KOLEKSI BARU FAIQAH'S COLLECTION KOLABORASI DENGAN JEDAN COLLECTION

7.12.16

KOLEKSI BARU FAIQAH'S COLLECTION KOLABORASI DENGAN JEDAN COLLECTION | Assalamualaikum semua.. Masihkah korang ingat lagi entri aku pasal pilihan pakaian muslimah dari butik Faiqah's Collection ?? Kalau tak ingat, korang boleh rujuk kat link ni ➨ http://lynk.my/T6hM. Memang masa tu dah admire dengan koleksi baju dan jubah dari butik mereka yang terletak di Saujana Utama Sungai Buloh dan juga di Manjung Perak. 

Koleksi Baru Faiqah's Collection Kolaborasi Dengan Jedan Collection
Koleksi Baru Faiqah's Collection Kolaborasi Dengan Jedan Collection

Terbaru, Faiqah's Collection telah mengeluarkan beberapa lagi koleksi dan kali ni mereka berkolaborasi bersama Jedan Collection. Aku sendiri pergi tengok Fashion show sempena pelancaran mereka. Memang merecik tengok koleksi terbaru mereka. Majlis pelancaran yang diadakan di Butik Jedan Collection ni juga turut dihadiri oleh  Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Koleksi Baru Faiqah's Collection Kolaborasi Dengan Jedan Collection
Ucapan dari Pn Mazlin Muhammad - Pemilik Faiqah's Collection

Koleksi Baru Faiqah's Collection Kolaborasi Dengan Jedan Collection
Ucapan dari En Shahidan Hashim - Pemilik Jedan Collection
Koleksi Baru Faiqah's Collection Kolaborasi Dengan Jedan Collection
Ucapan dari Datuk Dr Mashitah Ibrahim


Wow, tak sangka Faiqah's Collection telah melangkah setapak lagi melalui usahasama bersama Jedan Collection yang memang telah lama bertapak dalam industri fesyen busana muslimah. Tahniah FAIQAH'S COLLECTION.. Rupanya Pn Mazlin ni sahabat lama Jedan atau nama sebenarnya Shahidan Hashim. Semoga kerjasama mereka bersama ni dapat memantapkan lagi persada dunia fesyen dan paduan mereka dapat memberikan lebih banyak idea serta produk yang berkualiti. So, boleh la kita shopping lagi.. hehe...

Koleksi Baru Faiqah's Collection Kolaborasi Dengan Jedan Collection
Team Faiqah's Collection

Fashion Show Majlis Pelancaran Shawl By Jedan Serta Kolaborasi Bersama Faiqah's Collection


Berbalik kepada fashion show tadi, kolaborasi kedua pihak ini telah ditonjolkan melalui gabungan shawl dan busana muslimah. Hasilnya memang meletops, rekaannya terkini, ringkas tetapi tetap nampak elegan. Sangat sesuai digayakan untuk majlis formal, semi formal mahupun kasual.. Rambang mata kita yang tengok ni tau.

Koleksi Baru Faiqah's Collection Kolaborasi Dengan Jedan Collection
Fesyen Show Gabungan Faiqah's Collection Dan Jedan Collection

Antara banyak-banyak busana yang dipamerkan masa fashion show tu, ada beberapa pasang yang menarik perhatian aku especially yang long cardigan tu... Geram nyerrrr tengok cardigan tu... Cantikkk weiii dengan corak floral pastu kaler dia pun soft je... 😍😍. Dengar kata long cardigan ni adalah yang terbaru dari Faiqah's Collection

Koleksi Baru Faiqah's Collection Kolaborasi Dengan Jedan Collection
Long Cardigan dari Faiqah's Collecttion yang cantik


Koleksi Shawl Terbaru Dari Faiqah's Collection


Korang dah tengok Instagram Faiqah's Collection?? Kalau belum, sila lah terjah sekarang [klik @faiqahcollection] sebabnya mereka dah keluarkan koleksi terbaru shawl mereka yang diberi nama Miqaila. Serius cantik shawl Miqaila ni 😚😚. Hari tu masa fashion show dah tengok dah koleksi shawl ni. Memang cantik corak dia, jenis kain pun berkualiti. Rugi la kalau tak beli... huhu

Koleksi Baru Faiqah's Collection Kolaborasi Dengan Jedan Collection
Koleksi shawl Miqaila dari Faiqah's Collection di Instagram @faiqahcollection

Koleksi Baru Faiqah's Collection Kolaborasi Dengan Jedan Collection
Koleksi shawl Miqaila dari Faiqah's Collection di Butik Jedan

Koleksi Baru Faiqah's Collection Kolaborasi Dengan Jedan Collection
Cantikkan shawl Miqaila ni

Kesimpulannya memang puas hati la tengok koleksi terbaru gabungan kolaborasi dari Faiqah's Collection dengan Jedan Collection ni. Semoga gabungan ni akan terus menghasilkan produk yang berdaya saing, berkualiti serta mampu dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kalau ada yang berkenan dengan koleksi-koleksi mereka, boleh la datang ke :

Faiqah's Collection
No.23, Jalan Bidara 8, Taman Saujana 3,
Saujana Utama, Sungai Buloh
Telefon:
Saujana Utama (HQ) : 019-552 8704

atau

Butik Jedan Collection
Tingkat 3,
SACC Mall,
Shah Alam
Tel : 03- 5510 6691




You Might Also Like

8 ♥ Surat Cinta ♥

  1. cantikkan yang tu dik bee..agak2 ada tak size besar hihi..ala suka sangatttt tau!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. boleh approch.. sebab kedai dia jauh la.. huhu

      Delete
  3. alaaaaaa...shawl dia semua cantikkkkk!

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe