ADA APA DI V E HOTEL & RESIDENCE BANGSAR SOUTH

19.5.17

ADA APA DI V E HOTEL & RESIDENCE BANGSAR SOUTH | Assalamualaikum semua... Amacam, dahsyat tak tajuk? Dah macam ala-ala Filem Ada Apa Dengan Cinta la pulak kan. Tapi nni versi aku. Lokasi bukan di Yogjakarta, Indonesia tapi di V E Hotel & Residence, Bangsar South Kuala Lumpur. Best ke tak? Harus la best weii sebab hotel ni dah la baru, cantik pulak tu. Nak datang ke sini pun senang sebab tak jauh dari stesen LRT Kerinchi

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South

Macam biasa la, kalau bab stay hotel ni mesti la dengan geng Projek Travel. Tapi kali ni, selain dari bercuti, kami ada misi untuk membuat Surprise Birthday Party untuk salah seorang admin Projek Travel dan juga Sahabat PT iaitu Penaberkala dan Yazid Izzat. Jadi kami memilih untuk menginap di V E Hotel & Residence..

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
 Surprise Birthday Party

Kat V E Hotel & Residence ni ada 2 bahagian, satu hotel dan satu lagi unit residence. Kami pilih yang residence sebab unitnya sama seperti rumah dan ada banyak kemudahan di dalam nya. Untuk lelaki kami pilih unit yang mempunyai 2 bilik yang terletak di Level 22 manakala untuk perempuan unit yang mempunyai 1 bilik yang terletak di Level 29.

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Lobby V E Hotel & Residence

So, kalau bab-bab menginap hotel ni, dah tentu la aku dengan partner pillow talk aku, tak lain tak bukan Mek Cakk @ Mekonie. Sebabnya dalam team PT ni 2 aje bunga yang available. Tah bila nak bertambah bunga ni pun tak tahu la... hehe. Tapi seronok jugak bila berdua, senang nak membawang.. eh.. haha.. Dah-dah, jangan nak mengarut. Jom tengok kemudahan dalam unit kami.

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
My pillow talk partner Mekonie

Ruang Tamu - Bila bukak aje pintu, terus nampak ruang tamunya yang luas. Kat ruang tamu ni ada disediakan perabut sofa dan TV. Beberapa channel TV juga disediakan termasuk Channel Movie. So, xde la bosan sangat kan. Malam tu kami siap layan cerita hantu tau.. hehe

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Ruang tamu

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Santai di ruang tamu

Ruang Dapur - Kat bahagian tepi pintu pula ada dapur yang comel lengkap dengan kitchen cabinet dan juga peralatan elektrik seperti peti ais dua pintu, microwave, mesin basuh dan pengering, serta dapur. Pinggan mangkuk dan periuk pun ada sekali. Jadi, mudah la nak masak kan. Sesuai sangat untuk yang datang bersama family. Jimat boleh masak. Meja makan pun ada tp saiz comel je la.

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Ruang Dapur

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Walaupun ruang dapur kecil tapi selesa

Bilik Tidur - Unit yang kami dapat ni ada 1 je bilik tapi ok la sebab kami kan berdua aje. Yang unit uuk lelaki ada dua bilik tidur. So, nanti terpulang la korang nak pilih yang mana. Harga? of course la berbeza kan. Bilik ni attached dengan wardrobe dan juga bilik air. Dalam bilik pun ada TV juga. So, tak perlu berebut dengan TV kat luar ye.

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Bilik Tidur dengan katil yang selesa dan empuk

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Acah-acah kemas padahal tak sabar nak landing.. miahaha

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Dalam bilik tidur pun ada TV tau

Bilik Air - Kalau korang nak tau, bilik air ni sangat luas okey.. Dengan berkonsepkan moden, memang selesa la nak buat sebarang aktiviti personal dalam ni. Aktiviti ape yang aku maksudkan pepaham sendiri la ekk.. tapi memang suka giler bilik air ni. Walaupun takde bathtub tapi pancuran air dia best. Rasa macam mandi hujan tau.

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Bilik air yang selesa

Kemudahan Wifi - Tak lengkap kalau ke mana-mana tapi tak ada kemudahan internet kan. Penting woo internet ni. But dont worry. Internet kat dalam bilik laju weiiii.. Memang mudah buat kerja kat sini especially untuk aku yang bergelar VJ VOOV ni. Tak lag langsung. Puas hati dengan kelajuan internet kat sini.

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
V E Hotel & Residence

Tu cerita bab dalam unit kami je. Sebenarnya bangunan V E Hotel & Residence mempunyai 337 bilik hotel & 95 buah kediaman diservis. Manakala untuk kemudahan lain pula, harus la ada juga. Berikut senarai kemudahan yang ada di dalam bangunan V E Hotel & Residence untuk kegunaan pelanggan yang menginap di sini :

😍 24 Jam gimnasium, sauna & bilik persalinan
😍 Concierge 24-jam
😍 Sarapan pagi percuma di The Straits Estate
😍 Akses WiFi percuma
😍 Tempat letak kereta percuma
😍 Gymnasium kolam renang infiniti & kolam randuk kanak-kanak
😍 Santapan di dalam bilik
😍 Kemudahan mesyuarat dan acara menampung sehingga 2,000 tetamu
😍 Bar tepi kolam
😍 Anju Spa
😍 Servis ulang-alik dalam kawasan Bangsar South

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
gimnasium

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Selfie je, tak main pun gym.. haha

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Anju Spa

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Infinity pool

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Bar tepi kolam

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Kat sini la kami breakfast next morning

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Muka lapor + tak sabar nak terjun kolam.. haha

Kalau nak jenjalan pun mudah kerana lokasi V E Hotel & Residence sangat strategik iaitu terletak di dalam Kawasan Bangsar South. Actually bangunan V E Hotel & Residence ni juga berhubung dengan bangunan Nexus Bangsar South. Kat situ ada banyak restoren juga, so boleh la lepak-lepak kat situ.

Ada Apa Di V E Hotel & Residence Bangsar South
Laluan dari bangunan Nexus Bangsar South menuju ke V E Hotel & Residence

Walaupun kami tinggal hanya untuk satu malam, tapi bila dah dok beramai-ramai memang best la. So, kalau korang nak cari tempat untuk berkumpul bersama family, ataupun nak holiday dengan teman-teman, boleh la menginap di V E Hotel & Residence yang menjanjikan penginapan yang sangat memuaskan di Kuala Lumpur serta ini adalah penginapan 4 bintang serta reka bentuk yang estetik. Harga ? rujuk bawah ni

One bedroom Executive: RM392+ per night
Two bedroom Executive: RM488+ per night

BERITA BAIK 📣📣

Sempena 1st Anniversary V E Hotel & Residence, ada promosi istimewa tau. Rujuk bawah ni



Alamat:
V E Hotel & Residence,
Bangsar South City,
No. 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur.

Nombor Telefon:
+603 2246 2888

Laman Web:

E-mel:
info@vehotel.com

Media Sosial:


You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info SEO Reports for dikbee.com
free web site traffic and promotion

Subscribe