STEAMBOAT BBQ BUFFET D'KAYANGAN PERKENAL KONSEP 3 DALAM 1

STEAMBOAT BBQ BUFFET D'KAYANGAN PERKENAL KONSEP 3 DALAM 1 | Kalau sebut steamboat yang popular di Shah Alam, mesti semua dah terbayang Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Restoran yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ni memang menjadi tumpuan ramai bagi yang ingin menikmati hidangan steamboat dan grill. Aku sendiri dah beberapa kali mai sini dengan officemate.

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
Restoran Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Terbaru, Restoran Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan memperkenalkan konsep 3 dalam 1. Wow, lain dari yang lain ni, biasa 2 dalam 1 je. Apa benda yang 3 dalam 1 tu?? ha, meh nak habaq, 3 dalam 1 tu adalah penyediaan makanan berkonsepkan steamboat + grill + pembakar arang BBQ secara buffet. Menarik kan.. Meh tengok video demo menggunakan konsep 3 dalam 1 ni.. layannnzzzz

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
konsep 3 dalam 1 - steamboat + grill + pembakar arang BBQ
Untuk menu grill masih ada macam biasa seperti ayam dan daging yang diperap, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Untuk steamboat pulak kita boleh pilih sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan dengan pilihan pelbagai makanan laut yang segar, bebola sayur-sayuran, mee dan fucuk. Cuma kali ni menu baru ditambah untuk dimasak menggunakan dapur arang BBQ.

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
Menu grill -pelbagai jenis perapan

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
Menu steamboat - pelbagai jenis bebola

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
Menu steamboat - pelbagai makanan laut segar

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
menu steamboat 

Untuk memenuhi konsep terbaru ni, Chef Shahnizam seorang chef yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kulinari mencipta beberapa menu 'skewer' untuk dimasak menggunakan dapur arang BBQ. Antara menu yang ada antaranya perapan ayam skewer berempah, daging skewer berempah, daging skewer kicap, sotong skewer pedas cilantro, ikan dory skewer berempah, udang skewer cilantro pepper dan banyak lagi.

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
Menu BBQ arang - pelbagai jenis skewer

Cuba korang bayangkan semua bahan-bahan mentah di atas dimasak dengan menggunakan ketiga-tiga konsep ni. Ditambah pulak dengan sos pencicah yang dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam seperti sos cili pedas, sos cili thai, sos manis, sos bawang putih, sos lada hitam, sos yong tau foo.... fuh, mesti terangkat kot... mau banyak round makan... *pada yang diet, korang postpone la dulu ekk kalau mai makan kat sini..hehe*

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
Dapur Arang BBQ

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
Pelbagai jenis sos

Kalau korang nak tau, Chef Shahnizam ni arif tentang rasa makanan, so dia telah mengolah dan membuat pembaharuan dengan menggunakan masakan stail Cina dan India di dalam bahan-bahan perapannya. Korang boleh rasai sendiri kelainan perapan tu sebab beliau menggunakan bahan-bahan asli. Jadi, keenakan perapan tersebut akan terserlah bila dimasak menggunakan dapur arang BBQ sebab aroma rempah ratus dan bahan-bahan yang digunakan menjadi lebih harum dan pembakaran menggunakan arang dapat menjaga tekstur dan rasa makanan tersebut. Lagipun penggunaan dapur arang ni tak memerlukan minyak atau marjerin, so makanan tersebut sihat dan tak berminyak la *mungkin korang akan terganggu sedikit dengan asap tapi adat la tu kan.. hehe*

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
Kambing bakar

Oh ya.. selain dari steamboat + grill + pembakar arang BBQ, kat sini pun ada buffet yang dihidangkan setiap hari seperti nasi, mihun, mee goreng, lauk pauk, kuih muih tempatan, puding, aneka kek, aiskrim, ABC dan terbaru Icy Moonster sebagai pencuci mulut. Yang bestnya lagi, siap ada kambing bakar tu. Perghh... banyak kan makanan. Don't worry, semua ni dah masuk sekali dalam pakej tau. Harga terbaru yang ditawarkan amat berpatutan iaitu :

Harga : RM40.20 (termasuk GST) - Dewasa
Harga : RM20.05 (termasuk GST) - Kanak-kanak
*5-11 tahun*


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
Menu buffet

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
Menu buffet

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
kek

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
Rojak buah

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
Buah-buahan

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
Air dan ABC

Amacam???? berbaloi tak??? Bagi aku siyes berbaloi. Mana nak cari lagi konsep makan yang sedap macam ni dengan harga yang murah macam tu. Tempat lain mungkin ada juga harga yang mungkin lebih murah, tapi tengok pula menu yang disediakan macam mana kan. Bagi aku dah berbaloi sangat ni. Lagi satu, untuk pengunjung yang datang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, korang berpeluang untuk menang hadiah cabutan bertuah yang merupakan Tudung Fareeda tau. Best woooo... InshaAllah, ada rezeki nak repeat lagi la.

Promosi cabutan bertuah : Menangi Tudung Fareeda Setiap hari Jumaat, Satu & Ahad

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan perkenalkan konsep 3 dalam 1
Ruang dalam restoran Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Bab kemudahan dan keselesaan pulak, bagi aku restoran ni memang selesa. Ruang dalam restoran ni luas dan boleh menampung hingga 400 orang dalam satu masa. Boleh pilih nak santai di luar atau di dalam bahagian penghawa dingin. Kemudahan surau dan parking yang luas juga main peranan, jadi kat sini tak perlu risau sebab mudah dapat parking dan surau juga selesa. Untuk mengetahui lebih lanjut pasal restoran ni, korang boleh rujuk kat bawah ni :

Instagram : @dkayangansteamboat #dkayangansteamboat
Twitter : @dkygnsteamboat #dkygnsteamboat

Alamat :

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
No 1, Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, Shah Alam

Talian Telefon :
012-2971091 / 017-3277904 / 03-55234979



Post a Comment

2 Comments

  1. sedapnya, banyak betul pilihan... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk pilihan dia... cara makan pun konsep 3 in 1...

      Delete