BAGAIMANA MENJELAJAHI KUALA LUMPUR DAN TIDAK KELIHATAN SEPERTI PELANCONG

BAGAIMANA MENJELAJAHI KUALA LUMPUR DAN TIDAK KELIHATAN SEPERTI PELANCONG | Apabila anda mengunjungi negara lain, perkara pertama yang ramai ingin lakukan ialah mengelak untuk kelihatan seperti seorang pelancong. Sementara tiada masalah untuk mengakui bahawa anda bukan penduduk tempatan, ia lebih kepada stereotaip seorang pelancong yang sering kelihatan bingung dan tanpa arah itu yang mahu dielakkan. Bukan sahaja ia berpotensi menjadikan anda sasaran pencuri, bahkan ia juga menghalang anda daripada melihat lebih banyak tempat-tempat yang menarik di bandar destinasi anda. Penduduk tempatan tidak menghargai pengunjung yang tidak perasan akan mereka, jadi salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan ialah memerhati, bukan memberi komen, sekurang-kurangnya untuk beberapa hari di awal ketibaan anda. Selain daripada cara ini, anda juga boleh mengambil langkah lain untuk memastikan perjalanan anda di Malaysia menjadi satu perjalanan yang diperkaya dengan satu pengalaman yang berbeza. Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan perjalanan menjelajahi Kuala Lumpur seperti seorang penduduk tempatan.

Bagaimana Menjelajahi Kuala Lumpur dan Tidak Kelihatan Seperti Pelancong

1. Fahami Apa Yang Anda Ingin Lihat Sebelum Perjalanan

Terdapat pelbagai aktiviti untuk dilakukan dan tempat-tempat untuk dilawati oleh pengunjung ke Kuala Lumpur. Time Out menonjolkan 101 perkara yang boleh dilakukan di KL apabila anda mengunjunginya, daripada kedai minuman tradisional dan manisan ke kemeriahan budaya majmuk dan hiburan yang ada di destinasi seperti di Muzium Kesenian Islam Malaysia. Oleh itu, satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan ialah mencari di atas talian dan lihat apa yang menarik bagi anda. Gunakan masa sebaiknya semasa perjalanan tidak kira berapa lama tempoh kunjungan anda, inilah yang membezakan pengunjung kasual dan pengembara sejati. Selidiki secara atas talian dan lihat bahagian mana KL yang menarik bagi anda. Cari acara-acara yang akan berlangsung semasa kunjungan anda nanti. Ini adalah satu cara yang pro-aktif yang akan membuat pengalaman anda lebih diingati, bertentangan dengan hanya melangkah menaiki pesawat atau keretapi dan berharap keseronokan perjalanan akan muncul.

2. Sewa Rumah Kediaman dan Bukannya Hotel

Keindahan abad 21 ini ialah anda tidak lagi perlu menginap di hotel mahal yang disarankan ditempah oleh buku panduan pelancong anda. Pada zaman dan masa kini, kebanyakan pengembara merancang untuk satu perjalanan yang jauh, mengunjungi tempat baru selama beberapa bulan untuk menjelajah. Tidak kira berapa lama tempoh yang dirancang untuk percutian anda, mencari di PropertyGuru Malaysia untuk menyewa sebuah apartment di KL ialah satu cara untuk melangkaui mentaliti tinggal di hotel dan terus kepada cara yang lebih penglibatan. Kebanyakan hartanah di Malaysia, termasuk di KL dan tempat- tempat yang lain, boleh disewa untuk satu tempoh jangka pendek. Negara ini mengalukan kedatangan pengunjung dan orang asing untuk menjelajah dan melabur. Oleh itu, anda pasti menjumpai banyak senarai kediaman yang sesuai dengan keperluan anda pada harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, sekiranya anda menempah sebuah apartment untuk perjalanan anda, ianya lebih baik daripada bilik hotel, anda mendapat kemudahan lain seperti dapur untuk memasak dan servis membasuh pakaian. Dalam jangka panjang, ini sebenarnya boleh menjimatkan wang anda sedikit.

Bagaimana Menjelajahi Kuala Lumpur dan Tidak Kelihatan Seperti Pelancong

3. Apa Yang Harus Di Jangka Setibanya Anda Di Situ

Rough Guides menggambarkan KL sebagai satu gaya binaan dan kejiranan yang bercampur dan bercelaru dengan susunan luas enklaf yang berbeza dan ada penempatan di dalam setiap susunan ini. Secara amnya, ia adalah satu bandar yang selamat untuk diduduki dan amat popular di kalangan pelancong dan tuan rumah untuk pelbagai pilihan pusat membeli-belah, hiburan dan makan malam. Oleh itu, jangan takut untuk menjelajahi dan mengunjungi tempat yang jarang dilawati. Satu tanda yang jelas menunjukkan anda adalah seorang pelancong yang tidak tahu apa yang anda lakukan ialah apabila anda hanya mengunjungi mercu tanda dan tempat-tempat tarikan yang popular sahaja. Sekiranya anda ingin mengalami sepenuhnya apa yang boleh ditawarkan oleh KL, anda sudah semestinya patut memilih beberapa kejiranan yang berbeza atau meminta cadangan daripada jiran sementara anda jika anda menyewa apartment. Sekiranya anda ingin bertingkah-laku seperti penduduk tempatan, cara yang terbaik untuk meneruskan perjalanan anda ialah dengan bertanya kepada penduduk tempatan yang sebenar ke mana tempat hendak dituju dan apa yang harus dilihat.


4. Tahu Bagaimana Untuk Sampai Ke Suatu Tempat

Satu perkara utama yang menunjukkan anda seorang pelancong, juga perkara terperinci yang mengecewakan ialah bagaimana untuk pergi daripada satu tempat ke tempat yang lain. Mujurlah, untuk pelancong asing, terdapat banyak jenis perkhidmatan awam di KL. Merupakan satu bandaraya yang besar, juga sebuah ibu negara, terdapat pelbagai cara untuk bergerak di sekitar bandaraya ini, termasuk teksi, keretapi dan kereta persendirian. Terdapat dua buah lapangan terbang yang juga berhubung dengan bandaraya ini, jadi menaiki pesawat untuk masuk dan keluar adalah sangat mudah. Merancang perjalanan anda seawalnya amat digalakkan. Kuala Lumpur ialah satu bandaraya kosmopolitan di Asia yang mempunyai ramai penduduk, ia ialah ibu negara Malaysia dan hub untuk perniagaan dan kegiatan masa lapang. Samada anda merancang untuk melawat selama sebulan atau hujung minggu, dan bergantung dari mana anda datang, terdapat sesuatu di bandaraya ini untuk setiap orang. Anda akan buat yang terbaik dengan menghindari harga hotel yang melampau, dan tinggal menginap secara orang tempatan juga minta nasihat daripada penduduk tempatan mengenai tempat yang harus dituju.



Post a Comment

1 Comments