MAKE UP CANTIK DARI MUA FATIN

24.2.17

MAKE UP CANTIK DARI MUA FATIN | Assalamualaikum semua... huwaa still tak boleh move on bila tengok balik gambar-gambar photoshoot profile blogger 2017 masa kat Kaio Studio aritu. Mana tak nya, aku ni jenis yang jarang-jarang make up. Pulak tu pakai cermin mata je hari-hari ala budak nerd dah. Tapi bila kena make dengan MUA yang bernama Fatin ni.. wow... tertaste pulak dengan muka sendiri. Tu yang terus buat profile picture.. hehe

Make Up Cantik Dari MUA Fatin
Make Up Cantik Dari MUA Fatin

Sebenarnya ni kali ketiga aku jumpa dengan MUA Fatin ni. Kali pertama dan kedua tu masa photoshoot gak tapi dia make up kan orang lain. Masa tu aku cuma jadi assistant photographer aje. Tapi tak sangka kali ketiga ni kami berjodoh dan aku pulak menadah muka untuk sentuhan tangan dari Fatin. Dia pun terkejut sebab selalu jumpa pakai spek tapi aritu pakai contact lens. Tak cam katanya.

Make Up Cantik Dari MUA Fatin
Make up untuk Photoshoot Profile Bersama Blogger 2017

Make Up Cantik Dari MUA Fatin
Part kening paling mencabar

Mula-mula tu risau juga nak tengok hasilnya, maklum la muka x pernah makeup sangat. Kalau ada pun sekali dua je. Tu pun make up simple untuk Majlis makan malam. Kiranya untuk photoshoot ni first time la. Sebelum hari kejadian ada juga Fatin tanya nak konsep apa tapi aku ni mana la reti nak konsep apa so, tunjuk je baju yang dipakai nanti. Lepas dia tengok, terus dia suggest konsep pinkish ala-ala barbie doll. aku terus on je, serahkan pada yang pakar kan. So, pagi kejadian tu, lepas lebih kurang sejam make up (banyak kena ejas kot, tu yang lama esp tang kening tu) akhirnya... tada... memang make over abes muka aku. 


Make Up Cantik Dari MUA Fatin
Dah Siap make up.. Cantik tak??

Make Up Cantik Dari MUA Fatin
Siyes, cantik giler MUA Fatin make up kan


Cantik tak???? Ramai yang puji cantik. Apa pun tengkiu sesangat kat MUA aku aritu iaitu Fatin. Hebat betul sentuhan tangan dia yang dapat make over muka aku ni. So, sape sape nak dapatkan servis MUA tak kira untuk event ke, photoshoot ke, dinner ke, tunang ke, nikah ke, sanding ke, boleh contact Fatin. Tapi sebelum  tu jom usha antara hasil-hasil sentuhan Fatin di laman sosial beliau .

Make Up Cantik Dari MUA Fatin

Make Up Cantik Dari MUA Fatin

Make Up Cantik Dari MUA Fatin

Facebook :

Instagram :



You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info SEO Reports for dikbee.com
free web site traffic and promotion

Subscribe