BUFFET RAMADHAN 2016 : IMPERIAL CHAKRI PALACE SURIA KLCC

8.6.16

BUFFET RAMADHAN 2016 : IMPERIAL CHAKRI PALACE SURIA KLCC | Assalamualaikum semua.. Bila masuk bulan puasa ni ramai yang akan mencari-cari lokasi atau tempat untuk berbuka puasa kan. Ye la, takkan hari-hari nak makan menu yang sama je. Mesti bosan kan. Kalau sebelum ni aku kongsi buffet ramadan di Kelantan, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur tapi kali ni aku nak bawak korang nun jauh di Thailand.. Apa? jauh?? eh, tak jauh la... sebenarnya kat Suria KLCC je.. hahahahahahaha.

Buffet Ramadhan 2016 : Imperial Chakri Palace Suria KLCC
Imperial Chakri Palace Suria KLCC

Haaa, kat KLCC ni ada sebuah Restoran Makanan Thailand yang menyediakan buffet untuk sepanjang bulan puasa. Nama restoran ni Imperial Chakri Palace. Kat sini menghidangkan masakan dari Thailand yang memang sedap. Actually dah tahun kedua aku mai berbuka puasa kat sini. Memang sedap macam tahun lepas jugak. So, sapesape yang mengidam makanan Thailand especially tomyam tak payah susah-susah nak pi beli tiket flight ke sana, boleh datang je ke Imperial Chakri Palace Suria KLCC.

Buffet Ramadhan 2016 : Imperial Chakri Palace Suria KLCC
Pintu masuk restoran

Untuk buffet tahun ni, meh tengok bahagian appetizer dan salad dahulu. Pelbagai jenis manisan yang dihidangkan untuk tetamu. Ada Sticky Rice with Egg Custard, Steamed Sweet Tapioca, Red Bean in Coconut Syrup, Banana in Coconut Syrup, Red Ruby dan menu yang paling best dan korang kena try ialah Mango with sticky rice atau bahasa melayu dia Pulut Mangga. Perghhh, memang sedap weiii. Mangga dia manis je. Kalau untuk salad pulak ada Wing Bean Salad, Thai Papaya Salad dan ada satu yang korang kena cuba iaitu Mieng Kham. Mieng Kham ni ala-ala macam makan sireh tu tapi sebenarnya daun kadok yang diisi dengan bahan-bahan seperti udang kering, kacang, bawang dan lain-lain then gulung and ngap aje. Rasa dia?? ha, kena la cuba sendiri.

Buffet Ramadhan 2016 : Imperial Chakri Palace Suria KLCC
Salad dan appetizer

Buffet Ramadhan 2016 : Imperial Chakri Palace Suria KLCC
Antara manisan yang ada

Buffet Ramadhan 2016 : Imperial Chakri Palace Suria KLCC
mieng kham

Buffet Ramadhan 2016 : Imperial Chakri Palace Suria KLCC
pulut mangga

Bagi Main Course pulak ada Nasi Beriani, Bihun Goreng, Stir Fried Bean Curd with Thai Basil Leaves and Fresh Chilies, Chicken Kapitan, Prawn with Butter Sauce, Lamb with Black Pepper Sauce, Massaman Beef, Stir Fried Chicken With Sweet And Sour Sauce, Mix Vegetable dan Steamed Fish With Lime and Chili. Tapi menu buffet di Imperial Chakri Palace Suria KLCC ni akan bertukar- tukar setiap hari. Jadi takde la jemu kan.. Ewah, macam nak makan hari-hari kat sana kan...hehe

Buffet Ramadhan 2016 : Imperial Chakri Palace Suria KLCC
Antara lauk pauk yang ada

Buffet Ramadhan 2016 : Imperial Chakri Palace Suria KLCC
tetamu beratur mengambil makanan

Fuh godaan pulak tengok main course menu kat Imperial Chakri Palace Suria KLCC ni. Tapi, bukan setakat tu je tau. Ada lagi menu-menu makanan lain especially tomyam. Yes, kalau pergi Restoran Thailand tak pekena tomyam, ibarat macam pergi shopping tak pakai baju la kan. Signature dish kot. Kat sini ada 2 jenis tomyam. Satu tomyam merah, satu lagi tomyam putih. Selain tu ada juga laksa Thai dan juga pelbagai jenis ikan bakar, satay dan nasi impit.

Buffet Ramadhan 2016 : Imperial Chakri Palace Suria KLCC
Tomyam dan laksa Thai

Buffet Ramadhan 2016 : Imperial Chakri Palace Suria KLCC
Ikan bakar, satay dan nasi impit

Dok cerita-cerita pasal menu, mesti korang tertanya-tanya berapa harga buffet kat sini kan. Bagi yang ingin merasai sendiri menu masakan dari Thailand ni, bolehla booking untuk berbuka puasa di Imperial Chakri Palace Suria KLCC ni. Mana la tau kan ada antara korang yang dok shopping-shopping kat KLCC sampai tak sedar waktu berbuka. Boleh la mai makan kat sini. Berikut harga buffet di sini :

Harga Buffet Ramadhan Imperial Chakri Palace Suria KLCC 2016

Harga biasa :
RM91.90 dewasa
RM47.90 kanak-kanak ( 6-12 tahun)
RM47.90 warga emas
*Buy 5 Free 1 (up to 50 persons only)

Promosi Early Bird (10 May - 9 Jun 2016) :
20% nett discount

*Citibank Credit Card Holder get 15% discount*



Buffet Ramadhan 2016 : Imperial Chakri Palace Suria KLCC
Sajian makanan Thai di Imperial Chakri Palace

Kalau korang pergi berbuka kat sini, jangan lupa tau cuba makanan yang kat atas ni. Baru la terasa macam berbuka puasa di Thailand kan. hehehehe... ha, meh nak kongsi alamat dan contact no, mana la tau kan kot ada pape yang korang nak rujuk. Boleh jugak terjah Instagram diorang sebab ada ramai yang dah share pengalaman makan kat restoran Imperial Chakri Palace yang enak dan lazat ni. Jangan lupa tau terjah.

Alamat :

Imperial Chakri Palace Suria KLCC
Lot 417B, Level 4, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-2382 7788
Fax : 03-23820269

E-mail :
cp.pavilion@chakri.com.my

Website :

Facebook :

Instagram :
#chakripalace
#chakrimy




You Might Also Like

6 ♥ Surat Cinta ♥

  1. nampak sedap..terliur tgk..harga pon quite ok..tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. kalau ada ke KLCC boleh cuba kat sini

      Delete
  2. Macam best jerr... Tak boleh jadi ni.... Kena pi jugak...

    ReplyDelete
  3. Aduh! kejamnya untuk dibaca saat ini semuanya nampak yummy al-maklumlah tengah puasa

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe