TONTON MACAM VIP BERSAMA SAHARUL RIDZWAN DAN MIA AHMAD

6.9.16

TONTON MACAM VIP BERSAMA SAHARUL RIDZWAN DAN MIA AHMAD | Assalamualaikum semua... huishh... sejak dua tiga menjak ni busy ya amat la hai.. Sampai weekend pun ada je aktiviti yang menanti. Rumah tu dah ibarat transit untuk tukar baju je. Kereta jangan cakap la, dah macam rumah bergerak sebab semua ada dalam tu. So, bila orang dok cerita pasal drama-drama best kat sosial media, aku nganga je la. Mana la sempat nak tengok TV kan. Kalau time free, rehat-rehat kat rumah, cerita kat TV tak best pulak. Ha, nasib baik ada TONTON. Boleh layan drama-drama yang terlepas.

TONTON Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad
TONTON Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad

Sape yang tak pernah tau pasal TONTON ni memang rugi. Sebabnya nak tau kenapa? Sebagai Portal video nombor satu MalaysiaTONTON dengan lebih 5.9 juta pelanggan, berjaya mencipta era baharu yang melanda dunia hiburan tanah air kita dengan menyajikan pelbagai filem dan drama tidak kira tempatan mahupun antarabangsa. Kini TONTON tampil dengan pembaharuan lengkap dilakukan dan memperkenalkan TONTON VIP yang menjadi lebih padat dan canggih. 

TONTON Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad
laman web Tonton

Baru-baru ni, bertempat di Desa Balqis Kuala Linggi, Pelancaran TONTON VIP dengan bertemakan #TontonMacamVIP telah diadakan dan dua selebriti popular tanah air iaitu Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad juga dilantik sebagai Duta TONTON untuk program Bahasa Melayu sejak 20 April 2016 yang lalu. Ha, sape tak kenal kan dengan hero dan heroin drama melayu kegilaan ramai ni. Swit sangat depa ni. Sesuai jadi duta TONTONSelain itu, TONTON juga melantik Soo Wincci dan Henley Hii sebagai duta untuk program Bahasa Cina

TONTON Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad
Duta TONTON Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad

“Dengan menawarkan pelbagai program tempatan yang menarik dan hebat, TONTON akan menjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia di mana para pengguna boleh menonton program-program kegemaran mereka ikut keselesaaan masing-masing, di mana sahaja mereka berada,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7, 8TV & TONTON.

TONTON turut menawarkan portal video sehenti untuk orang ramai, di mana mereka dapat menikmati pelbagai jenis pilihan program-program tempatan mahupun antarabangsa yang disediakan,” tambah Airin

TONTON Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad
Barisan orang kuat Tonton

Zaman sekarang ni kan zaman internet. Semuanya hanya di hujung jari je. Kalau filem-filem luar negara boleh ditonton melalui internet, macam tu juga dengan TONTON yang sememangnya dikenali sebagai ‘Raja’ drama-drama tempatan. Tambahan pula dengan adanya TONTON VIP ni, tak sabar rasanya menantikan pelbagai drama hebat yang berdefinasi tinggi (HD) dan juga drama yang disiarkan beberapa bulan awal sebelum disiarkan di kaca TV. Ha, macam ni la baru VIP kan. Bukan sahaja boleh tengok drama yang dah lepas, tapi boleh tengok jugak drama yang belum ditayangkan kat TV. So, sebelum korang bergossip pasal drama tu kat TV, aku dah tengok dulu... muahahahah.

TONTON Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad
Mia Ahmad yang sentiasa cantik 

Macam sempena Hari Kebangsaan yang lepas, beberapa program eksklusif telah disediakan seperti It’s A Date, Cinta Roller Coaster dan Secret Lover. Selain itu, program eksklusif TONTON seperti Hijab Chic, Crazee Stupid Stuff, 1001: Celebrity Encounters dan Cinta Masam Manis pun ada. Terlepas?? jangan risau, pergi aja ke ke laman web www.tonton.com.my dan melanggan pakej VIP terbaharu serendah RM3 yang menawarkan program siaran langsung, saluran premium dan arkib video TONTON melebihi 23,000 jam tanpa sebarang iklan video

Pakej TONTON VIP : 

  • RM3 (sehari)
  • RM5 (seminggu)
  • RM10 (sebulan)
  • RM96 (setahun)

TONTON Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad
Saharul Ridzwan yang hensem dan sado

Bagi pengguna TONTON yang bukan VIP korang jangan risau sebab korang masih boleh menikmati program yang disajikan secara percuma seperti kandungan berita, bual bicara dan program yang bersiaran secara langsung dan banyak lagi. Pengguna TONTON juga boleh menonton dua episod pertama setiap drama bersiri lama dan baharu tanpa sebarang bayaran. Tapi tak syok la kan. Alang-alang biar tengok sampai habis.

TONTON Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad
apa la yang emcee tu soal kat Mia ekk

Masa Pelancaran TONTON VIP di Desa Balqis Kuala Linggi aritu, pelbagai aktiviti menarik diorang buat. Sepatutnya aku pergi tapi disebabkan aral melintang, maka tak dapat la join diorang.. sob sob... sedih tak dapat jumpa Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad. Dengar kata Azrel Ismail dan Ruhainies pun ada. iskk... bestnya tengok diorang #berkampungmacamvip siap berkain batik bagai. Sesuai dengan lokasi Desa Balqis Kuala Linggi dimana kediaman yang disediakan diperbuat dari kayu. Cantik tempat dia....huhu takpe la. Next time ada rezeki iols join ye... Ha, sebelum tu, jom daftar TONTON VIP sebagai tanda support kat TONTON... hehe

TONTON Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad
Desa Balqis Kuala Linggi #berkampungmacamVIP : Permainan galah panjang 

TONTON Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad
Desa Balqis Kuala Linggi #berkampungmacamVIP : Permainan tarik tali

TONTON Macam VIP Bersama Saharul Ridzwan Dan Mia Ahmad
Desa Balqis Kuala Linggi #berkampungmacamVIP : Permainan tarik tali

Facebook : tontonMY 
Twitter :  tontonMY
Instagram : tontonMY
Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP
Hubungi kami di LIVE chat service atau di talian 03-2717 2020!



You Might Also Like

1 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe