PELBAGAI PILIHAN PAKAIAN MUSLIMAH DI FAIQAH'S COLLECTION

25.8.16

PELBAGAI PILIHAN PAKAIAN MUSLIMAH DI FAIQAH'S COLLECTION | Assalamualaikum semua. Wow... bestnyaaaaa dapat pergi ke Grand Opening Butik Faiqah' Collection yang baru dibuka di Saujana Utama Sungai Buloh ni. Mana tak nya, ada pelbagai jenis pakai muslimah yang boleh dipilih kat sini. Rambang mata nak pilih mana satu sebab semua cantik dan paling penting, harga pun berbaloi tau.

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Grand Opening Butik Faiqah' Collection

Sebenarnya Faiqah's Collection ni bukan la baru dibuka tapi sebaliknya ini adalah cawangan kedua mereka. Rupanya cawangan pertama mereka kat Manjung, Perak. Ate, sekampung la rupanya kita yek. Teman pun oghang Manjung juge tapi teman ni nama aje duduk kat Perak, sejak dari kecik udah merantau. Sekali sekala je balik kampung, tu pun melekat je kat umah... hehe

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection

Pemilik butik Faiqah's Collection ni iaitu Pn Mazlin Binti Mohamad dan Suaminya Muhammad Faizal bin Ali telah mula menceburi bidang ni dari bawah lagi sejak tahun 2000. Asalnya bermula dari rumah ke rumah je tapi akhirnya mereka berjaya membuka dua cawangan. Nama Faiqah tu pula adalah sempena nama anak-anaknya iaitu Faiqah Irdina, Faiqah Adriana dan Faiqah Diyanah. Tahniah Pn Mazlin dan seluruh ahli keluarga beliau kerana hasil kerja keras mereka, maka wujudlah butik Faiqah's Collection.

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Pn Mazlin Binti Mohamad bersama model

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Adik beradik Pn Ernie bersama model

Masuk aje ke dalam butik, terus aku rambang mata tengok koleksi baju diorang. Ada jubah, baju pasang, tudung, cardigan, blouse dan macam-macam lagi. Kurta untuk lelaki pun ada tau yang diberi nama Far'ish Men Collection. Semuanya disusun rapi mengikut kategori baju masing-masing. Ruang dalam butik ni pun luas, jadi selesa la kita nak pilih baju. Ruang persalinan pun ada disediakan kalau nak mencuba pakaian.

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Ruang dalam butik

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Baju disusun dengan rapi

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Pelbagai warna boleh dipilih

Kebanyakan koleksi dari Faiqah's Collection ni terutama jubah memilih material dari jenis lycra. Best kain lycra ni sebab rasa sejuk dan selesa bila dipakai. Paling penting tak berkedut, so tak payah susah-susah nak iron. Sesuai untuk aku yang memang jenis malas nak iron baju...muahahaha... Lagipun jubah kat sini saiz dia agak besar. Kalau biasa kita pakai baju Saiz L, kat sini kena pilih M. So, kalau aku yang bersaiz XL ni, boleh la pilih saiz L sebab memang cutting jubah kat sini direka untuk mesra muslimah, tak ketat melekat. Jadi sangat selesa nak pakai. Lagipun boleh la fefeling dah kurus kan sebab boleh pakai baju saiz L walauponnn... hahaha. Jom skodeng baju apa pulak yang berkenan di hati Mekonie dan Kak Diya.

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Yang ni jubah lycra

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Yang ni pulak Abaya. Siap dengan shawl dia sekali

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Yang ni cardigan sekali dengan inner

Masa Grand Opening Butik Faiqah' Collection aritu, ada juga pertunjukan fashion di mana tiga orang model yang comel lote mempergayakan antara koleksi yang ada di sini. So, jom tengok mana tau ada yang berkenan di hati. Tapi kalau terberkenan kat model tu, ampun maaf la ye. Tak dapat den nak nolong sebab den pun tak kenal depa tu... hehehe...

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Fashion Show pakaian muslimah milik Faiqah's Collection

Penghujung sekali masa fashion show tu, Faiqah's Collection turut memperkenalkan koleksi terbaru mereka iaitu Koleksi Naura. Fresh from oven tau. Cantik design ni di mana kainnya dibuat dari fabrik berbunga timbul seperti design 3D dan dipadankan dengan baju dari kain kosong. Memang cantik... Lain dari yang lain.

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Faiqah Irdina, Faiqah Adriana dan Faiqah Diyanah menggayakan koleksi terbaru iaitu koleksi Naura

Oh ya, ada lagi satu produk yang turut diperkenalkan iaitu produk kecantikan Faaeqa Beauty. Produk ni dijual dalam bekas kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Dalam set Faaeqa Beauty ni ada Cleanser Foam, Foundation dan Lip Balm. Jangan risau, produk ni selamat dan suci ye. Boleh dapatkan produk ni di Butik Faiqah's Collection juga.

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Produk kecantikan Faaeqa Beauty

Acara hari tu disudahi dengan bacaan Yassin dan doa selamat dari anak-anak Tahfiz dan seluruh jemputan (lelaki sahaja). Selepas itu pula disusuli dengan perasmian butik Faiqah's Collection. Alhamdulillah dan jutaan tahniah buat Team Faiqah's Collection yang berjaya sampai ke tahap ini. Semoga lebih banyak kejayaan akan diperolehi pada masa akan datang. Maybe buka cawangan ketiga pulak. InshaAllah... Apapun kepada seluruh warga Faiqah's Collection terutama Pn Ernie yang sudi melayan kami walaupun tengah sibuk, terima kasih banyak-banyak sebab sudi jemput kami ke Majlis Grand Opening Butik Faiqah' Collection di Saujana Utama Sungai Buloh ni.

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Pengacara hari tersebut DJ Hizmad dan Shamsul Ghau Ghau

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
bacaan Yassin dan doa selamat

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Kek sempena perasmian Faiqah's Collection

Akhir sekali meh kakak payung gambar posing-posing sambil menggayakan jubah dari Faiqah's Collection. *mohon jangan kecam ye, kakak baru nak fefeling jadi model.. hehe*. Seriusly suka sangat pakai jubah ni sebab tak melekat kat badan, tak panas dan bila jalan dia beralun-alun (flowy).. Rasa cam princess jek...

Pelbagai Pilihan Pakaian Muslimah Di Faiqah's Collection
Cantik tak jubah ni??

*nota : harga di dalam gambar adalah promosi ketika Grand Opening Butik Faiqah' Collection. Untuk maklumat lanjut mengenai harga terkini boleh berhubung dengan Faiqah's Collection. Terima Kasih..

Faiqah's Collection Cawangan Perak :
No.11 Bawah PT 13984,
Jalan Pundut Raya 1,
Taman Pundut Raya,
32200 Lumut, Perak

Faiqah's Collection HQ :
No.23, Jalan Bidara 8, Taman Saujana 3,
Saujana Utama, Sungai Buloh

Telefon:
Saujana Utama (HQ) : 019-552 8704
Manjung (BRANCH) : 017-580 4002 / 010-239 4002 / 012-438 2079

Email :
faiqahscollection@yahoo.com

Facebook :

Instagram :



You Might Also Like

8 ♥ Surat Cinta ♥

  1. awak ni duta ke...cantiknyerrrrr awak

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaa baju yang kak dik beee pakai tu... maybe si pemakainya memang lawa,... aaauummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. isk, ade2 je tau ina ni...cubit karang... hehe

      Delete
  3. salam..
    yaya singgh lawat sini..

    shanteq bju2 sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, hai yaya.. tq sudi singgah sini ^_^

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe