KFC VALUE TREATS JIMAT SERENDAH RM3.90

KFC VALUE TREATS JIMAT SERENDAH RM3.90 |  Assalamualaikum semua.. Yuhuuu, ada penggemar KFC tak kat sini? Ha, nak tau tak yang korang boleh menikmati pelbagai pilihan rasa hebat KFC pada harga yang berbaloi dengan hanya memilih set KFC Value Treats yang terbaru, Lagi best, harganya bermula serendah RM3.90 je wakkk... Tak caya? Ini bukan gurauan ye. KFC Value Treats memang jimat, sedap dan menyelerakan.

KFC Value Treats Jimat Serendah RM3.90
KFC Value Treats Jimat Serendah RM3.90

Dok cite sedap dan murah ni, mesti korang nak tau apa yang ada dalam set KFC Value Treats ni kan. Okay, set KFC Value Treats ni menampilkan seleksi yang menyelerakan yang merangkumi hidangan ringan hinggalah hidangan berat. Bagi hidangan ringan, pelanggan boleh mencuba Zinger Slider bersama sos 'Island" terbaru, Salsa Roller mahupun Zinger Mushroom Soup yang enak dan mengenyangkan. Bagi korang yang inginkan sesuatu yang berat pula, korang boleh pilih Shoyuken Rice Bowl yang diinspirasikan dari hidangan Jepun atau Loaded Potato Bowl yang menjadi kegemaran ramai.


KFC Value Treats Jimat Serendah RM3.90
KFC Value Treats

"Value Treats telah mendapat sambutan hangat dari penggemar KFC! Rangkaian ini menawarkan pelbagai rasa enak terbaharu bersama lebih pilihan iaitu di dalam bentuk burger, wrap atau bowl. Ianya memenuhi keperluan mereka yang inginkan sesuatu yang mudah dan menepati selera tanpa berbelanja lebih. Ini la hidangan yang benar-benar berbaloi," 
Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC Malaysia -

KFC Value Treats Jimat Serendah RM3.90
KFC Value Treats Fan Party 2017

Baru-baru ni aku turut menghadiri sebuah Majlis Exclusive KFC Value Treats Fan Party 2017 yang telah diadakan untuk peminat bertuah, blogger dan rakan-rakan KFC di KFC Pavilion Elite untuk merasai sendiri pengalaman istimewa dengan 'Vaue Treats' di mana kitaorang berpeluang meneliti sambil menikmati setiap menu istimewa dalam Value Treats.  


KFC Value Treats Jimat Serendah RM3.90
Aizat Amdan

KFC Value Treats Jimat Serendah RM3.90
Aizat mengiburkan pengunjung

Dalam majlis tu ada artis tau iaitu Aizat Amdan yang sempat menyanyikan 3 buah lagu khas untuk semua tetamu yang hadir termasuk lagu terbarunya yang bertajuk 'senyum'. Semua tetamu terpegun dan khusyuk mendengar nyanyian dari Aizat. Selain tu, ada juga pertandingan antara kumpulan dan juga pertandingan melukis Set KFC Value Treats. Tahniah kepada semua yang menang.

KFC Value Treats Jimat Serendah RM3.90
Pertandingan melukis KFC Value Treats

KFC Value Treats Jimat Serendah RM3.90
Pertandingan mencipta replika KFC Value Treats

KFC Value Treats Jimat Serendah RM3.90
KFC Value Treats Fan Party 2017 meriah

Bagi korang yang ingin merasai keenakan KFC Value Teats dengan harga jimat serendah RM3.90, boleh la ke semua restoran KFC seluruh Malaysia dan pasti sekali rasa nak lagi!!.. Untuk maklumat lanjut boleh layari :



Post a Comment

1 Comments