SPONGEBOB'S CHRISTMAS LAGOON KINI DI SUNWAY LAGOON

30.11.16

SPONGEBOB'S CHRISTMAS LAGOON KINI DI SUNWAY LAGOON | Assalamualaikum semua.. Sape tak kenal dengan watak Spongebob SquarePants dan sahabatnya Patrick Star kan. Lucu sangat gelagat diorang dan selalu menambat hati penonton. Kini, sempena cuti sekolah, watak-watak dari Nickelodeon ni akan berada di Sunway Lagoon untuk keriangan musim cuti sekolah dan juga perayaan Hari Natal.

Spongebob's Christmas Lagoon Kini Di Sunway Lagoon
Spongebob's Christmas Lagoon Kini Di Sunway Lagoon

Setibanya di Sunway Lagoon, pengunjung akan disambut dengan dekorasi menarik seolah-olah berada di bawah paras laut. Siap ada buih-buih air lagi. Cantikkk... Pengunjung juga perlu menaiki Lagoon Express Train yang dihiasi dengan ornaments dan juga ada alunan muzik sempena perayaan untuk sampai ke Spongebob's Christmas Lagoon.

Spongebob's Christmas Lagoon Kini Di Sunway Lagoon
Lagoon Express Train

Bagi pengunjung yang datang ke Spongebob's Christmas Lagoon, korang berpeluang untuk berjumpa dan bergambar dengan Santa Claus dalam sessi Meet & Greet bersama beliau. Jangan lupa untuk nyatakan hajat korang sempena Krismas pada beliau ye. Mana tau hajat tu akan ditunaikan oleh Santa Claus... hehe

Berhampiran dengan tasik, terdapat sebatang pokok Krismas yang mempunyai ketinggian 20 kaki dan dihiasi dengan pelbagai jenis hidupan laut, batu karang, cengkerang, rumpai laut dan seekor tapak sulaiman di hujungnya.

Spongebob's Christmas Lagoon Kini Di Sunway Lagoon
pokok Krismas yang mempunyai ketinggian 20 kaki

Bagi kanak-kanak, terdapat pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di Santa's Workshop, Lagoona Terrace. Mereka boleh menunjukkan kreativiti  untuk membuat pokok krismas dari cawan kertas. Menarik kan... Lagi satu, jangan lupa untuk selfie sepanjang berada di SpongeBob's Christmas Lagoon. Nanti boleh post di laman sosial dan ajak kengkawan datang beramai-ramai ye..

Spongebob's Christmas Lagoon Kini Di Sunway Lagoon
Santa's Workshop, Lagoona Terrace

Selain tu, bagi yang ingin bermain Giant Bubbles, boleh la ke Bubble Jellyfish Field di Explorer's Campsite berhampiran Spongebob Splash Adventure. Kalau Giant Bubble ni, bukan kanak-kanak je yang suka, orang dewasa pun suka kan tambah-tambah lagi kalau dapat buat pelbagai jenis bentuk. Yang kanak-kanak seronok mengejar je... kannnn....

Sepanjang musim cuti sekolah dan ketibaan perayaan Hari Krismas ni, memang meriah di SpongeBob's Christmas Lagoon dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Mini Telematch. Ada juga pelbagai persembahan untuk tatapan para pengunjung seperti Mali Cove Dance Show dan Aloha Show.

Spongebob's Christmas Lagoon Kini Di Sunway Lagoon
persembahan untuk tatapan para pengunjung

"Since the launch of Nickelodeon Lost Lagoon earlier this year, we want to continually create memorable experiences for our guests by bringing the year-end celebration to Nickelodeon Lost Lagoon. Many of us know the main character highlight, who is SpongeBob SquarePants. This gave us plenty of creative room to instill diverse ideas to play with one of television's iconic characters. What better way than to bring the underwater celebration up to shore! We believe the year-end SpongeBob's Christmas Lagoon promises a good time for the whole family and even with friends!" said Mr Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon.

"2016 is a year where we have been very honoured to be crowned a number of awards from being the Top 5 Best Water Park in Asia by Tripadvisor's 2016 Travellers' Choice to the HR Asia Best Companies To Work For In Asia 2016 by HR Asia. We take these as motivation to move forward and bring a better experience to all our park-goers", tambah Mr Sean Choo lagi.

Spongebob's Christmas Lagoon Kini Di Sunway Lagoon
Mr Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon

Bagi menambah lagi keriangan menanti ketibaan perayaan Krismas, turut diadakan Christmas Carolling untuk menyambut kedatangan pengunjung di Pintu Masuk Sunway Lagoon pada 10 pagi dari 19 Disember hingga 25 Disember 2016

Bagi pengunjung pula, korang berpeluang untuk memenangi hadiah berupa percutian 3 Hari 2 Malam di Sunway Pyramid Hotel Family Suite dan 4 tiket masuk bernilai RM3,700 dengan menyertai 'Christmas Challenge'. Sila rujuk 'Christmas Challenge Map' di beberapa tempat seperti di pintu utama Nickelodeon Store, Surf Beach, dan Zulu Walk untuk menyelesaikan tugasan serta mengisi butiran yang diperlukan bersama slogan yang tidak melebihi 20 patah perkataan. Hantar borang jawapan di Lagoona Terrace dalam Nickelodeon Lost Lagoon. Best tu kalau menang..

Spongebob's Christmas Lagoon Kini Di Sunway Lagoon
Keriangan di Sunway Lagoon sempena cuti sekolah

So, bagi yang ingin datang ke Sunway Lagoon, berikut adalah butiran bagi harga dan juga waktu operasi untuk memasuki Sunway Lagoon yang mempunyai pelbagai tarikan melebihi 90 permainan dalam 6 taman tema.

Spongebob's Christmas Lagoon Kini Di Sunway Lagoon
Jom ke Sunway Lagoon

Harga tiket :
RM150 (dewasa)
RM120 (kanak-kanak bawah 11 thn)

Waktu Operasi :
10 pagi - 6 petang
Setiap hari

maklumat lanjut sila rujuk :
+603-5639 0000



You Might Also Like

1 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe