#GETACTIVE DENGAN WATSONS VIP CARD

7.4.17

#GETACTIVE DENGAN WATSONS VIP CARD | Assalamualaikum semua.. Semalam aku berkesempatan pergi ke Majlis Pelancaran #GETACTIVE anjuran Watsons Malaysia sempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia. Walaupun aku ni bukan la jenis yang suka bersenam tapi sape yang tak nak sihat oii... iye tak. So, bagus juga inisiatif pihak Watsons Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat. 

#GETACTIVE Dengan Watsons VIP Card
#GETACTIVE Dengan Watsons VIP Card

Dalam majlis ni, pihak Watsons Malaysia juga turut memperkenalkan duta #GETACTIVE yang terdiri dari 4 orang selebriti dan ahli sukan iaitu :

😍 Ann Osman - Atlet Wanita MMA Fighter yang pertama
😍 Lenna Lim - Pelakon dan Cyclist
😍 Kit Mah - Jurulatih Kecergasan
😍 Mark O'dea - Model dan Pengulas Sukan

Yang bestnya, Duta #GETACTIVE Watsons Malaysia ni turut berkongsi tips kesihatan peribadi mereka termasuk diet dan senaman, dan juga aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan untuk memastikan tubuh mereka kekal aktif dan cergas. Meh aku nak share apa pandangan mereka dan juga orang kuat Watsons mengenai #GETACTIVE untuk Watsons VIP Card :

#GETACTIVE Dengan Watsons VIP Card
Caryn Loh dan Danny Hoh bersama Duta #GETACTIVE

"Watsons Malaysia sekali lagi melangkah kaki ke hadapan dengan kempen kesihatan ini. Dengan sokongan daripada rakan niaga utama dan melalui program kesetiaan yang menyeluruh dengan pelanggan kami, kami berharap kempen ini akan menyuntik hidup yang sihat di dalam diri setiap rakyat,"
- Caryn Loh, Pengurus Besar dan Ketua Watsons Malaysia -

"Kami memanfaatkan kempen #GETACTIVE dengan Rakan Selebriti Watsons  yang sesuai dengan  karier dan ideal untuk mewakili kempen dalam bidang masing-masing. Dan kami berharap melalui pengaruh dan kehidupan mereka, rakyat Malaysia secara umumnya juga dapat mengikut langkah dan mengambil inspirasi bersama untuk #GETACTIVE dengan Watsons, "
- Danny Hoh, Pengarah Pelanggan, Watsons Malaysia -

#GETACTIVE Dengan Watsons VIP Card
Lenna Lim, Pelakon

"Dengan jadual saya yang ketat sebagai pelakon, saya sentiasa membuat ia satu titik untuk menghabiskan masa saya untuk bersenam. Hobi saya ialah berbasikal dan saya kerap melakukannya setiap minggu, dan ini adalah cara yang terbaik untuk saya mengekalkan kecergasan saya dan pada masa yang sama juga saya dapat menenangkan fikiran dan  lebih relax"
- Lenna Lim, Pelakon -

#GETACTIVE Dengan Watsons VIP Card
Ann Osman, Wanita Pertama Untuk Pro MMA Fighter

"Dalam sukan ini yang kebanyakannya dikenali untuk menjadi agresif, ia adalah motivasi bagi saya untuk pergi satu langkah ke hadapan dengan bekerja keras dan lebih berdedikasi. Sebaik-baiknya ia adalah disiplin yang anda perlukan untuk menjalani gaya hidup yang sihat dengan makanan yang seimbang dan senaman."
- Ann Osman, Wanita Pertama Untuk Pro MMA Fighter -

#GETACTIVE Dengan Watsons VIP Card
Kit Mah, Jurulatih Kecergasan

"Tiada sebarang alasan apabila ia melibatkan untuk menjalani dan mempunyai diet yang sihat kerana tubuh anda memerlukan perhatian dari diri sendiri. Oleh itu, kita perlu meluangkan masa untuk bersenam dan tidak memberi alasan ketika memperuntukkan masa untuk diet yang sihat dan baik."
 - Kit Mah, Jurulatih Kecergasan -

#GETACTIVE Dengan Watsons VIP Card
Cabaran Fitness

Ha, lepas habis je majlis tu terus kami buat aktiviti bersenam. Masing-masing bersemangat nak melakukan cabaran Fitness yang sediakan seperti punching, lunges, pumping, squad dan paling best mengayuh basikal demi secara air tembikai. Gigih mengayuh laju-laju untuk menggerakkan blender air tu... haaa... baru la sihat kan.. Kami dibahagi kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan akan ada seorang Duta #getactive untuk menjadi memangkin kumpulan. Akhirnya kumpulan Light Green memenangi cabaran. Tahniah team Light Green.

#GETACTIVE Dengan Watsons VIP Card
team Light Green

Sape ada Watsons VIP Card ni angkat tangan !!.. Ape ?? belum ada?? huhu sama la kita sebab aku pun tahu pasal kad ni semalam. Tapi don't worry, masih belum terlambat untuk dapatkan kad ni. Jom pergi ke cawangan Watsons yang berhampiran dan daftar sebagai keahlian. Setiap keahlian baru akan dapat Voucher Watsons sehingga RM300 dan bila keahlian diaktifkan, 500 VIP point akan dimasukkan dalam kad korang. Lepas tu boleh la kita redeem pelbagai jenis rewards untuk Health Club, Dining, Travel, Beauty dan macam-macam lagi. Perghh.. berbaloi-baloi tau. Selain tu, ada 8 kelebihan utama untuk Watsons VIP Card ni iaitu :

#GETACTIVE Dengan Watsons VIP Card
Watsons VIP Card

😍 Keahlian untuk seumur hidup
😍 Pelbagai tawaran istimewa #watsonsrewards di lebih 1,000 cawangan rakan niaga
😍 Dapat 1 mata ganjaran bagi setiap pembelian RM1 di Watsons
😍 Boleh tebus mata ganjaran untuk pembelian, 200 points bersamaan RM1
😍 2 kali ganda mata ganjaran bagi setiap produk Watsons
😍 5 kali ganda mata ganjaran untuk bulan kelahiran
😍 5 kali ganda mata ganjaran apabila bayar menggunakan Watsons VIP Card
😍 Diskaun istimewa untuk produk kesihatan yang terpilih

Antara rakan niaga yang bekerjasama dengan Watsons untuk ganjaran Watsons VIP Card adalah :

#GETACTIVE Dengan Watsons VIP Card
Rakan niaga yang bekerjasama dengan Watsons

Amazin' Grace
Ash Be Nimble
Ballop
Bella
Blissful Presence
Cat & The Fiddle
Celebrity Fitness
Clari Sound
Dah Makan
Double Tree By 
Hilton
Makan Kitchen
Dubu Yo
Emirates
Eu Yan Sang
Fave
Fitness Concept
Great Southern
Happy Fun Asia
Hei Sushi
Hutchgo.com
Kenny Rogers
La Juiceria
LifeCare
Marie France
Bodyline
mh Hotels
Men's Skin 
Centres
Mah Sing
Lost World Of 
Tambun
Ogawa
Pancake House
Pappa Delivery
Peak Fitness
PINK by Pure
Beauty
Pure Beauty
Sakae Sushi
Sepiring
Spine & Joint
St Dental
Sunway Lagoon
Takasima
The Chicken Rice
Thermos
Zun Kitchenette
Zun Express


So, apa tunggu lagi. Jom apply Watsons VIP Card ni sekarang untuk menikmati lebih banyak ganjaran di samping kita menjaga kesihatan untuk kekal sihat dan cergas. yihaaaa... untuk maklumat lanjut boleh layari :





You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe