JADI AHLI TONTON VIP DAPAT BAUCAR CJ WOW SHOP

18.9.16

JADI AHLI TONTON VIP DAPAT BAUCAR CJ WOW SHOP | Assalamualaikum semua.. Uiks, buat apa tu? Bestnya la kan dapat cuti panjang. Aku rasa ini la cuti Raya Haji aku yang paling panjang sejak bekerja ni. Mana taknya, sambung terus sampai cuti Hari Malaysia. Haaa.. pueh hati kaw golek-golek kat rumah. hehe

Jadi Ahli Tonton VIP Dapat Baucar CJ WOW SHOP
Tonton VIP

Bila cuti ni takdo kojo lain. Mengadap TV yo la. Tapi kan boring pulak bila asyik tengok drama yang dah pernah ditayangkan sebelum ni. Takdo cerita baru ke ? Tapi nasib baik la aku dah ada akaun TONTON. Ekceli memang dah lama dah aku ada akaun ni. Bukan apa, senang nak tengok drama-drama yang aku tertinggal tengok.  So, sempena Hari Malaysia ni boleh la aku layan pelbagai rancangan seperti It’s A Date, program berbentuk biografi yang mengikuti perjalanan kehidupan anak seni seperti Mia Ahmad, Fattah Amin, Keith Foo dan Soo Wincci. Program berbentuk hiburan, Crazee Stupid Stuff pula menyaksikan hos, Sharifah Amani melakukan pelbagai perkara yang berada di luar jangkauan fikiran. Kesemuanya hanya boleh disaksikan di www.tonton.com.my.

Baru-baru ni kan aku ada cerita pasal TONTON VIP [Rujuk SINI]. So, alang-alang dah ada akaun ni, boleh la upgrade ke TONTON VIP.  Ada banyak keistimewaan yang diterima sebagai ahli tonton VIP, antaranya adalah akses penuh ke arkib tonton yang mempunyai lebih dari 23,000 jam drama, filem serta rancangan hiburan tempatan. Selain itu, mereka turut berpeluang untuk menyaksikan kesemua episod drama terbaru di tonton beberapa bulan lebih awal dari siaran televisyen. Lebih hebat lagi, ahli tonton VIP juga boleh memuat turun rancangan kegemaran mereka di telefon pintar menerusi aplikasi terbaru tonton untuk peranti iOS dan Android bagi menyaksikannya walaupun tanpa data internet.

Jadi Ahli Tonton VIP Dapat Baucar CJ WOW SHOP
Jadi Ahli Tonton VIP  Dapat Baucar CJ WOW SHOP

Eh, bukan tu aje. Kalau daftar untuk jadi Ahli TONTON VIP sempena Hari Malaysia ni, korang akan dapat baucar membeli-belah bernilai RM30 dari CJ WOW Shop. Iye weiii... katanya seramai seribu ahli pertama yang melanggan pakej tonton VIP dari 16 hingga 30 September 2016 bakal membawa pulang sekeping baucar membeli-belah bernilai RM30 dari CJ WOW Shop. Banyak tu.. macam-macam boleh beli kat CJ WOW SHOP seperti fesyen, kecantikan, digital, kediaman dan kehidupan. Best tu... Caranya mudah je, lepas korang dah jadi Ahli TONTON VIP, tunggu je email selanjutnya yang akan diedarkan pada minggu pertama bulan Oktober hadapan.

“Ini merupakan keistimewaan yang diterima oleh ahli tonton VIP. Ini adalah janji kami untuk sentiasa memberikan layanan VIP kepada setiap pelanggan. Tidak terhenti setakat itu, pelanggan tonton VIP akan mendapat lebih banyak keistimewaan seperti pas eksklusif ke konsert dan majlis anugerah antaranya Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Skrin, selain diskaun istimewa ketika berkunjung ke Karnival Jom Heboh.” Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh berkata, 

Mengenai CJ WOW SHOP

Jadi Ahli Tonton VIP Dapat Baucar CJ WOW SHOP

CJ WOW SHOP merupakan rangkaian beli-belah di rumah yang inovatif yang boleh ditonton dari televisyen, platform-platform telefon mudah-alih dan atas talian, yang membawakan kepada pengguna Malaysia suatu pengalaman untuk dari segi visual, bersifat interaktif serta imersif. Ditubuhkan pada tahun 2016, pihak syarikat mencari dan menawarkan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi yang mampu memperkayakan gaya hidup pelanggan. Sebagai syarikat media dagang berorientasikan pelanggan yang terulung di Malaysia, kami membantu pelanggan untuk membeli-belah dalam keselesaan bersendiri, sama ada di rumah ataupun di mana sahaja, pada bila-bila masa. CJ WOW SHOP menyempurnakan lagi beli-belah di rumah dengan menyelaraskan kelebihan dan kepakaran yang terhasil dari kerjasama antara kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, iaitu Media Prima Berhad, dengan syarikat terkemuka global dalam bidang beli-belah di rumah dari Korea Selatan. CJ O Shopping Co. Ltd.

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati keistimewaan sebagai ahli tonton VIP di Hari Malaysia ini dan dapat Baucar CJ WOW SHOP. Untuk maklumat lanjut mengenai tonton VIP dan CJ WOW Shop, sila layari tonton.com.my dan www.cjwowshop.com.my.



You Might Also Like

3 ♥ Surat Cinta ♥

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Macam mana caranya nak tengok drama 6 bulan lebih awal sebelum siaran? Boleh share step?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh... part tu tak pasti plak.. huhu

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe