MENCABAR DIRI DI BREAKOUT NU SENTRAL

2.12.16

MENCABAR DIRI DI BREAKOUT NU SENTRAL | Assalamualaikum semua... Yeahh, hujung minggu tiba lagi. Tambahan pulak cuti sekolah dah bermula. Yippieee... Korang ke mana weekend ni? dah ada planning ? Ha, kalau belum, apa kata korang ajak kengkawan atau satu family mencabar diri di Breakout. Setakat ni ada 2  cawangan iaitu di Nu Sentral dan Avenue K dan kami pilih untuk mencuba yang di cawangan Nu Sentral. Breakout memang sesuai untuk orang yang sukakan permainan yang menguji minda sebab perlu selesaikan semua clue atau task, baru boleh keluar. Best tau. 

Mencabar Diri Di Breakout Nu Sentral
Mencabar Diri Di Breakout Nu Sentral

Bagi yang tak tahu pasal Breakout ni, ia merupakan satu tempat yang mempunyai pelbagai bilik cabaran. Setiap bilik mempunyai tema masing-masing. Dalam bilik tu pulak ada beberapa task atau puzzle yang perlu diselesaikan untuk membawa kita ke jalan keluar. Ha, time ni la nak uji minda kita sama ada boleh ke tidak nak selesaikan semua puzzle tu. Untuk Breakout di Nu Sentral setakat ni ada 7 bilik untuk korang cuba iaitu  :

  • The War for Rembrandt
  • Dreadnaught
  • The Testament of Tesla
  • Materia Medica
  • Terraform
  • The Secret of Hocus
  • Perpetual [NEW]

Mencabar Diri Di Breakout Nu Sentral
7 pilihan bilik cabaran

Kami memilih untuk mencuba bilik The Testament of Tesla dan bilik baru iaitu Perpetual. 

Mencabar Diri Di Breakout Nu Sentral
bilik The Testament of Tesla

Mencabar Diri Di Breakout Nu Sentral
bilik Perpetual

Memandangkan kami semua 10 orang so kami pecah kepada 2 kumpulan. Aku dapat satu kumpulan dengan Fauzi Aryaan, Uncle Zuan, Penaberkala dan Amir Nawawi. Untuk menyelesaikan misi, kami akan memegang satu watak setiap orang. Berikut adalah watak yang ada dan perlu dipilih sebelum memasuki bilik di Breakout. Setiap watak mempunyai kuasa masing-masing :

Mencabar Diri Di Breakout Nu Sentral
Watak untuk pemain breakout

Timebender [Dikbee] - Watak timebender akan diberi jam untuk menjaga masa selama 45 minit. Kuasa imuniti timebender ni, kalau dalam masa 45 minit dah nak habis, dia boleh serahkan jam tu untuk claim masa tambahan selama 5 minit.

Assassin [Fauzi Aryaan] - Watak assassin ni boleh mengorbankan ahli kumpulan untuk memperolehi jawapan bagi task/puzzle yang tak dapat diselesaikan. Ahli kumpulan yang dipilih perlu digari di pintu masuk selama 8 minit.

Lightbringer [Uncle Zuan] - Watak lightbringer akan diberi lampu suluh (torchlight) untuk digunakan di dalam bilik kerana ada bahagian-bahagian dalam bilik yang gelap. Tapi ada juga bilik yang terang, so boleh la tukarkan torchlight tu dengan klu nanti.

Lockmaster [Amir Nawawi] - Watak Lockmaster ni akan mendapat satu jawapan kepada salah satu puzzle yang ada dalam bilik. Jika ternampak tanda lockmaster, kat situ la jawapan tu boleh digunakan.

Oracle [Penaberkala] - Watak Oracle ni boleh dikatakan watak utama kerana dialah yang perlu menghafal klu-klu yang diberikan sebelum memasuki bilik. Tempoh masa 2 minit diberi dan 10 gambar perlu dihafal. Jadi disarankan pilihlah rakan korang yang mempunyai ingatan yang kuat untuk menjadi watak Oracle ni.

Selain dari 5 watak di atas, ada lagi 3 watak yang ada iaitu Scholar, Healer dan The Gemini. So total watak ada 8 semuanya. Jadi kalau korang datang berlapan. cukup la dapat semua watak.

Mencabar Diri Di Breakout Nu Sentral
Kumpulan kami

Bila dah pilih watak masing-masing, kami diberi penerangan mengenai pantang larang semasa berada di dalam bilik untuk keselamatan. Oh ya, telefon bimbit dan kamera tak dibenarkan dibawa ke dalam bilik cabaran ye. segala jenis beg pun perlu ditinggalkan di loker yang disediakan. Ye la, kang kantoi la segala task dan puzzle yang ada kat dalam tu. Tak syiok la kan. 

Apa yang boleh aku katakan, soalan dia agak susah. Kami semua tak dapat menyelesaikan semua puzzle tu dan terperangkap.. haha.. tapi jangan risau, just enjoy the game dan yang penting semangat teamwork perlu ada untuk menyelesaikan semua task. 

Mencabar Diri Di Breakout Nu Sentral
Seronok bersama kawan-kawan di Breakout

So, kalau korang tak ada apa-apa aktivi nak buat weekend ni, moh la ajak kengkawan mencabar diri ke Breakout sama ada di Nu Sentral atau pun Avenue K. Boleh juga buat tempahan dulu melalui laman web : 

Harga Breakout  rujuk sini:

ROOM ESCAPE PRICE


Website:

Instagram:
@BreakoutMy
#BreakoutMY
#AStoryPlayedByYou




You Might Also Like

4 ♥ Surat Cinta ♥

  1. waah.. macam best je..
    baru ek mende ni?
    sebelum ni oergi tak jumpa pulak.

    eh. ke huda yang dah lama tak pergi Nu Sentral. hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. nampak exciting. kena try nanti ni! :D

    ReplyDelete
  3. Best Breakout ni! Claudy ada try pergi kat Nu Sentral dengan kawan2. sangat menguji minda. kitaorg pun terperangkap, and selalu je minta klu haha

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe