BUFFET RAMADHAN 2016 : KLANA RESORT SEREMBAN

BUFFET RAMADHAN 2016 DI KLANA RESORT SEREMBAN | Assalamualaikum semua. Kalau sebelum ni aku share mengenai Buffet Ramadhan di Negeri Kelantan iaitu di Hotel Perdana Kota Bharu, kali ni aku nak bawa korang ke Negeri Sembilan pula iaitu Buffet Ramadan di Klana Resort Seremban. Jauh?? Tak la. Lebih kurang 45 minit sahaja dari Kuala Lumpur.

Buffet Ramadhan 2016 Di Klana Resort Seremban
Buffet Ramadan 2016 Di Klana Resort Seremban

Kalau dah ke Negeri Sembilan mesti la menu utama dia masak lomak cili api kan. Jadi semestinya Buffet Ramadhan untuk tahun 2016 di Klana Resort Seremban ni akan menyediakan menu yang memang menjadi trademark dan juga menu-menu lain yang sinonim dengan Negeri Sembilan. Antaranya adalah nasi hujan panas, masak lemak perut dengan rebung, udang harimau lemak tempoyak, rendang betik mudo dan ikan sembilang goreng berlado. Haishhh... terliur pulak tengok gambar.. yummy...

Buffet Ramadhan 2016 Di Klana Resort Seremban
Masakan tradisi Negeri Sembilan

Menawarkan menu istimewa iaitu Kibas Panggang bersama sos kurma BBQ ala Moroccan, korang kena datang dan rasa sendiri kelainan pada daging kibas ini. Copppp... tau tak kibas tu ape? iye kibas (Dorper Sheep) ni adalah dari spesis kambing juga tapi diimport khas dari Australia tau. Dari segi rasa dan tekstur juga berbeza dari kambing biasa di mana rasa daging kibas lebih enak, tekstur lebih lembut dan halus serta tidak berbau hamis.

Amalan makan daging kibas dapat menambah kuantiti darah, membaikpulih sistem pencernaan, memanaskan tubuh ketika cuaca dingin, memantapkan sistem tubuh badan dan memperkuatkan daya ingatan dan lain-lain kebaikan. Daging kibas juga merupakan makanan sunnah Rasulullah. Ha... korang kena mai sini makan kibas tau.

Buffet Ramadhan 2016 Di Klana Resort Seremban
Kibas Panggang (Dorper Sheep)

Buffet Ramadhan 2016 Di Klana Resort Seremban
Tayang lagi Kibas Panggang bagi korang tergoda..hehe

Buffet Ramadhan 2016 Di Klana Resort Seremban
Sos kurma BBQ ala Moroccan

Untuk pengetahuan korang juga, pihak Klana Resort Seremban dibawah selian Chef Razak, mereka akan menyediakan lebih kurang 200 menu dan menu setiap hari adalah berbeza mengikut 8 pusingan menu secara bersilih ganti. Selain itu, sebanyak 16 gerai akan disediakan dengan pelbagai menu istimewa. Wow, banyakkan... So, korang kena hajak adik, kakak, abang, seluruh family dan kawan-kawan mai sini tau. Jangan risau, kat sini boleh muat 700 orang dalam satu masa.

Buffet Ramadhan 2016 Di Klana Resort Seremban
Satay, Ikan Bakar dan pelbagai kuih muih

Buffet Ramadhan 2016 Di Klana Resort Seremban
Kerabu, rojak, ayam golek, lemang dan buah-buahan

Buffet Ramadhan 2016 Di Klana Resort Seremban
Apam balik

Buffet Ramadhan 2016 Di Klana Resort Seremban
Mee goreng

Buffet Ramadhan 2016 Di Klana Resort Seremban
Pelbagai jenis desserts dan pemanis mulut

Selain promosi early bird, pihak Klana Resort Seremban ada juga menawarkan pakej Ramadan Room Promotion di mana pakej ini untuk penginapan termasuk sahur dan berbuka puasa. Rasa-rasa nak makan banyak, ambik pakej bilik sekali sebab bila perut kekenyangan, confirm tak larat nak balik kan. Senang boleh terus menginap di bilik. Rujuk kat bawah harga untuk pakej Ramadan Room Promotion dan buffet ramadan 2016 di Klana Resort Seremban.

Buffet Ramadhan 2016 Di Klana Resort Seremban
Ramadan Room Promotion

RAMADAN ROOM PROMOTION (6TH JUNE 2016 - 6TH JULY 2016)
@Klana Resort Seremban


1. RAMADAN SAVER (RM 120 nett)
- Room inclusive of Sahur/Breakfast for 2 adult
- Additional RM 20nett per person per day for breakfast.
- Entitled for 20% off Ramadan Voucher. (Rm 75 Normal price)
- Complimentary sauna for 2 person

2. RAMADAN COMBO (RM 199 nett)
- Room inclusive of Sahur/Breakfast and Iftar for 2 adult
- Additional RM 20nett per person per day for breakfast.
- Additional RM 60nett per person for Ramadhan Voucher
- Complimentary sauna for 2 person

Buffet Ramadhan 2016 Di Klana Resort Seremban
Buffet Ramadhan Klana Resort Seremban

Harga Buffet Ramadhan Klana Resort Seremban 2016

Promosi Early Bird sehingga 30 April 2016 :
RM45 nett dewasa
RM25 nett kanak-kanak
RM25 nett warga emas

Promosi Early Bird sehingga 31 Mei 2016:
RM55 nett dewasa
RM30 nett kanak-kanak
RM30 nett warga emas

Harga biasa :
RM75 nett dewasa
RM38 nett kanak-kanak
RM38 nett warga emas


Sepatah-dua kata dari Pengurus Besar Klana Resort Seremban iaitu En Mohd Yazid Mustaffa mengenai Promosi early bird Buffet Ramadhan 2016. Kalau ikut video tu baru sikit jek tau makanan yang ditayangkan. Nanti masa bulan Ramadan akan ada banyak lagi menu-menu yang pastinya sedap-sedap belaka dan harga pun berbaloi. Nak pergi? Ni alamat dan no telefon untuk buat reservation. Cepat grab early bird promotion sebab tinggal beberapa hari je lagi nak abis..


Alamat:
Klana Resort Seremban
PT 4388 Jalan Penghulu Cantik
Taman Tasik Seremban
70100 Seremban, Negeri Sembilan

Tel:
06 7667888 ext 3181 or 3005

Fax:
06 7667999

Email:
info@klanaresort.com.my

Website:

Facebook:




Post a Comment

6 Comments

  1. Wow sangat cool. Sahur pun ada ganti bfast. Harga not bad at all. Makanan dan room look cool and awesome.. tq dear for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kak... nanti ajak hubby mai sini ^_^

      Delete
  2. Wah.. terliur ni.. memang sodap nampak eh..
    kena cuba ni =)

    tq sharing

    ReplyDelete
  3. TQ sis... boleh jd cdgn tempat utk celebrate besday en.husband

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. wah, best tu.. untung en husband ^_^

      Delete