TERPIKAT DENGAN HARUMAN MINYAK WANGI AJ DE' PARFUM

23.8.16

TERPIKAT DENGAN HARUMAN MINYAK WANGI AJ DE' PARFUM | Assalamualaikum semua... Rasanya 2 minggu kebelakangan ni adalah minggu yang mencabar dan banyak benda menimpa aku. Macam-macam jadi dengan telefon rosaknya, charger meletop, kereta buat hal, dapat pulak berita buruk pasal tempat kerja. Hurmmm, besar betul dugaan. Tapi aku yakin semua ni ada hikmah. Walau apa pun, kena sentiasa positif dan yakin untuk menempuh hari mendatang. Insha Allah, akan ada rezeki lain. ye tak??...

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Ini la Minyak Wangi AJ DE' PARFUM

Sebut pasal yakin, ha ada benda aku nak share dengan korang-korang semua. Aku dah jumpa satu jenama minyak wangi (perfume) iaitu AJ De' Parfum yang berjaya menambat hati aku. Minyak wangi ni walaupun nama dia AJ tapi takde kaitan dengan Aida Jebat ataupun Adijuma ye. AJ tu sebenarnya nickname pemilik dia.. hehe. Seriusly pertama kali pakai, terserlah keyakinan diri. Kalau korang nak tau, aku ni memang ada masalah bau badan sikit kalau dah lama berada di luar. Tambah-tambah lagi bila pergi ke event yang dari pagi sampai petang. Memang rasa tak selesa sangat tambah-tambah time nak salam peluk cium tu.... hehe, maklum la pompuan kan. Selalu gitu bila time salam. So, kalau dah berpeluh tu, segan la wei....

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Minyak Wangi AJ DE' PARFUM untuk wanita dan lelaki

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
AJ DE’ PARFUM BAR & CAFE

Nak dijadikan cerita, masa bulan Syawal haritu aku ada dapat jemputan ke Majlis Rumah Terbuka AJ DE’ PARFUM BAR & CAFE. Ha, kat situ la aku terpikat dengan haruman wangian AJ De' Parfum ni yang diinspirasikan dari wangian antarabangsa yang mana bau dia sebijik dengan bau wangian yang Original. Dah la wangi, botol pun cantik. Lagipun Wangian AJ De' Parfum ni dah ditambah baik serta boleh dibawa solat. Tu yang penting kan. Ada 25 haruman pilihan untuk wanita dan 17 haruman pilihan untuk lelaki. Boleh rujuk list kat bawah ni :

Senarai haruman pilihan lelaki dan wanita

Nak tau kenapa wangian AJ De' Parfum ni tahan lama ? Sebabnya wangian AJ De' Parfum ni adalah dari jenis Eau De Parfum (EDP) di mana ia lebih tahan lama dari Eau de Toilette (EDT). Kualiti perfume juga mengikut IFRA Standard Regulation. Meh nak share sikit apo bondo eh EDP dan EDT ni. Minyak wangi jenis EDP lebih tinggi kandungan patinya dan bau tahan lebih lama dari EDT. Biasanya perkataan ni ada diletakkan di botol minyak wangi bagi memudahkan pengguna mengetahui jenis minyak wangi tersebut. Label-label tersebut ternyata berkait rapat dengan kadar kandungan pati parfum. Semakin tinggi tingkat patinya, maka semakin lama pula wangian tersebut bertahan dan tentunya, semakin mahal harganya. Tapi jangan risau, minyak wangi AJ De' Parfum ni walaupun jenis EDP tapi harga dia murah tau. Cuma RM60 sebotol. Murah kan. Mana nak dapat minyak wangi yang setaraf dengan wangian antarabangsa macam AJ De' Parfum dengan harga murah, tahan lama pulak tu. Sekali sembur, 24 jam lekat bau dia.... hehe

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
AJ De' Parfum ni jenis Eau De Parfum (EDP)
Harga AJ De' Parfum
RM 60
(Semenanjung Malaysia)

RM 65
(Sabah & Sarawak)


Lagi satu yang aku suka pasal AJ De' Parfum ni sebab tak berminyak dan tak meninggalkan kesan kuning kat baju. Dulu aku pernah guna satu minyak wangi ni. Tak mau sebut la jenama apakan. Tapi tu la, abis baju aku yang warna putih jadi tompok-tompok kuning. Pulak tu tak hilang bila basuh basuh. Sejak dari tu, aku dah malas nak pakai baju warna putih. Pastu kalau sembur direct ke kulit pun perfume ni tak rasa pedih atau panas kat kulit. Memang best la perfume ni. Menepati citarasa sungguh. Oh lupa nak habaq, aku dah pakai yang AJW10 wangian yang diinpirasikan dari jenama PARIS HILTON. Best weii AJ De' Parfum ni. Tu yang terpikat tu.. 

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Rambang hidung nak pilih bau yang best.. hehe

Berbalik pada Majlis Rumah Terbuka AJ DE’ PARFUM BAR & CAFE hari tu, memang meriah majlis depa ni. Tak sangka ramai yang datang, makanan pun sedap-sedap belaka. Pulak tu ada antara tetamu mereka terdiri dari usahawan-usahawan kecantikan yang terkenal. Walaupun AJ de' Parfum ni baru ditubuhkan sekitar April 2016, tapi masing-masing saling sapot menyapot each other. Hebat la diorang ni. Respek tau. Bangga ada anak melayu yang berjaya seperti pemilik AJ De' Parfum ni iaitu Nurul Akmar, Azrul Fauzi dan Akmal Rizal yang masih muda lagi dah bergelar usahawan. 

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Tuan rumah melayan tetamu di Majlis Rumah Terbuka AJ DE’ PARFUM BAR & CAFE

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Nasi kukus berlauk

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Sate

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Kepak ayam bakar

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Kambing bakar

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Ramai sungguh tetamu yang datang

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
AJ De' Parfum HQ

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Anak-anak Tahfiz dijemput untuk bacaan yassin dan doa selamat

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Pemilik dan staff AJ De' Parfum juga turut membaca yassin dan doa selamat

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Pemilik AJ De' Parfum bersama anak-anak tahfiz

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Pemilik AJ De' Parfum memberi sedikit buah tangan kepada anak-anak tahfiz

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Pemilik AJ De' Parfum memberi sumbangan kepada rumah anak-anak tahfiz

Apa pun tahniah dan terima kasih kepada AJ De' Parfum yang sudi menjemput kami ke Majlis Rumah Terbuka AJ DE’ PARFUM BAR & CAFE sekali gus merasmikan pembukaan AJ DE’ PARFUM BAR & CAFE yang terletak di Seksyen U5, Taman Subang Impian, Shah Alam. So, sapa-sapa nak refill boleh mai sini. Refill ? iye dekk, tu la kelebihan AJ De' Parfum ni. Kalau habis, bawak mai je botol lama korang tu dan refill semula kat sini. Apa lagi... moh le pakat beli AJ De' Parfum. Saya dah, korang bila lagi?? hehe

Terpikat Dengan Haruman Minyak Wangi AJ DE' PARFUM
Terima kasih AJ De'Parfum

AJ De'Parfum HQ
14, Jalan Uranus AH U5/AH,
Seksyen U5, Taman Subang Impian,
40150 Shah Alam,
Malaysia

Instagram :

Facebook :

Telefon :
016-921 5660



You Might Also Like

9 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Design kotak nampak eksklusif setanding dengan design antarabangsa. Terbaik. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, memang berkualiti produk AJ de'parfum ni. puas hati bila guna, harga pun tak la mahal sgt

      Delete
  2. patutla awak wangi jer hikhik..ehhh..

    ReplyDelete
  3. yaya buat masa ni pakai bath and body wash perfume, wangi, hahaha, tapi thanks for the promotion, kalau ada masa in shaa ALLAH, nak try jugak...siap boleh refill lagik

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah.. nanti boleh share kalau dah guna

      Delete
  4. nak tanya..kdai bkk hri ape n smpai kul bape yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hubungi no ni 6011-3707 8706

      Delete
  5. nak tnya..kdai bkk kul bpe n hri ape yea..

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe