JOM KE PESTA LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016

10.10.16

JOM KE PESTA LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016 | Assalamualaikum semua.. Korang minat membaca ? Orang kata membaca ni jambatan ilmu. Tapi kan, tak semestinya budak sekolah aje yang perlu membaca. Kita yang tua dan dah bekerja ni pun boleh je mengamalkan tabiat membaca ni. Sebab tiada had umur untuk membaca sama ada untuk menambah ilmu pengetahuan atau untuk terapi minda seperti majalah ataupun novel. Sekurang-kurangnya dapat release tension kan.. hehe

Jom ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016
Jom ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016

Haaa... ni ada berita baik untuk korang-korang yang suka membaca. Tak lama lagi Sinergi Ilmu Resources Sdn.Bhd dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya selaku rakan kerjasama, julung-julung kalinya akan menganjurkan Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 akan berlangsung pada 21 hingga 30 Oktober 2016 bertempat di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3. Bertemakan Pesta Lelong Buku Bahasa Melayu terbesar di Malaysia, maknanya mesti ada macam-macam buku yang dijual dan harga mesti murah. 

APA YANG ADA DI PESTA  LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016

Dengan kekuatan 100 buah gerai pameran dengan penyertaan lebih 50 buah penerbit terkenal tanah air seperti PTS Publications & Distributions, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Telaga Biru, Must Read, Ana Muslim, Dubook Press, Institut terjemahan buku malaysia, penerbit Jakim dan ramai lagi. Lebih 50,000 judul tajuk buku pelbagai genre akan dibawa oleh kesemua pempamer Pesta Lelong Buku Putrajaya dengan harga-harga yang murah dan diskaun sehingga 80%. Wow...murahhhhhh weiiii.... Borong jangan tak borong... hehehehee

Jom ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016
Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016

CHECKLIST #PESTALELONGBUKU

✔Buku Murah RM1.00, RM2.00, RM5.00.
✔Lebih 50,000 judul buku pelbagai genre.
✔Pesta lelong buku Bahasa Melayu terbesar Malaysia. 
✔Pesta buku terbesar tanpa rak selama 10 hari.
✔Disertai lebih 50 penerbit terkenal.
✔Lokasi penganjuran yang memiliki kemudahan kawasan letak kereta yang luas, lokasi yang dikenali ramai, kedai makan dan berhampiran dengan Maybank yang dilengkapi dengan mesin ATM yang mencukupi.


MATLAMAT UTAMA PESTA  LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016

Matlamat utama Pesta Lelong Buku ini dianjurkan adalah memberi ruang dan peluang kepada para pembeli serta pelbagai pihak untuk mendapatkan pelbagai buku yang terbaharu dan berkualiti walaupun dalam kekurangan budget kesan daripada masalah ekonomi yang melanda pelbagai pihak. Ini adalah antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa penganjur bagi mengajak serta memupuk minat membaca di kalangan masyarakat di seluruh Malaysia. 



PROGRAM MENARIK SEMPENA PESTA  LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016

Pelbagai program telah diatur sepanjang 10 hari pesta ini berlangsung seperti busking, ceramah, diskusi buku, pertandingan selfie, pertandingan mewarna dan juga sessi bersama artis terkenal seperti Yatt Hamzah dan Heliza Helmi. Adanya program-program sebegini juga sedikit sebanyak dapat membantu dalam menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada remaja dan masyarakat di luar sana agar dapat melahirkan generasi yang berakhlak dan berwawasan. Disamping itu juga, Pesta Lelong Buku seperti ini dapat merancakkan lagi usaha dalam meningkatkan jualan bagi para pempamer yang terlibat. Berikut antara aktiviti menarik di Pesta Lelong Buku Putaraja 2016 :

Jom ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016
23 Oktober 2016 - Penampilan istimewa kumpulan Rabbani

Jom ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016
21 Oktober 2016 - Penampilan istimewa Muadz dan Azadan

Jom ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016
22 & 25 Oktober 2016 - Pertandingan Mewarna Dan Bercerita Kisah Tauladan

Jom ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016
1-20 Oktober 2016 - Pertandingan Selfie dengan buku


JANGAN KATA KAMI TAK PAYUNG ! 

Amacam, menarik kan... Peluang dan ruang yang disediakan ini seharusnya korang tak boleh lepaskan tau. Iye wei.. time ni la nak cari bahan bacaan yang banyak dengan harga yang murah. Jangan kata untuk korang aje, satu family pun boleh mai sebab bahan bacaan yang dijual di sini tak mengira had umur dari kanak-kanak hingga dewasa. Jadi korang boleh ajak satu family mai memborong buku kat sini. Asyik borong baju je kan. So, apa salahnya kali ni kita buat kelainan. Apa lagi, Jom ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016.

Maklumat lanjut dan terkini tentang Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 boleh hubungi :

019-3258285 (En. Jaini) 
013-7007067 (Nurhaziemah)

✔Pameran akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari 

✔Masuk adalah PERCUMA.

Laman Facebook : 

Instagram :

Hashtag : 
#pestalelongbuku #dahtakdealasandah



You Might Also Like

1 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe