KEMERIAHAN KONSERT JOM TONTON MEMUKAU PENGUNJUNG

25.4.17

KEMERIAHAN KONSERT JOM TONTON MEMUKAU PENGUNJUNG | Assalamualaikum semua.. Sape pergi ke Konsert Jom Tonton hari Sabtu lepas yang bertempat di ruang Piazza, The Curve, Mutiara Damansara ?? Ha, sape tak pergi memang rugi, best dan sangat happening. Bayangkan dah la ada ramai artis popular, lepas tu ada konsert PERCUMA pulak tu. So, harus la meriah kan. Ada macam-macam aktiviti menarik kat sini seperti street bazaar, sesi ramah mesra bersama selebriti popular dan juga persembahan artis popular. Konsert jom tonton ini diadakan bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Konsert Jom Tonton

Masa aku sampai aritu, kebetulan Dato Seri Vida (DSV) tengah berada di atas pentas. Patut la dari jauh dengar meriah je. Mana tak nya, semua terhibur dengan gelagat DSV yang memang terkenal dengan celotehnya. That's why Dato Seri Vida (DSV) dilantik sebagai 'Queen Of Tonton'. Masa ni depan pentas dah penuh dah sebab masing-masing tak sabar nak tengok Duta Wajah Tonton iaitu Ayda Jebat, Redza Rosli, dan Thomas Jack. Sape tak kenal dengan si kenit Ayda Jebat ni kan. Seorang gadis lincah dan sentiasa energetic bila menyampaikan lagu-lagunya. Di mana ada Ayda Jebat, di situ ada Redza Rosli.. ehh.. jangan maciam maciam hokey.. Redza Rosli pun salah seorang Faces Of Tonton juga. So, harus la kena ada juga kan. Manakala Thomas Jack pula mewakili TontonChinese. Untuk kanak-kanak pula, semua teruja dengan kemunculan Ejen Ali dan Boboiboy

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Meriah depan pentas

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Keletah 'Queen Of Tonton' dan 'Faces Of Tonton' bila bertemu

Petang tu, Ayda Jebat menyampaikan 2 buah lagunya yang popular iaitu Pencuri hati dan juga Nakal Nakal Nakal. Tudia, lincah betul dia menari. No wonder la dia ada peminat yang fanatik sebab memang dia seorang entertainer. Selain Ayda Jebat, ada beberapa lagi artis yang membuat persembahan seperti Jin, Rueben dan JinnyBoyTV, Wany Hasrita, dan beberapa selebriti Cina seperti Dr. Soo Winci, Orange Tan dan Jieying Tha. Turut hadir pada petang tu pelakon Coby Chong, Evan Siau, Shawn Wai, Sherlyn Seo, Ivan Low, Joyce Harn, Josiah Lim dan Lim Jian.

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Persembahan Energetik dari Ayda Jebat

Sementara tunggu kemuncak Konsert Jom Tonton yang bermula pukul 8 malam, ada banyak bazaar jualan di sepanjang laluan antara The Curve dengan eCurve. Terdapat banyak booth-booth yang menjual baju, tudung, aksesori wanita, termasuk juga makanan termasuk booth Roopawan. Korang tau tak Roopawan tu ape? tak tau ? sila Klik SINI. Selain tu ada juga booth Tonton. Sape daftar sebagai ahli Tonton VIP haritu untung la sebab ada promosi.

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Barisan Booth

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Booth dibuka hingga malam

Tepat pukul 8 malam, acara kemuncak iaitu Konsert Jom Tonton pun bermula. Konsert ini menampilkan barisan artis popular antaranya Ning Baizura, Kaka Azraff, Sufian Suhaimi, Juzzthin & Aboz, Alvin Chong, Waris, Ara Johari, Azlan & The Typewriter dan Bunkface. Seriusly memang best artis-artis ni buat persembahan. Semua penonton tidak berganjak hingga ke persembahan terakhir dek kerana terpukau dengan persembahan diorang. Seronok tengok gelagat peminat setia kepada artis-srtis yang terlibat memberikan support dan sangat sporting. Meriah tau.

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Kaka Azraff

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Sufian Suhaimi

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Waris

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Alvin Chong

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Juzzthin

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Juzzthin & Waris

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Ara Johari

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Azlan & The Typewriter

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Ning Baizura

Kemeriahan Konsert Jom Tonton Memukau Pengunjung
Bunkface


Wow, memang meletop la persembahan konsert malam tu terutama persembahan penutup dari kumpulan Bunkface. Memang Konsert Jom Tonton mampu memukau semua pengunjung yang hadir sampai ramai yang menunggu ke saat akhir. Tak puas rasanya. So, dengan tamatnya konsert malam tu maka berakhirlah sambutan Ulang Tahun Tonton yang pertama. Tahniah Tonton.. Tak sangka walaupun baru setahun tapi telah mencapai tahap yang memberangsangkan. Bayangkan dalam tempoh setahun ni sahaja Tonton telah mencapai lebih dari 5.6juta pengguna dan masih berkembang pesat dengan penambahan 22,000 ahli baru setiap minggu. Bagi yang belum mendaftar sebagai pelanggan Tonton VIP, sekarang ada pakej untuk korang. Pelan langganan VIP bermula dari RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kat bawah ni

Website : 

Facebook: 

Twitter:  

Instagram: 
#tontonMY 
#tontonMacamVIP
#KonsertJomTonton



You Might Also Like

1 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe