai Bubur Nasi Berlauk D'Laila kat MMA Santai Conner, Nilai ni. Walaupun lokasi agak jauh dari Kuala Lumpur, tapi aku pasti sekali rasa, korang akan datang lagi. sebab aku sendiri pun dah 3 kali pi sini tapi sebelum ni pekena mee udang dan asam pedas .. kali ni pekena bubur nasi berlauk pulak.. hehe

Alamat :
Kedai Bubur Nasi Berlauk D'Laila
MMA Santai Corner,
Putra Point,
71800 Bandar Baru Nilai,
Negeri Sembilan,
Malaysia

waktu operasi : 5.30pm hingga 12.00am





You Might Also Like

9 ♥ Surat Cinta ♥

  1. memang ada pasang angan-angan nak gi sini..tapi tak tau bila..jauh sangat...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula... tp kalau ada ke selatan mmg kitorg akan singgah

      Delete
  2. Dap nyes...yg ijo tu kupang kan?

    ReplyDelete
  3. menyelerakan banyak pula pilihan lauk...nak cuba kalau singgah ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti pi sana mesti rambang mata. boleh cuba bubur, mee udang atau asam pedas... perghhh semua sedap tau

      Delete
  4. Kedai tu da x serve bubur nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, yeke? last pergi awal taun ritu ada lagi. Tapi dengar baru ni diorg buka makanan berkonsepkan shellout plak

      Delete
  5. Kedai ni dah x serve bubur nasi...

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe