PROMOSI CUTI HUJUNG TAHUN DAH TIBA DI TRAVELOKA

17.11.16

PROMOSI CUTI HUJUNG TAHUN DAH TIBA DI TRAVELOKA | Assalamualaikum semua.. Pejam celik pejam celik rupanya dah masuk hujung tahun kan. Rasa macam baru semalam je melangkah masuk tahun 2016. Tapi bila dah tiba hujung tahun ni, kepala pun mula la fikir pasal pergi holiday je. Almaklum la, cuti tahunan banyak lagi ni. Nak ajak geng Projek Travel pi melancong la... kehkeh.. Tapi nak pi mana ekkk ?? hurmmm....

Promosi Cuti Hujung Tahun Dah Tiba Di Traveloka
Jom Travel

Kalau ikut hati, memang semua tempat nak pergi tapi kalau ikut budget, nampaknya aku kena la merancang nak pi mana kan. Kalau boleh nak pergi ke tempat yang belum pernah pergi lagi. Dalam Malaysia ni ada satu lagi negeri yang aku belum pernah jejakkan kaki iaitu negeri Sarawak. Kat Sarawak ni ada pelbagai kaum etnik jadi boleh la aku tengok pelbagai jenis kebudayaan kat sana. Selain tu kat Sarawak ni juga ada banyak lokasi-lokasi menarik untuk dilawati seperti Bako National Park, Perkampungan Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village), Muzium Sarawak, Jong's Crocodile Farm & Zoo dan banyak lagi... 

Promosi Cuti Hujung Tahun Dah Tiba Di Traveloka
kredit foto : http://www.malaysia.travel/
Itu lokasi pilihan untuk yang dalam negara. Kalau lokasi pilihan untuk luar negara pulak, aku teringin nak pi Singapura. Haa... dekat je kan Singapura tu tapi tu la, teringin nak jejak kaki kat Universal Studio Singapore (USS). Nampak cam best je, cam menarik je. Mesti banyak aktiviti bole buat kat sana dan yang paling penting nak ambil gambar banyak-banyak.. 

Promosi Cuti Hujung Tahun Dah Tiba Di Traveloka
Kredit foto : www.cuti.my

Wah.. dah pasang angan-angan kan nak ke mana cuti nanti. Tapi kalau sekadar pasang angan-angan je tak guna dekk.. nak start usha-usha promosi hujung tahun ni. Mana tau ada diskaun kan. Jimat sikit. So apa lagi, harus la aku terjah laman web favourite aku iaitu https://www.traveloka.com/en-my/. Kat laman web ni ada banyak promosi untuk seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura tambahan lagi sempena cuti hujung tahun. Ada lebih kurang 100 buah hotel tau. Memang juling la biji mata tengok promosi depa ni.. 

Promosi Cuti Hujung Tahun Dah Tiba Di Traveloka
Laman web Traveloka

Kalau nak mudah, Traveloka pun ada app untuk telefon tau. Traveloka Apps ni boleh boleh dimuat turun dari Google Play dan juga Apple Store. Bila guna Traveloka Apps ni lebih mudah untuk kita cari Hotel yang berkenan di hati walau di mana kita berada. Just tap tap kat handphone je. Lagipun ada banyak kelebihan kalau guna Traveloka Apps ni seperti :

1) Honest Price only! What you see = What you pay
Aku suka survey dan booked hotel kat Traveloka sebab ni la. Apa yang kita tengok masa survey, itulah amount yang kena bayar. Tak ada juga kos tersembunyi. Jadi takde la perasaan tertipu. hehe

2) Book, pay, and get your e-ticket/hotel voucher in less than 1 minute!
Kalau guna Traveloka Apps ni sangat mudah. Semudah ABC je. Contoh kalau jumpa hotel yang kita berkenan, just klik Book, pastu bayar dan terus dapat E-ticket. Tak payah nak tunggu confirmation ke hape. Lagipun kat mana-mana boleh buat transaction hatta kat kedai mamak.. ^_^

3) Smart Combo! Fly abroad, save up to 40%
Ha, yang ni best. Kalau book sekali dengan tiket flight boleh dapat penjimatan hingga 40%. Dah tak payah pening-pening nak buat dua kerja ( book hotel & book flight ). Kat Traveloka Apps boleh buat sekali harung.

4) No need to print e-ticket/hotel voucher anymore!
Biasa kalau kita book hotel, kita kena print kan bukti pembayaran or bukti booking kita. Tapi kalau guna Traveloka Apps ni dah tak payah susah-susah nak print dah. Just simpan je e-ticket yang kita dapat tu dalam handphone then tunjuk je masa kita nak check in nanti. Mudah kan.

Promosi Cuti Hujung Tahun Dah Tiba Di Traveloka
Traveloka Apps

Ha, mudah kan dengan Traveloka Apps ni. Aku dah install dah kat phone. Tengah dok usha-usha la ni. Hurmm.. nak pi Sarawak ke Singapore ? Ke pergi je dua-dua tempat ni. Cuti kan banyak lagi. hehe.. So, kalau korang ada planning juga sempena cuti hujung tahun ni, boleh la ajak family or kawan-kawan pergi holiday. Jangan lupa layari laman web https://www.traveloka.com/en-my/promotion untuk dapatkan info mengenai promosi sempena cuti hujung tahun 2016... Adios..



You Might Also Like

6 ♥ Surat Cinta ♥

  1. ramai yang dok rekomen traveloka ni. terbaik!

    ReplyDelete
  2. Macam rasa xberani pula nak book ikut 3rd party apps ni. Boleh percaya ke?

    ReplyDelete
  3. Belum try lagi Traveloka ni. Boleh try ar pasni . :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh... ada byk promosi kat traveloka

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe