BUFFET RAMADHAN 2016 : LE MERIDIEN KUALA LUMPUR

15.6.16

BUFFET RAMADHAN 2016 : LE MERIDIEN KUALA LUMPUR | Assalamualaikum semua... kali ni aku nak share satu lokasi pilihan untuk berbuka puasa di Kuala Lumpur pulak. Lokasi kali ni berhampiran dengan KL Sentral jadi mudah la nak pi kan. Boleh naik LRT, Komuter, ERL ataupun bas.

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur

Pilihan lokasi buffet ramadhan 2016 kali ni yang aku maksudkan ialah di Le Méridien Kuala Lumpur. Kali ni pihak Le Méridien Kuala Lumpur yang diketuai oleh Chef Budiman menampilkan pelbagai jenis menu dari seluruh pelusuk Malaysia. Jadi boleh la kita berbuka sambil terkenang kampung halaman kan. Selain tu ada juga beberapa pilihan menu seperti Indian food, Japanese food, Western and Chinese cuisine. Boleh kata "macam-macam ada"...

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Pelbagai jenis kerabu

Bagi yang sukakan menu tempatan, kat sini ada disediakan pelbagai jenis kerabu di bahagian Malay Kerabu Station. Antara kerabu yang ada Smoked Duck Salad with Sweet Pineapple, Lemongrass and Green Jamaica Plum, Mussel Salad with Bean Sprout, Roasted Coconut and Chili Paste dan macam-macam lagi.

Untuk menu utama pulak ada Chicken Briyani Rice, Buffalo Curry with coconut Candy Paste and Kaffir Lime Leaf, Baraised lamb with Arabic Spice, Lamb Bahmia With Borlotti Beans, Tiger Prawn Cooked in Bammboo Shoot Curry, Braised Chicken in Mushroom Black Pepper Broth, Beef Ribs Singgang Style dan ada juga beberapa jenis ikan masin dan ulam-ulaman untuk santapan dengan nasi.

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
briyani

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Lamb Bahmia with Borlotti Beans

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Braised Chicken in Mushroom Blackpepper Broth

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Beef Ribs Singgang Style

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Tiger Prawn Cooked in Bammboo Shoot Curry

Yang menariknya kat sini, tahun ni pihak Le Méridien Kuala Lumpur menyediakan Traditional Turkish Ice Cream yang terdiri dari 3 flavour iaitu strawberry, vanila dan chocolate. Specialnya aiskrim turki ni sebab sebelum dia bagi kat kita, dia akan acah-acah dulu kita suh tangkap aiskrim tu. Yang peliknya, tak jatuh plak aiskrim tu. Itulah keistimewaan aiskrim Turki. Rasa pun sedap.. hehe

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Aksi pembuat Traditional Turkish Ice cream

Kalau pergi Buffet Ramadan tak ada kambing memang tak sah kan. Ha, kat sini Kambing panggang dia dibakar dengan rempah ratus arab. Patut rasa dia lain sket dari kambing panggang tempat lain. Kambing panggang kat sini dihidangkan deng Garlic mayo, cheddar cheese, sour cream dan toasted bread. Ayam panggang pun ada untuk mereka yang tidak makan kambing. Yummyyyyy...

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Kambing bakar

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Ayam bakar

Selain dari menu-menu makanan yang disebut kat atas, ada banyak lagi pilihan makanan kat sini. Untuk penggemar makanan jepun ada teppayaki, tempura, sashimi, dan shushi. Paling suka sashimi tu sebab iols memang penggemar makanan jepun especially salmon dan octopus. Bagi penggemar seafood pulak, ada juga disediakan Seafood on Ice. Yang ni kalau nak makan kena perah lemon & letak sos tobasco then makan begitu aje.... sedapppp...

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Sudut teppayaki

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Octopus

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Salmon

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Seafood on Ice - ketam

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Seafood on Ice - udang

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Seafood on Ice - slipper lobster

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Seafood on Ice - mussel

Untuk desserts pulak, aku gerenti korang akan rambang mata sebab ada banyak pilihan. Ada Cheesecake, Orange Poppy Seed Cake, Fruit Tartlet, Pavlova, dan macam-macam lagi. Ha, yang cheesecake tu signature Latest Recipe katanya. Fuh, sampai sekarang tak boleh lupa kesedapannya. Selain tu ada juga kuih muih tradisional, buah-buahan, ABC dan Cendol. Haishhh... mesti rambang mata nak ambik mana satu kan.

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
desserts

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
desserts

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Pavlova

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Orange poppy seed

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Kuih muih tradisional

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Kuih muih tradisional

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
desserts

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Buah-buahan

Buffet Ramadhan 2016 Le Méridien Kuala Lumpur
Bergambar dengan staff dan chef di Le Méridien Kuala Lumpur

Bila dah kenyang, perut pun happy kan. Ha, jangan pula lupa pergi tarawih yek. Kalau sempat la.. Macam yang aku cakap kat atas sekali, lokasi Le Méridien Kuala Lumpur ni sangat la mudah nak pi sebab sebelah je dengan KL Sentral. Jadi, bagi yang selalu naik kenderaan awam, boleh la singgah kat sini dulu berbuka. Eh, lupa pulak nak share harga buffet kat Le Méridien Kuala Lumpur. Korang boleh rujuk kat bawah ni ekk... adios..



Harga Buffet Ramadhan Le Méridien Kuala Lumpur 2016

Berbuka Puasa :
RM175 nett dewasa
RM87.50 nett kanak-kanak
25% diskaun untuk SPG members bagi bill untuk 4-10 orang

Alamat :

LATEST RECIPE
SIGNATURE RESTAURANT
2 Jalan Stesen Sentral,
Kuala Lumpur Sentral,
Kuala Lumpur,
50470 Malaysia

Tel:
+60 3 2263 7434

Email:
dining.lmkl@lemeridien.com

Website:

Facebook:

Instagram :



You Might Also Like

3 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Apa yang neyra sedang buat tu? ahhaahaha

    ReplyDelete
  2. Ada chocolate fountain tak? 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada, boleh makan buah-buahan bersalut coklat atau dengan marshmellow

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe