BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM DAN WARGA TUA DI PHILEA RESORT & SPA

BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM DAN WARGA TUA DI PHILEA RESORT & SPA | Melaka again... fuhhh bayang kan dalam masa seminggu dua kali pergi ke Melaka. Eh, excited sampai lupa bagi salam. Assalamualaikum semua... Nak dijadikan cerita hujung minggu kami geng Projek Travel pergi ke Melaka konon-kononnya untuk travel sebelum menyambut ketibaan Bulan Ramadhan. sempat jugak la pergi buat photoshoot kat Klebang tu. Alih-alih hari Khamis lepas tu dapat jemputan untuk berbuka puasa di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka. Memandangkan aku pernah dengar cerita yang orang kata resort ni special, so aku tak lepaskan peluang ni untuk ke sana.

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa
Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa

Pada hari kejadian, abis aje kerja terus aku memecut ke Melaka. Kalau ikut budget masa (waze), perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam tapi malangnya petang tu ada excident dan kereta tersebut terbakar selepas RNR Seremban. Apalagi, jem giler la jalan. So, aku sampai kat Philea Resort & Spa tepat pukul 8.00 malam. First time berbuka dalam kereta. Dalam hati sedihnya tak dapat sampai awal ke sana sebab teringin nak tengok kecantikan kawasan resort ni petang tu sebelum berbuka memandangkan keesokkannya aku kena balik selepas sahur.... *nampak gaya macam kena pergi lagi je ni.. kannnn*

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa
Taste of Asia

Oh ya, sebenarnya kenapa aku gigih ke Melaka ni adalah untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dan Warga Emas di Philea Resot & Spa, Ayer Keroh Melaka ni. Seramai 100 orang warga emas dan adik-adik dari Rumah Seri Kenangan Cheng, Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz dan Rumah Jalinan Kasih. Majlis ni merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi pihak Philea Resort kepada masyarakat yang memerlukan. Alhamdulillah, bagus ada badan-badan korporat yang sudi menyumbang dan memupuk nilai-nilai murni macam ni tanpa mengira kaum dan agama.

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa
Penyerahan Duit Raya kepada anak-anak yatim

Seronok tengok wajah-wajah insan istimewa ni ketika mereka diraikan dan diberi duit raya sebagai tanda kasih sayang dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan ni. Walaupun tidak dapat membantu banyak, sekurang-kurangnya dapat memberi keceriaan kepada mereka sempena menyambut bulan Ramadhan dan Syawal nanti. Selain dari pemberian duit raya, pihak Philea Resort & Spa juga turut mengagihkan sebanyak 7000 paket bubur lambuk kepada beberapa rumah kebajikan serta orang awam pada minggu sebelum tu. Dengar kata dah 7 tahun pihak Philea Resort buat macam ni. Kira Aktiviti Tahunan la ni. Bangusnya diorang kan. Semoga tradisi ni dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa
Penyerahan Duit Raya kepada warga emas

Walaupun aku sampai lambat, tapi makanan masih banyak. Fuhh... hilang segala penat lelah driving bila tengok makanan depan mata. Nasib baik makanan masih banyak. Dengan bertemakan 'Taste Of Asia' , pelbagai menu dihidangkan seperti Gear Box Asam Pedas, Bukhara Lamb Carcass, Seafood Teppayaki, Stir Fried Chicken with Sweet Tom Yam and Dried Chili, Steamed Fish with Special Country Sauce, Stir fried Prawn with Chinese Leek, Gulai tempoyak ikan Patin, Sambal udang raja, Ayam Sambal hijau Berlada, Stir Fried Chili Crab, Gulai urat kaki lembu dan yang paling kena rasa Asam Pedas Kepala Ikan. Mai Melaka tak pekena Asam Pedas memang tak complete la kan. Sambil-sambil makan, ada persembahan dari adik-adik kita ni. walaupun malu-malu kucing, tapi mereka berjaya memikat hati penonton. Comel tau adik-adik ni.

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa
Persembahan dari anak-anak yatim

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa
Persembahan dari anak-anak yatim

Memandangkan baru sampai, takkan nak balik malam tu kan. Lagipun memang kami dah decide nak balik lepas sahur. Ye la esoknya kerja oiii... Lagipun penat pun tak hilang lagi ni. Kalau balik terus, mau pengsan sampai KL.. hehe. Lagipun memang lama dah teringin nak tido kat sini. Nak tau sebab apa ? Ha, ofkos la sebab bilik dia yang cantik tu. Lagipun Philea Resort & Spa tengah buat promosi sempena Bulan Ramadhan ni. Jadi sape-sape yang teringin nak menginap di Philea Resort & Spa, boleh rujuk website diorang ye.

Promosi Bilik Bulan Ramadhan di Philea Resort & Spa
6 June – 4 July 2016

Harga :
RM350 nett per room/night

Pakej Termasuk :
2 days 1 night accommodation in a Pavilion Room
‘Sahur’ or breakfast for 2 persons
Complimentary access to outdoor swimming pool, gym, sauna and kids playroom

maklumat lanjut : Promosi Ramadan

Meh aku belanja gambar-gambar Philea Resort & Spa ni pada waktu siang. Ha, cantik kan. Sekarang mesti korang paham kenapa aku sanggup drive ke Melaka. Iye weiii, sape yang taknak lepaskan peluang dan merasai sendiri pengalaman menginap di resort yang begitu hampir dengan alam semula jadi macam ni. Pemandangan yang sungguh indah, suasana yang nyaman, rekabentuk bangunan yang menarik... rasa tak mau balik.

Kredit Photo : www.mekonie.com

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa
Pandangan luar Philea Suite

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa
Pandangan luar Philea Suite

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa
Pandangan luar Pavilion Room

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa
Pandangan luar Pavilion Room

Amacam ?? cantik kan. Kagum aku tengok senibina dan landskap di sekitar resort ni yang dibina seolah-olah berada betul-betul di kawasan hutan rimba dan dilengkapi dengan deruan air terjun. Perasan tak bangunan kediaman kat sini unik? Secara keseluruhannya berasaskan kayu daripada pokok Pine yang diimport khas dari Siberia, Rusia. Lagi kagum bila dapat tahu senibina di resort ini terutamanya bangunan kediaman tu tidak menggunakan paku. Iye weiii... tak guna paku tau sebab mereka hanya menggunakan interlock system.

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa
Kolam renang berkonsepkan alam rimba

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa
Kolam renang berkonsepkan alam rimba

Tengok kolam renang dia... wuuuuuu... bestnya kalau dapat berendam dalam tu. Percaya tak kalau aku cakap tu sebenarnya kolam renang dan air terjun tu dibina khas untuk menghidupkan lagi suasana rimba dan semulajadi. Ye la, konsep semua dah bagai di dalam rimab tetiba kolam renang macam kat hotel. Tak kena la kan.

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa
Aku bersama roomate Mekonie dan Ann

Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Warga Tua Di Philea Resort & Spa
Bilik kami malam tu (Pavilion Room)

Ini la bilik kami untuk malam tu. Yang ni kategori Pavilion Room. Keluasan bilik ni 37.2sqm dan ada 1 katil king dan 1 katil single. Bilik dia sangat selesa dan luas, sesuai untuk kami bertiga. Kemudahan dalam bilik ni pun lengkap seperti air conditioning, kipas LCD TV, mini bar, kettle, electronic security features, telefon, wifi, bathtub, shower area. Memang best la kami tido malam tu. Sedar-sedar terjaga sebab ada orang ketuk pintu. Ingatkan jejaka-jejaka kat sebelah nak ajak sahur rupanya staff Philea Resort datang hantar makanan. Wow, bersahur dalam bilik uolsss... lepas makan, kami pun bersiap untuk pulang ke KL. Terima kasih Philea Resort & Spa. Hope one day dapat datang lagi ke sini untuk merasai pengalaman bercuti ke Philea Resort & Spa...

Philea Resort & Spa
Lot 2940, Jalan Ayer Keroh,
Off Jalan Plaza Tol,
75450 Ayer Keroh, Melaka, Malaysia.

Telefon :
Tel: +6 06 289 3399

Website :

Facebook :

Instagram :




Post a Comment

1 Comments