8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8

26.9.16

8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8 | Assalamualaikum semua... Zaman sekarang ni dah banyak jenama telefon pintar yang ada di pasaran. Tu belum sebut jenis modelnya. Ada bermacam-macam pilihan yang boleh dipilih mengikut kehendak berdasarkan spesifikasi dan budget masing-masing. Kadang-kadang boleh pening kepala nak pilih mana satu. Tapi bila Huawei melancarkan telefon pintar Honor 8 untuk tahun 2016 ni, aku terus jatuh cinta pandang pertama. Bagi aku inilah telefon pintar yang berjaya menambat hati dan poket ku. Nak tahu kenapa? Ha, kat bawah ni ada 8 sebab untuk dapatkan Huawei Honor 8.

DAPATKAN HONOR 8 SEKARANG DI LAZADA ! KLIK SINI

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8
8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8

8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8

1. Sistem Operasi Yang Pantas
Telefon aku sekarang ni dah mula menunjukkan belangnya. Mana taknya, bila bukak je beberapa aplikasi mula la nak 'lagging'. Kadang-kadang tu 'hang' terus. Terpaksa 'force stop' ataupun kengkadang tu sampai kena 'hard reset'. Gerammmmmmm weiiii....

Tapi dengan Honor 8 ni, dah tak perlu risau sama telefon tu ‘hang’ ke ‘lag’ ke sebab memang performance laju berdesum. Takde sangkut-sangkut lagi sebab Honor 8 dioptimumkan dengan 2.3 GHz octa-core CPU yang dilengkapi dengan i5 co-processor dan mempunyai 3GB/4GB RAM. So, boleh la buka aplikasi serentak sebab ia mempunyai kapasiti RAM yang besar untuk membolehkan aplikasi running dengan lancar. Jadi, memiliki telefon pintar yang mempunyai sistem operasi yang pantas macam ni memang amat-amat diperlukan sebab mudah la aku nak buat live update ke, update blog ke, edit gambar ke kannnn.... 

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8
Sistem Operasi Yang Pantas

2. Dwi Kamera Di Belakang
Selama ni pergi ke mana-mana aku akan usung kamera DSLR sebab nak dapatkan gambar yang cantik. Kadang-kadang tu mengeluh jugak sebab berat. Tapi terpaksa kerana kalau tinggal dalam kereta bahaya pulak kan. So, bila dapat tahu tentang Honor 8, ini la masanya untuk aku bertukar angin kepada sesuatu yang lebih ringan tetapi masih dapat menghasilkan gambar yang setanding DSLR. Sebab? Honor 8 ni memiliki kamera belakang yang sangat hebat iaitu dwi kamera 12-Megapixel dengan sistem Hybrid Auto Focus

Kenapa dwi kamera? Iye, Honor 8 ni didatangkan dengan dwi kamera kerana sistem dwi kamera ini mempunyai dua sensor iaitu sensor pertama berwarna manakala sensor kedua pula adalah monokrom. Gabungan maklumat dari dua sensor ini membolehkan gambar yang lebih baik diambil. Pada waktu yang sama pemfokusan semula boleh dilakukan selepas gambar diambil

Selain itu, kamera Honor 8 juga menyediakan Profesional Mode yang membolehkan kita memilih tetapan aperture dan shutter speed serta Wide Aperture Modes dimana ia boleh diset dari F0.95 sehingga F16. Jadi, lepas ni tak perlu la mengusung kamera DSLR dah jika ingin ke mana-mana kerana kamera Honor 8 ni sudah mampu menghasilkan gambar seperti DSLR. Bagi yang tidak memiliki kamera DSLR, lepas ni boleh la menangkap gambar seperti seorang profesional kan.. Huwaaa... memang mengidamkan telefon yang mempunyai dwi kamera begini.

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8
Dwi Kamera Di Belakang

3. Kamera Hadapan Yang Menakjubkan Untuk Selfie
Biasa la perempuan kan. Selfie berpisah tiada. Tambah-tambah lagi kalau Travel ke sana sini. Kalau boleh setiap ceruk nak selfie. Tapi tu la, kalau pencahayaan kurang, gambar terus tak cantik. Nak suruh orang ambilkan gambar segan pulak. Tapi kalau ada Honor 8 ni tak ada dah masalah nak selfie walaupun di tempat yang kurang cahaya.. Dengan keupayaan kamera hadapan 8MP ia mampu menghasilkan gambar selfie yang cantik walaupun di tempat yang kurang pencahayaan. Tak cukup cantik? Jangan risau, Honor 8 ada fungsi Perfect Selfie Mode untuk menjadikan gambar selfie lebih cantik dan flawless. Wow... ni yang best ni. Lepas ni boleh la selfie di mana-mana aja... hehe

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8
Kamera Hadapan Yang Menakjubkan Untuk Selfie

4. Bateri Yang Tahan Lama Dan Fungsi Fast Charging
Okay, macam yang aku cakap tadi, memang aku ni seorang yang heavy user untuk telefon pintar. Jadi, memang akan ada masalah bateri cepat habis. Tambahan pulak aku ni jenis yang kerap berada di luar rumah untuk urusan-urusan tertentu dan juga jemputan ke event-event blogger. Dibuatnya masa tengah nak ambil gambar ataupun buat live update bateri habis mau kena menunggu hingga 4-5 jam untuk charge semula. Lama kan.

Tapi untuk Honor 8 ni ia mempunyai kapisiti bateri yang besar iaitu 3000 mAh dan disokong dengan fungsi Smart Power 4.0 bermakna ia boleh bertahan selama 1.77 hari bagi penggunaan biasa dan 1.22 hari bagi penggunaan yang kerap. Tapi untuk pengguna heavy user macam aku ni idak la sampai 1.22 hari. Maybe dalam 10-12 jam dah habis dah bateri tapi yang bestnya Honor 8 ni ada fungsi Fast Charging. Ia dilengkapi dengan teknologi 9V/2A Fast Charging dan menggunakan USB cable Type-C di mana ia memberi 47% power boost hanya dalam masa 30 minit. So, boleh la sambung balik kerja lepas tu... 

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8
Bateri Yang Tahan Lama Dan Fungsi Fast Charging

5. Fungsi Pengimbas Cap Jari
Pada panel belakang Honor 8 terdapat sebuah pengimbas cap jari terbina yang berbentuk bulat. Menurut Honor, ia mampu mengimbas cap jari dalam masa 0.4 saat. Cepatkan. So, maknanya kita boleh unlock telefon kita dengan pantas. Selain itu, pengimbas cap jari ini juga bertindak sebagai sistem keselamatan untuk telefon kita. Jadi lepas ni takdela sewenang-wenangnya orang boleh buka telefon kita. *ni jugak dapat mengelakkan anak buah aku curik-curik main game guna telefon aku... ngeh3x (gelak jahat). Bukan itu sahaja, ada banyak lagi fungsi pengimbas cap jari ni seperti NFC Tag read N write, P2P Transfer dan juga SIM/HCE-based mobile payment.

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8
Fungsi Pengimbas Cap Jari

6. Sistem Storan Yang Besar
Pernah tak terjadi bila korang nak selfie dengan artis pujaan tetiba keluar mesej 'Memory Full' ?? Time tu jugak rasa nak hempuk je telefon kat lantai. Ye la, takkan artis tu nak tunggu kita delete satu-satu gambar. Lagi satu, kalau nak install apps terkini pun ada masalah memory full. Kadang-kadang terpaksa korbankan apps yang jarang digunakan untuk memberi laluan pada apps baru. Tapi sampai satu masa, dah tak tau nak delete yang mana satu sebab semua nak guna. Pepaham la... blogger kan.... Jadi memang kena guna telefon yang ada sistem storan yang besar baru cukup seperti Honor 8 ni.

Bagi Honor 8, terdapat 2 pilihan memori dan ruangan storan iaitu 3GB RAM/32GB storan ataupun 4GB RAM/64GB storan. Ia juga mampu menerima sokongan kad MikroSD sehingga 256 GB. Slot kad MikroSD ini berkongsi dengan slot SIM bersaiz nano. Ruang Storan yang besar ni amat-amat diperlukan memandangkan telefon pintar ini mempunyai kualiti gambar yang besar. Selain tu, boleh la muat turun aplikasi tanpa perlu risau memory full. Macam aku ni la yang memang kena banyak guna aplikasi untuk memudahkan urusan seharian. Ada apps facebook, instagram, twitter, whatsapp, waze dan macam-macam lagi termasuk pokemon go.. ehh.. hahahaha

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8
Sistem Storan Yang Besar

7. Skrin Yang Jelas Dan Selamat Untuk Mata
Bila dah setiap masa mengadap telefon, lama-lama mata pun jadi penat. Dah la seharian kat office mengadap komputer. Risau jugak kalau-kalau mata jadi rosak. Dah la sekarang ni memang pakai cermin mata sebab rabun. Jadi kena la cari sesuatu yang boleh mengurangkan rangsangan pada mata.

Menariknya dengan skrin 5.2″, paparan skrin Honor 8 juga didatangkan dengan fungsi eye-care mode dimana ia boleh menapis 'Blue Light' untuk mengurangkan rangsangan pada mata. Jadi mata kita akan selesa bila menghadap telefon. Fungsi ini juga bagus sebab dapat mengurangkan efek pada mata terutama bagi kanak-kanak zaman kini yang memang suka main game telefon. Jadi ibu bapa tidak perlu risau tapi masih perlu juga kawal tahap addicted anak terhadap telefon.

Selain itu, Honor 8 juga mempunyai skrin dengan resolusi 1080P FHD di mana ia mempunyai paparan yang cukup terang dan jelas dengan penghasilan warna yang menyerlah manakala kaca 2.5D digunakan dan memudahkan jari bergerak dari skrin kebahagiaan sisi peranti.

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8
Skrin Yang Jelas Dan Selamat Untuk Mata

8. Harga Mampu Milik
Dok panjang lebar bercerita pasal sebab-sebab kenapa kena dapatkan Huawei Honor 8 ni tak lengkap la kalau tak bagitau sebab yang ke-8 ni kerana ia la yang menentukan sama ada pilihan kita ni tepat ke tidak. Jangan terkejut kalau aku katakan yang Honor 8 ni walaupun mempunyai spesifikasi setanding telefon pintar yang mahal tapi sebenarnya harganya tidak la terlalu mahal. Ia boleh dikategorikan sebagai harga mampu milik. Inilah yang buat aku jatuh cinta pada Honor 8. Haishhh... harap-harap la telefon pujaan ni akan berada di tangan suatu hari nanti. Kalau korang pun berminat dengan Honor 8 ni, moh la kita beli sekarang sebab kat Lazada dah ada weiii... siap dapat free gift lagi. Sila klik link kat bawah ni :


DAPATKAN HONOR 8 SEKARANG DI LAZADA ! KLIK SINI

Harga Huawei Honor 8 di Lazada Malaysia

Product NameSelling Price
Honor 8 32GB (Black) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326)1699
Honor 8 32GB (White) FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM326)1699
Honor 8 64GB (Blue) FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575)1899
Honor 8 64GB (Gold) FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Total Worth RM575)1899

Berita baik!!! Lazada juga akan mengadakan promosi Lazada's My Cybersale yang akan berlangsung pada 26 - 30 Sept. Jangan ketinggalan untuk membeli-belah barang yang anda inginkan dengan harga yang murah hanya di LAZADA MALAYSIA.. Selamat bershopping



8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8



You Might Also Like

6 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Good luck dikbee. moga menang, nntiboleh selfie bersama. hehehe

    ReplyDelete
  2. Alaaaa bestnyaaa.. Mcm terpengaruh je ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. memng best tepon ni. tambah2 kamera dia

      Delete
  3. Dah tahu ke siapa yang menang post Lazada repost and win tu??
    Huwaa..waa..waaa... rege ngalahkan Zenfon 3.

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe