REVIEW FILEM : OLA BOLA KINI MELETUP DI PAWAGAM

3.2.16

REVIEW FILEM : OLA BOLA KINI MELETUP DI PAWAGAM | Pergh, tak sangka filem Ola Bola ni dah trending dan meletup di pawagam. Bayangkan dalam masa 4 hari tayangan pun dah kutip RM2.5 juta. Rata-rata yang pergi semua komen filem ni best. So, bila aku berpeluang pergi menonton cerita ni, rasa bertuah sangat sebab dah lama aku tak pi tengok wayang. hehe

Review Filem : Ola Bola Kini Meletup Di Pawagam
Filem Ola Bola

Sebenarnya aku tengok cerita ni awal sehari sempena Movie Screening Ola Bola. Kira antara yang awal tengok movie ni. Masa tu takde la rasa excited sangat nak tengok cerita ni sebab dok pikir mesti sama je dengan cerita-cerita lain. Tambah pulak cerita pasal bola, mesti boring... *haha, mohon jangan kecam*. Tapi betul la orang kata, "Tak Kenal Maka Tak Cinta". Kena tonton dulu Filem Ola Bola ni, baru tau best ke tidak..

Bagi yang belum tengok, meh aku share sinopsis, barisan pelakon dan kenapa korang kena tengok filem Ola Bola ni (sumber : www.astroshaw.com.my)

SINOPSIS FILEM OLA BOLA


SINOPSIS FILEM OLA BOLA | Kisah Ola Bola bermula ketika seorang wartawan bernama Marianne yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.

Review Filem : Ola Bola Kini Meletup Di Pawagam
wartawan bernama Marianne

Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran di mana pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing.

Review Filem : Ola Bola Kini Meletup Di Pawagam
pasukan bola sepak negara era 80-an sedang berlatih

Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

Review Filem : Ola Bola Kini Meletup Di Pawagam
pasukan bola sepak negara era 80-an

Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini akan membawa penonton dari pelbagai bangsa untuk sama-sama merasai semangat bersatu hati dan muhibah. Kisah yang penuh ikhtibar ini akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia.

Review Filem : Ola Bola Kini Meletup Di Pawagam
filem Ola Bola menampilkan gabungan pelbagai bangsa

BARISAN PELAKON FILEM OLA BOLA


BARISAN PELAKON FILEM OLA BOLA | Tak sangka barisan pelakon Ola Bola ni kebanyakkannya pelakon baru. Tabik la kat Pengarah Chiu Keng Guan yang begitu berani mempertaruhkan pelakon baru untuk watak-watak dalam filem ni. Selain tu ada juga pelakon Bront Palarae yang memegang watak pengulas sukan. Hebat kan pengarah Chiu ni, dulu dia jugak yang mengarah filem The Journey yang berjaya mengutip RM17.28 juta pada tahun 2014. Agak-agak berapa la kutipan filem Ola Bola ni pulak. Mampu ke memecah rekod kutipan filem Polis Evo yang mencecah RM17.30 juta.

Review Filem : Ola Bola Kini Meletup Di Pawagam
Penulis dan barisan pelakon filem Ola bola bersama Pengarah Chiu

Berikut senarai barisan pelakon yang membintangi Filem Ola Bola :

JC Chee sebagai Chow Kwok Keong
Berusia 26 tahun dan merupakan kapten untuk pasukan kebangsaan. Dia juga pernah diangkat sebagai Pemain Pertahanan Terbaik Asia. Manakala kehidupan peribadinya, dia adalah anak sulung dalam keluarga dan memikul tanggungjawab besar terhadap keluarganya. Perjalanan karier Kwok Keong tidak semudah disangka apabila dia terpaksa memilih di antara tanggungjawab terhadap keluarga atau mengejar cita-cita dalam dunia bola sepak. Perlawanan menentang South Korea pada tahun 1976 merupakan memori pahit buatnya dan dia bersumpah melakukan sebaik mungkin untuk perlawanan kelayakan Olimpik pada tahun 1980.

Luqman Hafidz sebagai Ahmad Ali
Pemain berusia 20 tahun dan meletakkan sepenuh hidupnya untuk bola sepak. Semangat bola sepak yang membuak-buak dalam dirinya menjadikan dia diangkat sebagai salah seorang bintang dan harapan dalam pasukan kebangsaan. Akan tetapi, kelebihan yang dimiliki membuatkan dirinya lupa diri dan terlebih yakin. Salah satu impiannya adalah untuk menjadi seperti idolanya, Samsul yang berjersi nombor 10.

Saran Kumar sebagai Muthu Kumar
Berusia 22 tahun dan merupakan penjaga gol terbaik untuk pasukan kebangsaan. Cita-citanya terhadap bola sepak telah ditentang hebat oleh ayahnya. Walau bagaimanapun, itu tidak menjadi penghalang untuknya dalam mengejar impian, malah turut membuktikan bakat dimilikinya mampu membawanya pergi jauh dalam arena bola sepak.

Bront Palarae sebagai Rahman
Merupakan seorang pengulas radio sukan dan sentiasa bersemangat dalam kerjayanya. Kesungguhan yang berada dalam jiwanya membuatkan dia sentiasa berfikiran positif tidak kira dalam apa jua keadaan.

Lim Jian Wen sebagai Ong Tiam Cai
Menjadi pemain pengganti setelah ketiadaan pemain utama. Dia mempunyai sikap yakin, rendah diri, rajin serta sering menjadi penceria dalam pasukannya.

Eric Teng sebagai Eric Yong
Pemain berusia 20 tahun dan berasal dari negeri Sabah serta mempunyai latar belakang keluarga yang kaya. Dia telah dipilih oleh jurulatih untuk menjadi penyerang bagi pasukan kebangsaan. Pemilihan itu juga turut menimbulkan persaingan di antara pemain-pemain.

Marianne Tan sebagai Marianne
Gadis moden berusia 25 tahun serta baru sahaja menamatkan pengajian di United Kingdom dan kini dia pulang ke tanah air untuk mengejar cita-cita sebagai seorang penerbit program televisyen. Namun, dia kecewa apabila pekerjaan yang diimpikan tidak semudah disangka dan terpaksa berdepan dengan kekangan wang. Kemudian, dia merancang untuk meninggalkan negara bagi memenuhi impiannya.

Katrina Ho sebagai Tan Siew Lee
Merupakan teman wanita kepada Kwok Keong. Dia mempunyai sikap yang baik hati, bertimbang rasa dan sering menjadi penyokong utama Kwong Keong.

Daphne Low sebagai Chow Mei Ling
Merupakan kakak kepada Kwok Keong dan mempunyai penderian yang tetap. Dia sanggup mengetepikan masa depannya demi membantu keluarga meskipun dia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik.

Mark Williams sebagai Harry Mountain
Jurulatih baru bagi pasukan kebangsaan pada tahun 1980. Memiliki perwatakan yang sangat tegas dan jarang memberi pujian kepada pemain-pemainnya. Namun, dia berani tampil dengan strategi baru untuk pasukannya.

Mohamad Taufiq sebagai Mohammad Abu
Merupakan pemain tengah pasukan kebangsaan. Sikapnya mudah disenangi oleh orang lain dan sukakan keamanan. Tetapi, dirinya telah terlibat dalam satu pergaduhan dan akhirnya dia dihukum oleh jurulatihnya.

Frankie Lee sebagai Security
Seorang pengawal keselamatan yang penuh berdedikasi dan sudah berkhidmat lama di stadium negara. Dia tidak pernah melepaskan peluang untuk menyaksikan permainan bola sepak setiap kali berlangsung di stadium tersebut.

3 SEBAB KENAPA KENA TENGOK FILEM OLA BOLA


3 SEBAB KENAPA KENA TENGOK FILEM OLA BOLA | Terus terang aku cakap inilah filem tempatan terbaik pernah aku tengok kat wayang. Jalan cerita dia walaupun berkisarkan tentang sukan bola sepak sempena kelayakan pasukan Malaysia ke Sukan Olimpik 1980, tapi aku tak rasa bosan langsung. Bayangkan masa gol tu rasa nak jerit je "GOLLLLL" macam kat stadium tapi karang ada pulak yang baling botol.. haha.. tapi siyes best filem Ola Bola ni. Abis je tayangan ramai yang tepuk tangan. Dah lama tak ada perasaan macam ni bila tengok movie kat pawagam. Kat bawah ni aku bagi 3 sebab kenapa kena tengok Filem Ola Bola ni, selebihnya korang kena la pegi tengok wayang ekk...


Review Filem : Ola Bola Kini Meletup Di Pawagam
Aura Ola Bola

1) Jalan cerita - filem ni sarat dengan permainan emosi di mana kisah suka duka pemain bola sepak yang bersemangat tinggi untuk mencapai matlamat mereka. Pelbagai rintangan terpaksa mereka lalui terutama dari segi sokongan keluarga. Sedih weiii.. tapi sebab diorang ni ada semangat luar biasa, diorang berjaya jugak harungi semuanya. *Aku suggest korang bawak tisu sebab ramai yang aku dengar nangis*.

Review Filem : Ola Bola Kini Meletup Di Pawagam
cinematography terbaik dalam filem Ola Bola

2) Cinematography - Bab ni memang aku puji giler. Siyes korang akan terpegun tengok setiap scene yang diorang amik. Babak dalam keretapi, babak kat dalam helikopter, babak diorang berlatih kat gunung memang ohsem. Lagi satu, penggunaan teknik kesan khas CGI dalam filem Ola Bola ni berjaya membangkitkan jalan cerita filem ni.


Review Filem : Ola Bola Kini Meletup Di Pawagam
Filem Ola Bola kembali ke zaman 80-an

3) Konsep 80-an - Yang ni memang betul-betul menggamit memori aku. Disebabkan filem ni berkisar pada tahun 1980, semua pakaian, peralatan, lokasi perlu selari pada zaman tu. Bayangkan effort yang ditunjukkan produksi ini dengan sanggup membina lokasi fun fair sama macam zaman dulu. Memang terbaik la.. Sape-sape yang lahir zaman tu akan terkenang banyak benda macam permainan bola pakai kertas yang dilipat, motor kapcai lampu bulat, permainan fun fair baling gelung.... perghhhh... rindu zaman tu yang tak ada sebarang gadjet mahal-mahal. TV pun hanya yang berkemampuan je pakai, so dengar radio je yang la. Tu sebab peranan pengulas sukan radio memainkan peranan yang penting sebab orang tak nampak apa yang terjadi kat padang.

Ha... ni la serba sikit review pasal Filem Ola Bola ni. Aku memang sarankan korang semua pergi tengok dan nilai sendiri kualiti filem ni sebab bagi aku memang sukar nak tengok filem-filem tempatan yang macam ni. Korang kena rasai sendiri aura dan semangat bola sepak tu. Siyes, aku pun still tak boleh move on ni. huwaaa... nak repeat lagi, ada sesiapa nak teman???

Kita menang sama-sama,
Kita kalah sama-sama,

Review Filem : Ola Bola Kini Meletup Di Pawagam
Poster filem Ola Bola

Jangan lupa saksikan Filem Ola Bola
di pawagam berdekatan rumah anda...




You Might Also Like

12 ♥ Surat Cinta ♥

  1. harap dengan adanya filem seperti ini menaikkan semula semangat anak bangsa untuk mengharumkan kembali nama negara....

    ReplyDelete
  2. wah.sekejap je da dapat juta...nampak sngt cerita ni best

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sbb perspektif cerita ni lain dari filem tempatan yang lain... tu yg jadi best tu

      Delete
  3. betul ke ni?? macm best saje.... local filem macam biasa saje la... tapi... komen2 kau tu buat aku nak pegi tengok saje... ok la.. hujung minggu ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye.. local film selalu stereotaip je kan. tapi yg ni lain.

      ada jugak yang kata tak best sgt tp itu terpulang pada masing-masing. ^_^

      Delete
  4. Kalau rasa bole menang lagi buat apa nak hijrah ke australia

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada lagi kisahnya... tp filem ni cuma berkisar tentang kelayakan pasukan malaysia ke sukan olimpik 1980 je.

      Delete
    2. Harap azmin ali terus jadi strikter kebangaan negara walaupun cuba diganggu gugat khalid ali.memang best la tengok mereka gado dalam film tu rasa nak nangis lerr, hafiz lakonan anda mantap tahniah.

      Delete
  5. Mat labu sekarang sudah bukak restoren dapur kuali.dulu restoren kelapa beliau dikhinati rakan kongsi kena buatan bomoh siam.sebab itu aku nasihat kat uall hati hati pilih teman.

    ReplyDelete
  6. layan kot cter ni..huhu 5*****

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe