MAJLIS SANTAPAN DIRAJA & PENGANUGERAHAN TOKOH PERSILATAN SRIKANDI NEGARA

MAJLIS SANTAPAN DIRAJA & PENGANUGERAHAN TOKOH PERSILATAN SRIKANDI NEGARA | Assalamualaikum semua.. Hari rabu lepas aku telah dijemput untuk menghadiri Sidang Media sempena Majlis Santapan Diraja & Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara anjuran Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia) yang akan diadakan pada 13 Mei 2017 nanti di MayangSari Grand Ballroom, JW Marriott Hotel Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Majlis tersebut akan disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Majlis Santapan Diraja & Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara
Majlis Santapan Diraja & Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara


OBJEKTIF MAJLIS


Objektif Majlis anugerah tersebut diadakan adalah untuk memartabatkan pesilat-pesilat terutamanya wanita serta memperingati jasa dan menghargai pengorbanan masa dan tenaga mereka-mereka yang pernah menjadi juara / ikon di dalam dunia persilatan.


MATLAMAT MAJLIS


Matlamat utama penyampaian anugerah ini diharap mampu melonjakkan lagi semangat Srikandi untuk terus menyumbang bakti walaupun dilihat kecil tapi sebenarnya besar bagi kelompok tertentu yang dibantu malah tidak mustahil bakti itu memberi impak besar kepada Negara.


KATEGORI ANUGERAH


Anugerah Tokoh Persilatan Srikandi Negara ni terbahagi kepada 4 kategori iaitu :

Majlis Santapan Diraja & Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara
Barisan penerima Anugerah

1) Anugerah Tun Fatimah
Anugerah yang diberi kepada Juara-Juara di dalam pertandingan silat yang mereka wakili untuk negara. Pemilihan serta penilaian yang dibuat adalah dari Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Anugerah yang julung kali diberika kepada peesilat dan pejuang bangsa agama dan negara ini diharap mampu mengembalikan kuasa wanita kerana mereka adalah pemegang kuasa dan lelaki pemimpin negara. Wanita bukan sahaja berdiri di belakang suami tetapi juga tetap bersama berjuang dan menasihati suami mereka dalam membuat keputusan.

2) Anugerah Khas Dang Merdu Wati
Anugerah ini diberikan kepada Y.A.M Raja Saidatul Mardiah Binti Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah.,

3) Anugerah Tun Teja
Anugerah ini diberikan kepada isteri-isteri Pengasas Persilatan

4) Anugerah Tun Puteh
Anugerah ini diberikan kepada usahawan dan wanita-wanita yang berjaya dan sukses di dalam bidang yang mereka ceburi serta Tokoh Wartawan Rakyat sebagai menghargai wartawan yang bersama Srikandi dalam membantu semua lapisan masyarakat.


LATAR BELAKANG SRIKANDI MALAYSIA 


Aku pasti ada antara pembaca blog ini yang masih tidak tahu mengenai Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia ni kan. Ok, meh aku kongsikan sedikit pasal latar belakang mereka.

Majlis Santapan Diraja & Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara
Latar Belakang Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia

1) Pertubuhan ini telah dirasmikan pada 19 Mac 2012 oleh Isteri Perdana Menteri, YBhg. Datin Paduka Rosmah Mansor 

2) Salah satu Badan NGO yang bergerak aktif dalam bidang Amal Kebajikan dan Kemasyarakatan

3) Pengasas Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia adalah YH Dato' Norashikin Binti Abdul Ghani (Presiden) dan Cik Nor Khairunnisa Binti Mohamad Tahir (Setiausaha Agong)

4) Penasihat Kehormat bagi Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia ini adalah YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri

5) Penaung Diraja Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia adalah KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuuddin Al-Mu'adzam Shah dan DYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah 

6) Fokus utama pada masa kini adalah menghulurkan bantuan-bantuan kepada golongan Asnaf, Wanita teraniaya dan Ibu tunggal serta memberi perhatian pada anak-anak tercicir Asnaf / miskin, anak Yatim dan tidak berkemampuan di dalam bidang pelajaran dengan cara memberi bantuan biasiswa persekolahan.

Bagus kan Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia ni. Dengan melihat betapa besarnya peranan wanita yang bukan sahaja mampu membina empayar, Srikandi Malaysia berazam mengumpul semua wanita di seluruh Negara untuk berada di barisan hadapan serta membantu Negara dengan slogan Srikandi :

Majlis Santapan Diraja & Penganugerahan Tokoh Persilatan Srikandi Negara
Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia

"TANPA PERJUANGAN MAKA TIADALAH KEJAYAAN"


Post a Comment

0 Comments